BismiLlahirRahmanirRahim~

Monday 8 January 2018

Resepi : Puding Roti Kurma~


BismiLlahirRahmanirRahim~

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Semoga semuanya dalam keadaan yang baik-baik saja. Insya-Allah. Hari ni dah masuk minggu kedua sesi persekolahan untuk tahun 2018 ni. Maka dua minggu jugalah ana menanam anggur di rumah. Hhaha. Berbakti pada Umi Abah Adik la dulu sementara tunggu panggilan temuduga dan posting kan. Semoga dimudahkan segala urusan ana dan kawan-kawan kelak. Insya-Allah.

Okey, hari ni ana nak kongsikan resepi Puding Roti Kurma. Serius senang je nak buat puding ni haa. Sedap pulak tu. Ehh. Hhehe. Sehari, dua kali ana buat. Satu bekas puding tu sekejap je dekat rumah nenek, terus habis. Maka, buatlah yang kali kedua untuk Anjang, mak saudara ana yang mengidam. Ehh. Hhihi. Untuk Nia dan Dhiaa juga ni. Selamat mencuba ya! :)

Puding Roti untuk Anjang, Nia dan Dhiaa~


BAHAN A :
2 cawan susu segar
8 keping roti putih



BAHAN B :
4 sudu makan gula halus
2 sudu makan mentega
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanila
1 sudu makan tepung jagung



BAHAN C :
2 sudu makan kismis
**ana guna 6 biji kurma (dipotong kecil)



BAHAN D :
1 tin susu cair
2 sudu makan tepung kastard
2 sudu makan gula

CARA MEMBUAT :
1. Hancurkan ataupun koyakkan roti dan rendam dalam susu selama 30 minit.

2. Kacau dan gaul rata bahan B.
3.    Masukkan kismis/kurma dan tuangkan ke dalam loyang/bekas.

4.    Bakar pada suhu 180ΒΊC selama 30 minit ataupun sehingga masak.

5.    Gaulkan sos kastard dan masakkan di atas api yang sederhana kecil.
6.    Tuangkan sos di atas puding semasa menghidang.

**Kredit pada Chef Hanieliza 


SELAMAT MENCUBA~

Sunday 17 December 2017

17 Disember 2017 : Sanah Helwah Piya!


BismiLlahirRahmanirRahim~

Assalamualaikum semua :)

AlhamduliLlah thumma AlhamduliLlah. Tanggal 17 Disember telah tiba lagi. 23 tahun yang lalu, pada tarikh yang sama, hari  Sabtu, jam 6.20 petang, ana selamat dilahirkan oleh Umi, Sharifah ke dunia ini. Terima kasih Umi!

Pada tahun 2017 ni, pada tarikh bermakna ini, ana berada di Gurun, Kedah. Umi, Abah dan Adik di Mekah. Along di Johor. Acik di Jordan. Okey. Sungguh sebenarnya ana rasa keseorangan. Tanpa keluarga di sisi pada waktu ini. Ahaa.. Tapi tak apa laa kan, ada la tu hikmahnya. Allah nak bagi qawiy sikit hati tu kannn. Hhehe..

***************************************************

[ APPRECIATION POST ]


17 Disember 2017. Tarikh yang lawa untuk tahun ni. Hehee. Masa tarikh birthday kali ni, ambe ada kursus di Gurun Kedah. 15-20 Disember 2017. 😊

Pada mulanya pelik gak kenapa adik-beradik Indera Bentara ni takk wish pun kann.. Hmm.. Tapi takpalaa.. Tak ingat kut.. Acah tak kisah laa sepanjang hari tu..

Rupa²nya, malam hari 20 Disember tu, sebelum kami pergi ke Stesen Bas Sungai Petani, tetibe ada surprise! Akhi bawak kek SR! πŸ˜πŸ˜‚


Nahhh.. Saja je rupanya tak wish awal² yaa.. Hahahh.. Sabaq ja laa.. Hehee.. 😏

Terima kasih banyak² Akhi, Aiman Amanda, Fatiha dan Hakiim. BarakaLlahulakum fi khair. πŸ˜‡


"Happy Birthday Srikandi Sofia 23" πŸ˜‡πŸ’•

Secret Recipe : White Chocolate Cake πŸ˜‹


#SanahHelwahDear
#SrikandiSofia

**muka barai lepas abis kursus 6h5m. πŸ˜‚


*********************************
[ LATE CELEBRATION ]


Late celebration. πŸ˜‡
JazakumuLlahu khairan kathira. πŸ’• #TqAbah
Thanks jugak untuk Jubah², rantai tangan dan keychain ni. πŸ˜

Rantai tangan 'S' stand for Sofia, Sharifah & Shafiai. πŸ™† #TqUmi

Keychain Mekah yang berukir nama dalam tulisan arab. πŸ˜Š #TqSumah
#171217



AlhamduliLlah. Semoga dengan meningkatnya usia ini, maka seiring dengan peningkatan taqwa kepada-Nya. Moga jadi anak yang soleh, ya Piya. Insya-Allah. J


Wallahua’lam. Terima kasih semua. Salam Mahabbah!