BismiLlahirRahmanirRahim~

Monday 29 September 2014

Lirik Lagu SK Gong Kapas, Terengganu~




Indah permai di waktu pagi,
Sekolah yang ku cintai,
Tetap teguh di sanubari,
Jasamu yang abadi.

Berpandukan cogankatanya,
Usaha tangga kejayaan,
Jangan abaikan,
Kuatkan tekad,
Teruskan perjuangan.

Kepada guru yang dihormati,
Jasamu tetap dikenang,
Mendidik kami putera dan puteri,
Sehingga tercapai cita.

Mari kita berganding bahu,
Sama-sama giat berusaha,
Ke arah jaya mencapai cita,
Majulah SKGK..

-------------------------

**Mengimbau kenangan sejak 2001-2006 menyanyikan lagu sekolah ni 
sambil mendalami maksud lirik..

.Terima Kasih Allah
.Terima Kasih Umi Abah
.Terima Kasih Cikgu-cikgu
.Terima Kasih Kawan-kawan
.Terima Kasih Warga SKGK (^^,)


Wallahua’lam~

PBS Fasa II : Menabur Bakti di SKGK

BismiLlahirRahmanirRahim~

SKGK di Hati~

AlhamduliLlah thumma alhamduliLlah. Seminggu Program Pengalaman Berdasarkan Sekolah (PBS) Fasa Kedua telah berjaya ana dan rakan-rakan menjalaninya di sekolah pilihan masing-masing. Untuk kali kedua ini, ana memilih untuk melaksanakannya bersama-sama sahabat ana, Sahira di SEKOLAH KEBANGSAAN GONG KAPAS (SKGK) yang bertempat di Kuala Terengganu pada 7 hingga 11 September yang lalu.  **PBS Fasa I : KLIK SINI**


SKGK merupakan sekolah rendah ana bermula pada tahun 2001 sehingga 2006. Banyak kenangan yang masih segar dalam ingatan dan pengalaman berharga ana sepanjang 6 tahun berada di sana. **Rindu zaman sekolah~**

Pada hari pertama, kami telah melapor diri kepada Tuan Guru Besar, Encik Tan Chong Huat dan Guru Penolong Kanan 1, Puan Roslina di pejabat SKGK. Kemudian kami dijemput untuk turut serta dalam majlis perhimpunan rasmi mingguan yang diadakan di dewan sekolah. Pada awal pagi ini, ana telah menjumpai beberapa orang guru yang dahulunya adalah guru ana dan seterusnya kami mengambil tempat di atas pentas.

Ketika tiga rangkaian lagu dinyanyikan, ana berasakan teruja dan sebak pada masa yang sama kerana ia mengimbau zaman persekolahan ana di Terengganu dan juga lagu SKGK yang masih sama liriknya walaupun temponya diperbaharui. 
**Ana masih ingat lagu sekolah rendah \(^_^)/ ** (Lirik Lagu SKGK : KLIK SINI)

Kemudian, Tuan Guru Besar memperkenalkan diri kami sebagai guru pelatih di atas pentas kepada warga SKGK yang ada di dalam dewan tersebut. (Bangun > Senyum~) Seterusnya, majlis penyampaian hadiah kepada para peserta Pertandingan Robotik yang mewakili SKGK, diberikan sijil penyertaan dan penghargaan yang telah bertanding di peringkat negeri. TAHNIAH kepada semua~!!


Perhimpunan Pagi - Penyampaian Hadiah - Majlis Restu Ilmu 

Majlis RESTU ILMU pula menyusul yang diadakan khas untuk murid tahun 6 bersempena minggu UPSR yang bermula pada hari Selasa hingga Khamis. Majlis ini adalah murid tahun 6 bersalam-salaman dan memohon restu daripada para guru. Seterusnya, kami turut mengikuti satu proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) BM oleh Cikgu Wan Zakiah yang membuat ulangkaji kelas 6 Bestari.

-------

Hari kedua pula, kami mengikuti proses P&P subjek Sejarah oleh Cikgu Adzura di kelas 4 Cendekiawan. Hari ni, kami mula mendapat kelas relief straight sampai waktu balik sekolah.


Gelagat budak-budak ni? Fuhh~ **Aktif sungguh!! :D

*Relief Kelas : 6B (Sains) – 5C (Kajian Tempatan) – 2B (Muzik)
– 5B (Pendidikan Seni Visual) -  4C (Sains)

Dulu zaman sekolah, sokmo mari sini, ukur tinggi..Hhehe :)
-----

Selasa, hari ketiga kami di SKGK, kami menjalankan sesi kolaborasi bersama-sama Guru Besar, Guru Kaunseling, Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum dan juga kerani di pejabat. Sesi kolaborasi kami membincangkan beberapa perkara tentang sekolah ini untuk mendapatkan maklumat program PBS kami. Terima kasih cikgu-cikgu atas kerjasama yang diberikan. Hari ni kelas relief kami ialah kelas 4 Bestari.

Bilik Guru SKGK~ 

Jam 1Malaysia (y)
------

Hari keempat, Rabu, kami mengikuti perhimpunan pagi di padang sekolah kerana dewan digunakan oleh calon UPSR. Pada hari ini, kami masuk ke kelas 4 Cendekiawan untuk mengawasi ujian Pendidikan Agama Islam. 

"Ustazah, ni nak baca macamna?"
Seterusnya, bagi sesi kawalan kelas, ana dan Sahira berpecah relief kelas. Ana masuk ke kelas 4 Cendekiawan, manakala Sahira masuk ke kelas 5 Bestari. Pada kali ini, ana membuat aktiviti kuiz, teka-teki, teka silang kata bagi subjek Sejarah, permainan ‘freeze’, tembak-elak dan juga memberi tugasan untuk membuat kad ucapan. Hhehe. Suka benar murid-murid ni bermain ya (^^,)


---------

Hari terakhir, Khamis, hari kelima kami berada di SKGK. 
Papan Tanda UPSR - Perhimpunan Pagi - Sudut Sejarah

Jadual relief yang kami dapat hari ni, PENUH. Masa rehat 30 minit sahaja. Kami pun pulun saja masuk kelas, mengawasi murid-murid menjawab ujian dan akhir sekali, sesi kawalan kelas.

*Kelas 4C (Bahasa Inggeris 2) *Kelas 4B (Bahasa Inggeris 1)
*Kelas 5B (Bahasa Arab) *Kelas 5C (Kawalan Kelas)


Ada seorang murid tu, dia kata pada kelas, “Boleh je nak panggil cikgu, ‘Cikgu’, ‘Teacher’ ke, ‘Ustazah’ pun boleh..” Hhehe..Ana jawab, "betul dah tu. Boleh blake nak panggil yang mana satu pun..” **Senyum :)

Masa terakhir bersama kelas 5C, tugasan yang diberikan adalah melukis. Tema : bebas. Ada yang lukis permandangan, ada yang lukis karikatur dan ada juga yang buat kad ucapan.

Karya anak murid SKGK~
**TERHARU cikgu baca kad-kad ucapan budak-budak ni. Ada yang mintak maaf sebab tak dengar cakap (uhukhuk), ada yang minta halal ilmu yang diberikan, ada yang suruh mari mengajar di SKGK (hhehe), ada yang doakan cikgu ni dapat jawatan sebagai GURU kelak (terima kasih sayang), ada yang cakap miss you, saranghaeyo dan macam-macam lagi.. (T.T)


Usai kami menulis waktu pulang di Buku Kehadiran Guru Praktikum, kami berjumpa dengan Guru Besar dan juga GPK Kurikulum untuk memberikan sedikit cenderamata tanda penghargaan daripada kami. 

**JazakumuLlahu khairan kathira – Moga Allah balas segala kebaikan 
warga SKGK dengan sebaik-baik pembalasan** 

Doakan ana, Cikgu Sofea dan Cikgu Sahira berjaya menjadi GURU yang bukan sahaja mengajar ilmu akademik, bahkan juga mendidik anak bangsa menjadi orang yang berguna buat UMMAH. Insya-Allah. Buat anak-anak murid cikgu, ada masa, ada rezeki, kita berjumpa nehh di Ganu. (^_^)

-Best buat PBS di negeri sendiri sebab boleh cakak loghat sendiri. Hhehe. Banyak ilmu yang ana dapat sepanjang PBS Fasa 1 di SKRMM, Perak dan PBS Fasa 2 di SKGK, Terengganu ini. Moga dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin dalam menyelusuri perjalanan sebagai guru pelatih di IPG Kampus Bahasa Melayu, KL dalam major Sejarah dan minor PJ dan BM. 

BismiLlahi tawakkaltu ‘alaLlah~ Wallahua’lam. Salam Mahabbah <3





Saturday 27 September 2014

Cerita 27 September~

BismiLlahirRahmanirRahim~

Update blog dengan mencelah satu entri baru di kala kesibukan 
buat esaimen yang kena hantar esok. Hhuhu. (doakan ana najah~!!)

----

Semalam. 27 September 2014. Sanah helwah Muhammad Khusairi Izzani. 
BarakaLlahufik. Ni post tahun lepas : His Birthday (^^,)


"Ehem. <3 BismiLlah. 
Ku doakan agar Ilahi menganugerahkan kamu umur yang berkat, sihat rohani 
dan fizikal untuk beribadat kepada-Nya. 

Moga peningkatan umur ini seiring dengan peningkatan taqwa kepada Rabbul Izzati. 
Ya Tuhanku, Kau pelihara dia di bawah lembayung kasih sayang-Mu 
dan tunjuki dia jalan yang Kau redhai bersama-sama orang yang soleh..

Allahumma ameen~
 #Ibtisam #LoveBonding #SanahHelwahAkhi #27September1992"

(Petikan post instagram @ismisofea)

--------------

Semalam jugak ana dan Syahirah (sepupu) teman Izzatul Athirah (acik - adik kesayangan(s) anaa..weweitt) bermalam di KLIA bersama-sama Raihan Naseem dan Nadhirah yang sampai dari flight Terengganu pada jam 10 malam. Semalaman tu pergi lepak di KFC sampai jam 4 pagi, kemudian bergerak pulak duduk di luar surau (dekat dengan anjung tinjau). 

Sebaik saja jam menunjukkan pukul 8.30 pagi, acik dan sahabat3 masuk ke balai berlepas. 


**Malaysia - Doha - Amman -Irbid**

AlhamduliLlah. Pagi tadi, acik wasap cakap dah sampai bumi Jordan, 9 malam waktu Malaysia. Perbezaan jam negara kita dengan sana dalam 5 jam.

Kami, keluarga di bumi Malaysia mendoakan agar acik dan sahabat2 perjuangan agar maju jaya dalam kehidupan di sana. 

*Nadhirah*Izzatul*Syuhada*Naseem*

Moga permusafiran ilmu ini diberkati Ilahi. Insya-Allah. 
Fii hifziLlah dear. Miss u already. Mwuahh :-*

Wallahua'lam. Salam mahabbah <3