BismiLlahirRahmanirRahim~

Sunday 12 January 2014

Pencak Silat~

BismiLlahirRahmanirRahim~
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~


Assalamualaikum w.b.r. :)

AlhamduliLlah, syukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih diberi ruang dan peluang untuk terus bernafas di muka bumi-Nya. Hari ni ana nak kongsikan kata-kata Eman Manan dalam filem Pak Ngah Haji Omar yang telah ditayangkan di saluran TV ALHIJRAH.


“Anak-anak sekalian,

Ilmu silat yang kita warisi dari nenek moyang ini adalah pakaian anak Melayu sejak dahulu. Selain mengajarkan kita mempertahankan diri, ilmu ini membina sahsiah diri supaya menjadi orang yang berjasa, menjadi orang yang berguna, menjadi orang yang soleh, menjadi orang yang tawadhuk.

Gerak tari melambangkan gerak akal,
Dalam keras ada lembutnya,
Dalam lembut ada kemasnya.

Dalam tari ada buah,
Dalam buah ada helah,
Dalam silat ada silau,
Dalam silau ada silat.

Alam berkembang menjadi guru,
Silat membina akal,
Jangan ada sifat riya’, sifat takabur,
Kelak nanti akan dimakan diri.



*******



Amanat Dato’ Mahaguru Meor Abd. Rahman 
kepada Murid-murid Gayong :


                Tiang yang paling penting dalam penuntutan ilmu ialah taat setia yang tidak berbelah bahagi. Tamak itu adalah satu daripada membunuh diri sendiri ataupun satu kecelakaan kepada diri seseorang itu.

Jangan ditepuk susu di dulang,
Anak harimau tak dapat menyusu;
Janganlah pecah rahsia hulubalang,
Nanti rimau hilang kuku.

Jangan tepuk darah di dulang,
Anak harimau mencari ibu;
Jangan pecah mantera hulubalang,
Nanti harimau hilang asu.

Jikaulau ada dulang di tangan,
Jangan biar jatuh terhempas;
Jikalau ada senjata di tangan,
Jangan biar orang rampas.

Pecah Gayong di dalam dulang,
Dulang hanyut lautan tujuh;
Pecah Gayong perpecahan sayang,
Di satu masa kembali berpadu teguh.

Sumber : buku TETAK PSSPGM


Bicara SofeaOkey, semoga bermanfaat kata-kata ini untuk kita. Walau apa pun bidang yang kita ceburi, hiasilah ia dengan keikhlasan dan semangat yang cekal. Tidak lupa juga nawaitu kita liLlahi Ta'ala (kerana-Nya). Salam Gayong. Wallahua’lam. Wassalam. :)

No comments: