BismiLlahirRahmanirRahim~

Wednesday 11 November 2015

Resepi : Brownies Lapis Cheese Kukus~

BismiLlahirRahmanirRahim~

AlhamduliLlah thumma AlhamduliLlah. Dek kerana teringin makan brownies, ana pun godek2 la cari resepinya. Ni haa~ Kali ni ana cuba buat brownies lapis cheese kukus. Wahh~ Tak susah mana pun nak buat kek ni, cuma kena sabar menunggu satu lapis demi satu lapis masak ja laa kena spend time sikit.. Hheheh.. Thanks to Dr. Rai untuk kongsi resepi ni. Menjadi! AlhamduliLlah \(^_^)/



Bahan-bahan :

-Loyang 8 inci
-Kertas minyak


A) Lapisan Choc Brownies
200gm marjerin (3/4 cawan + 1 sudu besar penuh)
200gm dark chocolate/coklat masakan
170gm tepung gandum (1 1/2 cawan rata) - ayak
30gm serbuk koko (1/4 cawan rata) - ayak
170gm gula halus (1/2 cawan + 3 sudu besar rata)
4 biji telur


B) Lapisan Cheese
250gm cream cheese
60gm gula castor
25ml air
1 biji telur gred A

C) Topping Ganache
300gm coklat masakan
120ml whipping cream
1 sudu besar marjerin

D) Hiasan
Cheese Cheddar - diparut
Dark & White Chocolate Chip 

Cara-caranya :

1. Panaskan periuk kukus siap-siap.
2. Untuk lapisan choc brownies, cairkan marjerin + coklat masakan dengan menggunakan kaedah double-boiler. Kacau rata dan perlahan-lahan. *Kaedah ini untuk elakkan dari coklat kita hangus.
3. Setelah marjerin + coklat dah cair dan sebati, ketepikan seketika.
4. Dalam mixer bowl, masukkan gula + telur. Pukul sehingga kembang.
5. Kemudian, masukkan tepung + serbuk koko sedikit demi sedikit. *masa ni kacau guna whisk/spatula/senduk je tau.
6. Pastikan adunan tadi rata, sebati dan tidak berketul-ketul.
7. Seterusnya, masukkan choc + marjerin yang dah dicairkan tadi.
8. Kacau hingga sebati.
9. Griskan loyang dengan marjerin dan alaskan dengan kertas minyak.
10. Tuang separuh adunan tadi ke dalam loyang. Tutup loyang dengan aluminium foil bagi mengelakkan air menitis ke atas kek.
11. Kukus selama 15 minit.


12. Sementara tunggu lapisan pertama masak, kita buat lapisan cheese pulak.
13. Masukkan semua bahan kecuali telur ke dalam mixer bowl.
14. Pukul sehingga adunan kembang.
15. Kemudian masukkan telur dan pukul sekejap sehingga rata.
16. Tuangkan adunan cheese tadi ke atas lapisan brownies yang sudah masak.
17. Kukus selama 20 minit.


18. Selepas lapisan cheese dah mask, tuangkan baki adunan brownies ke dalam loyang.
19. Kukus lagi selama 20 minit / sehingga masak.
20. Tutup permukaan dengan aluminium foil tau dan bila dah masak, sejukkan kek pada suhu bilik.


21. Selepas kek dah sejuk, jom kita buat topping Ganache pulak.
22. Cairkan semua bahan-bahan dengan kaedah double-boiler.
23. Kacau sehingga menjadi likat dan licin.
24. Setelah ia suam-suam, tuangkan ganache ke atas brownies.
25. Biarkan ia meleleh semula jadi dan hiaskan mengikut kreativiti anda.


Yeayhh!! Dah siap~


Yummyy... Selamat mencuba! Salam mahabbah~

Monday 9 November 2015

Sebiru Langit Ilahi~

BismiLlahirRahmanirRahim~




SEBIRU LANGIT ILAHI..


Ku renungi langit Ilahi,
Tinggi dan jauh dari diri,
Langitnya tenang membiru,
Awannya suci memutih.

Di kala resah,
Langit inilah yang menenangkan,
Memberikanku nafas baru,
Dan semangat dan ketabahan.

Kerana ku tahu,
Bahawa Tuhan itu,
Berada dekat di samping ku,
Bersama ku tiap ketika.

Berjuanglah demi Tuhan,
Walau jatuh tujuh kali,
Tapi bangkitlah,
Untuk kali ke lapan.

Langkah yang di susun,
Mulakan dengan nama Tuhan,
Tuhan sekalian alam,
Semoga Dia berkati perjuangan ini.



|Lembah Pantai, 26 Julai 2015 : 4.38 ptg|



Jom kita amalkan dua doa kat bawah ni :)



Wallahua'lam. Salam perjuangan~

Wednesday 28 October 2015

Semangat Siapkan E-Portfolio TDP!

BismiLlahirRahmanirRahim~

AlhamduliLlah thumma alhamduliLlah.. Akhirnya siap pun buat e-portfolio ni. Medan berkongsi ilmu tentang Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (TDP).

Belajar tentang seimbangkan TPCK (technology-pedagogy-content knowledge).

Belajar tentang reka bentuk pengajaran bilik darjah > model ASSURE.

Belajar aplikasikan model ADDIE untuk laksanakan projek kumpulan bertiga -BRILLIANT (thanks to teammates - Sahira & Asyraf).

Slogan kumpulan yang banyak memberi inspirasi > 
"Teaching in the internet age means we must teach tomorrow's skills today."

