BismiLlahirRahmanirRahim~

Tuesday 28 January 2014

Ekspedisi Bukit Broga~

Coretan kali ini dimulakan dengan menyebut nama-Mu Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.  Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad sollallahu ’alaihi wasallam serta keluarga baginda. Semoga kalian semua berada dalam naungan kasih sayang Ilahi. J

Alkisahnya pada 26 Januari yang lalu, ana bersama barisan Majlis Tertinggi Gelanggang Indera Bentara **Page Facebook / Blog Indera Bentara** (Persatuan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia-PSSPGM) telah memulakan perjalanan kami ke Bukit Broga yang terletak di Semenyih, Selangor.

Kami bergerak keluar dari IPG pada jam 8.30 pagi seusai kami bersarapan di sebuah kedai makan yang berhampiran. Perjalanan kami dari Lembah Pantai menuju ke  Semenyih mengambil masa kira-kira satu jam.

Apabila kami sampai di Bukit Broga, kami dapat lihat betapa ramainya orang yang berada di situ untuk berekreasi mendaki bukit. Hal ini dapat dikukuhkan lagi dengan hampir kesemua tempat parking yang disediakan adalah PENUH!! Ditambah pula dengan deretan kereta yang diparking di tepi-tepi jalan raya kerana sudah tidak ada ruang kosong di tempat parking yang disediakan.

Kami :)

Di samping itu, terdapat juga dua kumpulan pelajar sekolah yang membuat aktiviti pendakian bukit ini iaitu MRSM Felda yang terletak di negeri Perak dan MRSM Serting, Negeri Sembilan. Hal ini boleh dijadikan contoh yang baik kerana para pelajar turut dilatih untuk terlibat dengan aktiviti ko-kurikulum, di samping penekanan diberikan dalam bidang akademik. (Ni bunyi dah macam cikgu bercakap..hhehe..) Pepatah Arab ada mengatakan :


**Al-aqlu saleem, fi jismi saleem**

**Akal yang cerdas terletak pada badan yang cergas**


Tanpa bercakap lebih panjang, kami seramai tujuh orang adik-beradik gayong memulakan langkah kami mendaki BUKIT BROGA pada jam 9.30 pagi. Sebenarnya kalau nak sedap (macamlaa boleh rasa :P ), pendakian boleh dimulakan pada awal pagi seperti jam 6.30 pagi. Hal ini kerana pabila kita dah sampai di puncak sana, kita dapat melihat SUNRISE!! Kan BEST bunyinya tuu.. :D

Kemudian, pada beberapa ketika, kita boleh memilih untuk menggunakan jalan A atau jalan B. Salah satu jalan merupakan jalan yang lebih mencabar seperti lebih curam.


 Pelajar MRSM


 Penatt mendaki ke? hhehe :P


Antara laluan yang kami perlu harungi~


PERINGATAN!! Sila pastikan kasut yang anda pakai semasa pendakian adalah kasut yang bersesuaian. Lebih baik jika tapak kasut anda mempunyai ‘grip’ (cengkaman) yang kuat. Ataupun lebih senang mengatakan jika anda menggunakan kasut khas untuk ‘hiking’. Hal ini kerana hampir 75% perjalanan anda akan melalui jalan tanah yang kering kontang, berdebu, berbukit curam. Maka nanti pendakian anda akan lebih lancar dan selamat. Kalau tidak, andai tidak bernasib baik, anda boleh tergelincir atau terjatuh kerana permukaannya yang agak licin. 

P/S : Keadaan ini tidak perlu dibimbangkan kerana pada waktu itu cuaca panas yang menyebabkan 
permukaan tanah sedikit kering.


 Ekspedisi kami :)

Rakaman Video Aksi Tempur :)

Aksi mengunci Awie~


Rakaman Video Bunga Teratai Di Atas Hamparan Batu Bukit Broga :) 


Setelah lebih kurang satu jam pendakian, kami berjaya sampai ke puncak Bukit Broga. TAHNIAH dan SYABAS kepada semua adik beradik gayong Indera Bentara kerana cekal dan kuat menempuh cabaran sepanjang perjalanan menuju puncak bukit ini. Ada di satu tempat tu, kami perlu mendaki bukit yang agak tinggi dan curam yang tidak ada tali atau pokok untuk kami berpegang padanya. 


 Semasa menuruni bukit~


 Laluan ber'tangga'~


Ekspresi menggambarkan segalanya~


Semasa mendaki separuh perjalanan, sahabatku Sahira, langsung tidak boleh tengok ke bawah. GAYAT!! Lantas pendakian tu diteruskan sehingga sampai ke kawasan lapang di atas bukit tersebut. Huh!! Terasa lemah lutut dan semangat semasa memanjat bukit tu. Taaaaapi, pabila dah sampai di atas puncak Bukit Broga, alhamduliLlah. Terasa nikmatnya.

SubhanaLlah. AlhamduliLlah. Allahuakbar! Betapa besarnya keagungan-Nya yang Maha Pencipta dan Berkuasa terhadap segala yang ada di alam semesta ini.

**AMAZING**

 Pendekar~


Sebahagian adik beradik Indera Bentara~
**we're happy family**


 Kakak-kakak ana :D


Abang-abang :)


Kami mengambil masa dalam satu jam untuk sampai ke puncak dan meluangkan masa di sana untuk beberapa ketika. Pabila jarum jam menunjukkan pukul 11.30 pagi, kami mula bergerak untuk menuruni Bukit Broga.

AlhamduliLlah, cuaca pada hari itu sangatlah baik kerana kami tidaklah terlalu panas dek pancaran sang suria. Sepanjang pendakian tersebut, kami dapat berjumpa dengan ramai orang termasuklah pelancong warga Eropah, pelajar IPG Kampus Agama Islam, Bangi serta kanak-kanak kecil turut mendaki Bukit Broga. Di tengah penat lelah kami mendaki, bagi ana, kanak-kanak kecil itulah yang menjadi antara sumber perangsang semangat untuk terus berusaha mendaki kerana hati membisik :

‘Jika anak kecil tu boleh sampai ke puncak, apatah lagi ana.
Pucuk pangkalnya, teruskan berusaha, kuat dan jangan berputus asa!’.

--------------


 Khalifah Muda / Presiden Persatuan / Jurulatih Gelanggang :)
Saudara Abdul Khalim bin Abdul Razak

 Jurulatih / Jurupandu ekspedisi :)
Saudara Faiz Azis

 Bendahari Persatuan :)
Saudara Aiman

Jurulatih Muda :)
Saudara Muhd Nawawi 

-----------------------

 Timbalan Presiden Persatuan :)
Saudari Mahirah Waily

 Timbalan Setiausaha Persatuan :)
Saudari Sahira a/p Lim Laun How

Exco Srikandi & Helwani Persatuan :)
Ana Sofea


Seterusnya, sebelum pulang ke IPG, kami singgah di Kajang untuk menikmati ABC dan ais cendol. 

**Slurpp** 

Deduksinya, diharapkan selepas ini kita dapat merancang lagi aktiviti seperti ini yang dapat mengeratkan ukhuwah sesama kita, di samping dapat menyihatkan tubuh badan.

-------------------

Bicara Sofea : Pendakian ini seperti perjalanan kehidupan kita di dunia yang fana ini. Di sepanjang perjalanan, kita akan dihalangi dengan ranting-ranting pokok, batu-batu besar serta perlu mendaki bukit yang curam. Seperti mana dalam kehidupan sebenar, pasti kita akan menghadapi dugaan, cabaran dan ujian hidup. Pabila kita terasa lemah atau rebah, bangkitlah dan kuatlah demi DIA.

Sesuatu ujian dititipkan untuk kita adalah bukan untuk melemahkan kita, bahkan tetapi adalah untuk menjadikan kita lebih kuat. Mungkin sebelum ini kita tidak sedar akan keupayaan dan kebolehan kita,  namun setelah diuji, barulah kita sedar bahawa kita adalah orang yang kuat. Perkara yang paling penting sekali adalah jangan sesekali berputus asa. Hal ini kerana jika perkara tersebut berlaku, maka kita akan kalah dan tidak berjaya.

Ingatlah! Kejayaan tidak akan kita kecapi jika diri kita sendiri tidak berusaha dan bangkit menghadapi cabaran hidup. Hidup tanpa diuji adalah sama dengan kertas kosong yang tiada warna. Kusam. Maka, setiap ujian inilah yang akan memberikan warna-warni kehidupan kita agar ia lebih bermakna dan setiap ujian itu akan mengangkat darjat kita jika kita dapat mengatasinya dengan izin Allah.

Untuk adik beradik gayong, jazakaLlahu khairan jazak atas segalanya. Moga ukhuwah kita terjalin dengan redha Ilahi. Selepas ni bolehlah kita buat program dengan semua adik beradik gayong Indera Bentara bersama Cikgu Azrul pulak ya J

Wallahua’lam. Wassalam <3


Sebelum Kau Halal Untukku~

Bismillahirrahmanirrahim...



Ya Allah
Aku berdoa untuk seorang lelaki
Yang akan menjadi sebahagian dari hidupku..
Seseorang yang sangat mencintai-Mu lebih dari segala sesuatu
Seorang lelaki yang akan meletakkanku pada posisi kedua di hatinya selepas Engkau dan Rasul-Mu

Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk Engkau..
Wajah tampan dan daya tarikan tidaklah penting
Yang penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai dan dekat dengan Engkau
Dan berusaha menjadikan sifat-sifat-Mu ada pada dirinya
Dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia..
Seseorang yang memiliki hati yang bijak, tidak hanya otak yang cerdas
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tapi juga menghormatiku
Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi juga dapat menasihatiku ketika melakukan kesalahan..
Seseorang yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tetapi kerana hatiku
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi
Seorang lelaki yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika aku disisinya..
Ya Allah
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna
Namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna
Sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mata-Mu..
Seorang lelaki yang memerlukan sokonganku sebagai peneguhnya
Seorang lelaki yang memerlukan doaku untuk kehidupannya
Seseorang lelaki yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya
Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna..
Ya Allah
Aku juga meminta
Jadikanlah aku menjadi wanita yang dapat membuatnya bangga
Berikan aku hati yang sungguh mencintai-Mu sehingga aku dapat mencintainya dengan sekadar cintaku..


Berikan aku sifat lembut sehingga kecantikanku datang dari-Mu
Berikan aku tangan sehingga aku selalu mampu berdoaa untuknya
Berikan aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan bukan hal buruk dalam dirinya..


Ya Allah
Berikanlah aku lisan yang penuh dengan kata-kata bijaksana
Mampu memberikan semangat serta menyokongnya setiap saat
Dan tersenyum untuk dirinya setiap pagi..



Dan bila mana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan :
“Betapa Maha Besarnya Engkau karena telah memberikan kepadaku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna.”

Aku mengetahui bahawa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat.
Dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang telah Engkau tentukan. 

Amin Ya Rabbal ‘Alamin~



Seandainya Kau catatkan dia milikku, satukanlah hatinya dgn hatiku J




Bicara Sofea : Biar gambar yang berbicara -->















Wallahua'lam. Salam mahabbah~

Sunday 26 January 2014

Titipan Daripada Ayahanda~

Ku mulakan bicara ini dengan menyebut nama-Mu Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad sollaLlahu ‘alaihi wasallam serta keluarga baginda.

Ayahanda ku pernah menitipkan kata-kata ini padaku di suatu petang yang hening...



------------


Wahai anakku,
Ada kalanya kamu bersedih dengan apa yang kamu hadapi di dunia ini.
Kamu akan lebih suka bersendirian, merajuk dan menjauhkan diri dari orang ramai.
Ada kalanya kamu boleh menangis dengan masalah yang engkau hadapi.


Wahai anakku,
Sewaktu kamu rasa besarnya bebanan dan masalah yang kamu hadapi, terasa beratnya jiwa menanggung bebanan tersebut;
engkau akan rasa tertekan yang amat sangat, di kala itu wahai anakku, engkau telah meletakkan kesalahan pada dirimu atau pada orang lain.
Sebenarnya kamu perlukan kekuatan jiwa dan semangat bagi menghadapinya.
Engkau perlukan kekuatan bagi menghadapi tekanan hidup ini.


Wahai anakku,
Apakah ada kekuatan lain selain kekuatan hubungan dengan Allah yang mampu mengeluarkan kamu dari perangkap kekecewaan yang sengaja dipasang oleh syaitan bagi menjadikan kamu murung, bersedih dan bersendirian?



Wahai anakku,
Kamu boleh menangis dan bersedih kerana manusia.
Berapa kali kamu menangis kerana kamu melanggar perintah Tuhanmu?
Berapa banyak air matamu tumpah kerana dosa-dosamu?
Kamu rasa lemah menghadapi karenah manusia, tetapi kamu tidak berusaha mencari jalan membina kekuatan amalanmu.



Wahai anakku,
Jangan biarkan perasaanmu dibelai oleh nafsu, sebagaimana jangan kamu biarkannya dikuasai oleh syaitan.
Syaitan sangat inginkan kamu murung dengan masalah kecil, kerana lemahnya jiwamu. Sedangkan di hadapanmu menanti hari yang sangat besar.
Kamu nanti tiada masa memikirkan masalah remeh-temeh ini, kerana dahsyatnya saat akhirat yang kamu akan tempuhi.



Wahai anakku,
Rasulullah S.A.W bersabda: “Sekiranya kamu ditimpa sesuatu musibah, janganlah kamu berkata 'Kalaulah aku lakukan begitu dan begini', tetapi katakanlah ‘telah ditakdirkan Allah’, apa yang dikehendakiNya akan terjadi.
Kerana perkataan ‘kalau’ akan membuka ruang syaitan ke dalam hatimu."



Wahai anakku,
Tabahlah menghadapi sedikit ujian Allah di dunia ini, kerana dengan ujian itu kamu menjadi semakin matang menghadapi cabaran.
Bersabarlah dengan apa yang menimpamu, kerana dengan mehnah itu, Allah akan mengangkat darjatmu dan mengampuni dosa-dosamu.
Wahai anakku, tangisilah dosa-dosamu di dunia ini, kerana itu lebih mudah bagimu dari menangisi azab Tuhanmu di akhirat.


Senyumlah kepada keredhaan Tuhanmu.


-Ayahanda Dato' Tuan Ibrahim Bin Tuan Man -


*****

Bicara Sofea : Semakin hari, semakin bertambah usia di jalan permusafiran ini. Moga kematangan kita jua bertambah seiring dengan semakin singkatnya perjalanan kita dalam meniti liku-liku kehidupan. Semakin tabah dalam mentafsir mehnah dan tribulasi hidup yang dikirimkan. Itu tanda kasihnya Allah pada kita. Agar lebih kuat hati dan jiwa untuk dibawa bertemu dengan Allah kelak. InsyaAllah. :)

Pesan Abah : Anakanda Sofia, jaga akhlak muslimah walau di mana pun berada. Jadilah insan bahagia yang mampu membahagiakan orang lain. Sentiasa bersyukur dengan setiap pemberian-Nya, sama ada rezeki, mahupun ujian dan dugaan. Semoga menjadi muallim yang penyayang dan dirahmati Ilahi sentiasa. InsyaAllah. Ameen~

*Sayang Ummi Abah*
#MoodRinduRumahManisRumah#

Wallahua’lam. Salam mahabbah <3




Sunday 19 January 2014

Resepi : Kek Batik **Simple But Nice**

BismiLlahirRahmanirRahim.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Minggu lepas dek kerana mengidam kek batik yang dijual di kafe tempat ana belajar, tapi ana tak beli sebab rasa macam kureng berbaloi sikit sebab sikit je dalam sebekas tu. Harga pulak agak mahal laa bagi ana. (Musim pokai sebab elaun tak masuk lagi~) 

Maka, dengan semangatnya ana balik rumah makcik ana dan mulakan 
projek ‘Periuk Menari Kuali Terbang’ ni. Ehehh..



Resepi ni ana dapat daripada godek-godek internet jugak. Kemudian, campur-campur laa ambil yang mana kita suka atau senang nak buat.
**Ikut Citarasa Masing-masing k**

Bahan-bahan :

(Beli kat Pasaraya HERO. Pasaraya HEROIN tak lama lagi akan bukak. Ngee~ )

v  1 paket Biskut Marie (patah-patahkan kepada 3-4 bahagian)
Nota : lebih baik guna yang original berbanding perisa coklat

v  1 paket Milo (200g) / 1 cawan serbuk koko / 1 pek coklat masakan
Nota : boleh pilih salah satu ikut selera anda

v  ½ tin susu pekat
Nota : kurangkan manis dalam makanan, lebihkan manis dalam senyuman J
*Pesanan Penaja*

v  1 buku buttercup (250g)


Cara-cara :

1.       Cairkan buttercup dalam kuali / periuk.
*Pastikan  api dapur pasang kecil je tau. Kalau api dapur besar, nanti jadi kek pelikat pulak. Hehh*



2.       Masukkan susu dan serbuk milo ke dalam kuali / periuk.
*Kacau secara berterusan ya, jangan sampai berketul-ketul milo tu*




3.       Apabila dah larut dan sebati, masukkan separuh cawan air masak.
*Untuk mengelakkan daripada terlalu pekat*



4.       Kemudian apabila masakan dalam kuali dah menggelegak blurp-blurp-blurp (siap ada sound effect ni),  masukkan biskut yang telah disilatkan tadi. Gaulkan semuanya bagi rata, adil dan saksama (bunyi macam hakim pulak dah).
*ana kurangkan kuantiti biskut supaya nanti coklat dia lagi banyak*


5.       Seterusnya, tutup api dapur dan masukkan ke dalam Loyang / apa-apa jenis bekas yang bersesuaian la.
*tekan, mendapkan dan padatkan adunan tadi tu biar semuanya rapat-rapat*

(Ana guna bekas tupperware je)

6.       Biarkan haba panas adunan tadi menjadi suam-suam kuku, kemudian bolehlah masukkan Loyang ke dalam peti sejuk.

7.       Akhir sekali, apabila kek dah agak-agak keras tu, bolehlah potong dan dihidangkan untuk dimakan bersama keluarga / kawan-kawan terchenta.

Sudah diposkan untuk kamu :)

*SeLaMaT mEnCuBa*

Wallahua’lam. Salam Mahabbah <3


Monday 13 January 2014

Lau Kaana Bainana al-Habib~

BismiLlahirRahmanirRahim~
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Selawat dan salam buat junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w, keluarga baginda, para sahabat, para tabi’in, tabi’ tabi’in dan orang yang mengikut jejak langkah mereka sehinggalah ke hari pembalasan (yaumul qiyamah).

Assalamualaikum w.b.r.  J

AlhamduliLlah thumma alhamduliLlah. Masih diberi kesempatan dan peluang untuk melihat dunia-Nya hari ini. Moga kita melihat dengan mata hati kita.

12 Rabi’ul Awal 1435H bersamaan 14 Januari 2014.

Sanah Helwah Ya Habibi Nabi Muhammad
SollaLlahu ‘alaihi wasallam <3



-------------------


Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa...
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan...
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu,
Dan kebebasan daripada api neraka-Mu,
Dan juga syurga bersama Penghulu seluruh manusia.
Kami mohon...Kami mohon pada-Mu,
Wahai Tuhanku dari sudut hati yang paling dalam...


يا رَبِّي قَدْ غَفِلْنَا وَكُلُّناَ طَمْعٌ
فِيْ عَفْوٍ وَفِيْ كَرَمٍ وَفِيْ أَعْتَاقٍ
وَجَنَّةٍ مَعَ سَيِّدِ الْبَشَرْ
نَدْعُوْك..نَدْعُوْكَ رَبِّيْ مِنَ الْأَعْمَاقِ



Andainya Kekasih-Mu (Muhammad) masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah,
Dengan haruman baginda sebelum hilangnya
Rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan kekasih-Mu...


لَوْ كَانَ بَيْنَنَا الْحَبِيْب
لَدَنَا القَاصِيْ وَالْقَرِيْب
مِنْ طَيِّبَةٍ قَبْلَ الْمَغِيْب 
طَالِباً قُرْبَ الحَبِيْب



Berada berhampirannya jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah akan diperkenankan...
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna...
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda, 
Wahai Tuhan yang Maha Merperkenankan doa hamba...


بِقُرْبِهِ النَّفْسُ تَطِيْب
وَتَدْعُوا الله فَيُجِيْب
أَنْوَارُ طَهَ لاَ تَغِيْب
بَلِّغْنَا لِقَاهُ يَا مُجِيْب



Hidayahmu kepada alam merata luas..
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan Pemberi Hidayah...
Hadis-hadismu ibarat sungai mengalir jernih..
Berada disisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah...


هُدَاكَ الْكَوْنُ الرَّحِيْب
رَحْمَةَ الهَادِيْ الْقَرِيْب
حَدِيْثُكَ النَّهْرُ الْعَذِيْب
جِوَارُكَ الْغُصْنُ الرَّطِيْب



Ku tebus diriku dengan dirimu wahai Kekasihku..
Nabi Muhammad yang mulia lagi asing
Berada berhampiranmu jiwa menjadi harum
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang, 
Tuhan kepada seluruh Alam...


فَدَتْكَ رُوْحِيْ يَا حَبِيْب
محمدٌ مُكْرِمَ الْغَرِيْب
بِقُرْبِكَ الرُّوْحُ تَطِيْب
ياَ رَحْمَةً لِلْعَالَمِيْن



Wahai Kekasihku Wahai Muhammad 
Wahai pengubat hatiku Wahai yang terpuji...
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat kepadamu....


يَا حَبِيْبِيْ ياَ مُحَمَّدْ
يَا طَبِيْبِيْ يَا مُمَجَّدْ
أَنْتَ ذُوالْفَضْلِ الْمُؤَيَّدْ
جَلَّ مَنْ صَلَّى عَلَيْك




-------------------------------------------------------


Moga cinta kita kepada Rasulullah s.a.w tidak bermusim.
Bukan setahun sekali selawat dialunkan.
Bukan setahun sekali sunnah diamalkan.
Bukan setahun sekali Rasulullah hadir dalam ingatan.
Bukan.

Cinta Rasulullah s.a.w bukan sekadar lafaz, namun buktinya pada gerak laku seharian. Hidupkan sunnah Nabi s.a.w daripada sekecil-kecil perkara hinggalah yang terbesar.

Bukan hanya bersugi dan solat berjemaah, atau berselawat mahupun beramar maaruf. Sunnah nahi mungkar, berekonomi, berpolitik, bernegara, bermuamalat, hubungan antarabangsa, berkeluarga, berjiran, berjihad dan seumpamanya.

Tanda kasih sayang kepada Rasullullah s.a.w juga ialah mengekang nafsu dalam perkara haram dan makruh.
Juga wara' walaupun pada perkara yang halal.

Cinta tanpa rukun dan syarat pastinya cinta yang kudus.
Tidak pelik untuk mencintai, namun hebat bila dicintai.

Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad. Wa 'ala aali Sayyidina Muhammad. :')
|Ukhti Haslinda Alias|




*****************************


Bicara Sofea : Sambutan Maulidur Rasul s.a.w pada tahun ini masih mengekalkan tema yang sama iaitu “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”.

Apa itu Wasatiyyah? Wasatiyyah atau sikap besederhana merupakan salah satu daripada ajaran yang diterapkan oleh Islam merangkumi segenap aspek kehidupan kita. Tidak terlalu melampau dan tidak terlalu mengambil mudah akan sesuatu perkara atau urusan.

Wallahua’lam. Salam Mahabbah <3