Kat bawah ni ana screenshot beberapa page yang terdapat pada site NSIS ni :)





Akhirul kalam, jazakiLlahukhair jazak kepada Puan Mimma yang banyak memberi tunjuk ajar kepada kami, sabar melayan karenah kami yang pelbagai ragam. Doakan kami mumtaz exam yang akan menjelang minggu depan neh puan. 
Bittaufeeq wannajah jugak untuk sahabat2 PiSMP 4A! 


Selamat menempuh peperiksaan akhir semester <3
😌

Thursday 22 October 2015

i-FEST 3.0 : Jom Serbu 'Booth Anasofea Collection'

BismiLlahirRahmanirRahim~

Salam 10 Muharram 1437H :)


Apa itu i-FEST 3.0? Meh baca entri ni > i-FEST 3.0 (^^)

Haa.. Esok dah hari yang ditunggu-tunggu kann. Jadi, entri kali ni ana nak update produk ANASOFEA COLLECTION yang akan dijual esok dan bagi yang ingin membeli secara online, boleh private message kepada PAGE ANASOFEA COLLECTION atau FB NIA QAISARA JANNAH ya <3







3. BAWAL AISHA


4. JANNAH SHAWL



DIM GREY - JANNAH SHAWL
5. BAWAL SYIFA'



6. COTTON HANDSOCK



7. FLOWER BROOCH






<3 ANASOFEA COLLECTION <3 

Salam Mahabbah ('',)


Album BSI_LOVERS : NIA SQUARE SHAWL

BismiLlahirRahmanirRahim~

(Kemaskini 22 Oktober 2015)

♥ NIA SQUARE SHAWL ♥

Material : plain cotton voile + printed hq chiffon
Measurement : 50" - 60"
Price : RM 38 only
COD for IPBM & IPBA 

Easy to wear, Easy to iron, Special Edition From Anasofea Colletion :)

One design, One piece only!!

First Come, First Served!

You interested? Pm yup 

I'll wait your pm (^_^)







Salam Mahabbah <3

Tuesday 20 October 2015

Travelog : Anasofea Collection~

BismiLlahirRahmanirRahim~

<3 ANASOFEA COLLECTION <3
Label Anasofea Collection :)

September 2014 : Muamalat ini bermula daripada menjadi agen dan dropshipper bagi dua buah syarikat selama sembilan bulan.

Jun 2015 : Kini kami berdiri atas kaki sendiri dengan mengeluarkan produk kami sendiri yang exclusively designed oleh founder kami.

Modal yang hanya kecil cuma, tak sampai RM1K. Mencuba kerana minat dan nawaitu membantu muslimah untuk berfesyen mengikut syariat. Jujurnya hati terasa tenang, gembira dan terharu apabila melihat dan mendengar feedback customer yang suka dengan produk yang kami hasilkan.

Rahsianya? Kami jual barangan yang kami sendiri selesa + suka pakai. Maka, kami berkongsi kebahagiaan kami dengan hasilkan produk untuk muslimah bidadari dunia sekalian.


Jom Like Page and Follow Page (",)

Nantikan entri akan datang tentang semua produk istimewa daripada

ANASOFEA COLLECTION (JOM PAKAT LIKE PAGE)

Moga kita semua diberkati Ilahi dan berukhwah hingga ke Jannah-Nya. Insya-Allah..

Wallahua'lam. Salam Mahabbah <3


Karnival Olahraga 2015~

BismiLlahirRahmanirRahim~


AlhamduliLlah, walaupun keadaan hari ni kurang mengizinkan (jerebu), namun Karnival Olahraga anjuran pelajar PISMP Semester 5 tetap diteruskan juga. Karnival ini yang pada awalnya dirancang untuk diadakan di padang kampus, tetapi ditukar ke Dewan Utama Aminuddin Baki dan Gimnasium Terbuka IPGKBM.


Ana, adik sebilik (Aimandashah) dan rakan sekelas (Amalina) tak lepaskan peluang untuk menyertai karnival ini. Hhehe..
Semangat PAHLAWAN tu mengalir dalam diri kami.. 
Rumah Merah Champion~

Nombor atlet~

Dah lama tak jogging, terasa semput pabila seusai berlari. Pheww~ Acara pertama yang ana sertai ialah Lari 100m. *Kali ni lari dalam dewan, 3 kali ulang alik untuk cukupkan meter. Kata kak Syahirah, acara larian yang rare. Ahhaa~ Tahniah pada akak yang dapat pingat Perak~!!


Acara kedua pula ialah Lompat Tinggi. Hokayyy~ Terasa berat badan nak melompat. Adehh~ Nak samakan dengan catatan ketinggian peribadi pun tak dapat tadi. Kuikuikui... 

Lompat tinggi gaya gunting~

Hebat adik roommate terbang~ Hhehe :D

Acara gimik perasmian penutupan oleh Timbalan Pengarah, YBhg. Tengku Adli :)

Terima kasih Puan Nurulhana, Ketua Unit Kokurikulum mengkalungkan pingat kepada pemenang-pemenang wanita (",)

Tahniah classmate! Amalina ni hebat lari jarak jauh~

Hasil tangkapan hari ini. Hhehe. 2 ana + 2 adik roommate~

Bangunan Menara IPGKBM~

AlhamduliLlah 'ala kulli hal. Layla saieda dunya. Tahniah kepada penganjur dan semua peserta! Tahun depan kelas ana pula yang incharge untuk anjurkan Kejohanan Trek dan Padang ni. Moga dilancarkan urusan kami yang akan datang. Bi idzniLlah.

Salam Mahabbah <3