BismiLlahirRahmanirRahim~

Friday 27 June 2014

Silat Gayong : Pengalaman Demo~

BismiLlahirRahmanirRahim~

AlhamduliLlah, syukur kepada Yang Maha Esa kerana kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan sahabat baginda, para tabi’in dan tabi’ tabi’in. Moga Allah sampaikan kita kepada bulan Ramadhan yang akan menjelma esok. InsyaAllah.

Okey semua, entri ana kali ni ana nak kongsikan sedikit pengalaman ana dalam membuat persembahan (demo) silat di beberapa majlis di Kuala Lumpur. J

Demo Pertama : 6 Februari 2014
Majlis Persaraan Datin Sakhiyah dan Encik Zakaria
- Demo Menyambut Ketibaan Tetamu Kehormat (Pengarah IPG KBM)
- Persembahan Bunga Teratai Trio bersama kak Mujahidah dan kak Mahirah

**AlhamduliLlah. Selesai dengan jayanya, walaupun pada permulaan tu gugupnya, Allahu~ Pengalaman Pertama.**


.Mahirah .Anasofea .Mujahidah

Demo Kedua : 10 Mac 2014
Majlis Perjanjian dan Menandatangani Blueprint. (Ala-ala macam MOU laa)
- Demo Menyambut Ketibaan Tetamu Kehormat (Dua orang Menteri Malaysia & Rektor IPGM)
- Persembahan Bunga Teratai Duet bersama kak Mahirah

** Kali ni berdemo tanpa ada cikgu di sisi sebab ada hal luar yang tidak dapat dielakkan. Sebelum demo, memang duk berdebar neves sangat dengan kak Mahirah. Tambah-tambah pulak kesejukan air-cond dalam dewan, terus membeku tangan. Menggeletar. Hhuhu. All of all, AlhamduliLlah.**



Demo Ketiga : 24 Mei 2014
Majlis Himpunan Seni Beladiri & Istiadat Mandi Minyak di Ampang
- Demo bersama YM KuEss, Srikandi NurHijrah dan anakanda, saudara Firdaus, saudara Awie dan kak Mahirah

**Demo kali ni dibuat secara spontan tau! Sebabnya kami ke sana hanya untuk menghadiri majlis tersebut sahaja. Pabila berjumpa dengan Srikandi NurHijrah, beliau mengajak kami Gelanggang Indera Bentara (Page / Blog) untuk membuat persembahan silat bersama beliau, anakandanya dan juga KuEss. On the spot, ana dan kak Mahirah rancang nak buat apa. Pabila sampai giliran kami, persembahan dimulakan dengan Srikandi NurHijrah dan anakanda, KuEss, sparring ana-kak Mahirah serta sparring saudara Firdaus-Awie.

Ana membuat pukulan 1 dan 6, manakala kak Mahirah pukulan 4 dan 7. Saudara Firdaus dan Awie pula mempersembahkan permainan Pentas 1. Pengalaman berdemo spontan kali ni, ada je yang gerakan yang tidak tepat pada sasaran dan lain jadinya. Apa yang penting, pabila berdemo, jika tersalah langkah, teruskan sahaja permainan dan buat dengan penuh keyakinan. InsyaAllah, boleh!**



Demo Keempat : 25 Jun 2014
Majlis Perasmian Penutupan Festival Pantun dan Gurindam IPGM 2014
- Demo Menyambut Tetamu Kehormat (Rektor IPGM)
- Persembahan ‘Langkah Melayu Gabungan Kalimah Silat Gerak Pancar’ bersama Saudara Imran (Silat Cekak Ustaz Hanafi) dan Gerakan Tari Teratai bersama kak Mahirah

**Pada permulaannya, baik, cuma tidak kedengaran suara arahan ‘up’ daripada saudara Imran untuk kami membuat setiap langkah tari. Maka, ana teruskan je buat langkah gerakan yang seterusnya. AlhamduliLlah, dapat kami jayakan demo untuk majlis hari tersebut.**



Demo Kelima : 27 Jun 2014
Majlis Interaksi Pelajar Baharu Bersama Timbalan Pengarah IPG KBM
- Demo Persembahan Pembukaan Majlis
- Persembahan Tari Teratai – Rangkaian Sepakan – Serangan – Sepuluh Gerakan Anak Harimau

**AlhamduliLlah. Pertama kali ana buat demo secara beramai-ramai bersama adik-beradik Gayong Indera Bentara. Tertinggal sesuatu langkah yang dirancang itu normal, kerana kita merancang, tapi Allah yang menentukan kann. Overall, alhamduliLlah and I’m happy because Indera Bentara Family is come back from holidays.**
-Kak Lini, Kak Wyna, Kak Dini- *Tiada dalam gambar*



Ada dua demo di IPG KBM yang ana tidak dapat sama-sama menyertai, iaitu :
-          8 Februari 2014 (Majlis Kahwin Anak Dr. Ali Mahmud – Timbalan Pengarah IPG KBM)
**Balik Tranung sebab ada orthodontics appointment dengan Dentist**




-          6 Mac 2014 (Kejohanan Olahraga Tahunan IPGKBM 2014)
Pengsan Kak Cecile kena penangan tendangan Kak Muja :P

Pesan Cikgu Khalim :
**Demo ni bukan untuk tunjuk kita ni orang hebat. Orang kuat. Tapi, demo ni adalah untuk memantapkan permainan silat kita. Apa yang paling penting ialah nawaitu kita berdemo liLlahi Ta’ala. Insyaallah.**

Wallahua’lam. Salam Segayong <3

Thursday 26 June 2014

Harapan Ramadan

BismiLlahirRahmanirRahim :)

"Allahumma baariklanaa fi Syaaban, wa ballighna fi Ramadhan"~
**2 days more to syahru Ramadhan al-Mubarak**



-------------------------

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,
Agar dapat ku lalui dengan sempurna,
Selangkah demi selangkah,
Setahun sudah pun berlalu,
Masa yang pantas berlalu,
Hingga tak terasa ku berada di bulan Ramadhan semula...

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,
Agar dapat ku lalui dengan sempurna,
Puasa satu amalan sebagaimana yang diperintah-Nya,
Moga dapat ku lenturkan nafsu yang selalu membelenggu diri tiada henti-henti...

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,
Agar dapat ku lalui dengan sempurna,
Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja,
Tuhan pimpinlah daku yang lemah,
Mengharungi segalanya dengan sabar...

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,
Agar dapat ku lalui dengan sempurna,
Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,
Agar dapat ku lalui dengan sempurna...

Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan,
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan,
Selangkah demi selangkah,
Dengan rahmat-Mu oh Tuhanku,
Ku tempuh jua...

(Raihan ft Man Bai)

-------------------------

Bulan Rahmat. Bulan Keberkatan. Bulan Al-Quran. 
Setahun, hanya sekali. Itupun kalau panjang umur, jumpa lagi Ramadhan tahun hadapan. Tapi kalau ditakdirkan umur hanya sampai di sini, maka gunakanlah hari-hari kita dengan beribadah kepada-Nya, melalui setiap perbuatan kita yang diniatkan liLlahi ta'ala. Moga mendapat keredhaan Ilahi hidup di dunia dan juga di akhirat sana kelak. InsyaAllah.

Mutabaah amal. Checklist :)

Wallahua'lam. Salam Ramadhan~


Gurindam Dua Belas~

BismiLlahirRahmanirRahim~

**Post kali ni disebabkan oleh demam Festival Pantun dan Gurindam 2014 (Klik Sini)  yang diadakan baru-baru ini di IPG ana. Hhehe. Perkongsian bersama tentang Gurindam Dua Belas yang ana ambil sumbernya daripada wikipedia**

---------------------------------------------

Gurindam Dua Belas merupakan hasil karangan Raja Ali Haji yang masyhur. Sasterawan dan Pahlawan Nasional Indonesia dari Pulau Penyengat, Provinsi Kepulauan Riau, Indonesia.

Gurindam I
Ini gurindam pasal yang pertama:
Barang siapa tiada memegang agama,
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
maka ia itulah orang yang ma'rifat
Barang siapa mengenal Allah,
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal diri,
maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri.
Barang siapa mengenal dunia,
tahulah ia barang yang teperdaya.
Barang siapa mengenal akhirat,
tahulah Ia dunia mudarat.

Gurindam II
Ini gurindam pasal yang kedua:
Barang siapa mengenal yang tersebut,
tahulah ia makna takut.
Barang siapa meninggalkan sembahyang,
seperti rumah tiada bertiang.
Barang siapa meninggalkan puasa,
tidaklah mendapat dua termasa.
Barang siapa meninggalkan zakat,
tiadalah hartanya beroleh berkat.
Barang siapa meninggalkan haji,
tiadalah ia menyempurnakan janji.

Gurindam III
Ini gurindam pasal yang ketiga:
Apabila terpelihara mata,
sedikitlah cita-cita.
Apabila terpelihara kuping,
khabar yang jahat tiadaiah damping.
Apabila terpelihara lidah,
niscaya dapat daripadanya paedah.
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
daripada segala berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
keluarlah fi'il yang tiada senunuh.
Anggota tengah hendaklah ingat,
di situlah banyak orang yang hilang semangat
Hendaklah peliharakan kaki,
daripada berjaian yang membawa rugi.

Gurindam IV
Ini gurindam pasal yang keempat:
Hail kerajaan di daiam tubuh,
jikalau lalim segala anggotapun rubuh.
Apabila dengki sudah bertanah,
datanglah daripadanya beberapa anak panah.
Mengumpat dan memuji hendaklah pikir,
di situlah banyak orang yang tergelincir.
Pekerjaan marah jangan dibela,
nanti hilang akal di kepala.
Jika sedikitpun berbuat bohong,
boleh diumpamakan mulutnya itu pekong.
Tanda orang yang amat celaka,
aib dirinya tiada ia sangka.
Bakhil jangan diberi singgah,
itupun perampok yang amat gagah.
Barang siapa yang sudah besar,
janganlah kelakuannya membuat kasar.
Barang siapa perkataan kotor,
mulutnya itu umpama ketur2.
Di mana tahu salah diri,
jika tidak orang lain yang berperi.

Gurindam V
Ini gurindam pasal yang kelima:
Jika hendak mengenai orang berbangsa,
lihat kepada budi dan bahasa,
Jika hendak mengenal orang yang berbahagia,
sangat memeliharakan yang sia-sia.
Jika hendak mengenal orang mulia,
lihatlah kepada kelakuan dia.
Jika hendak mengenal orang yang berilmu,
bertanya dan belajar tiadalah jemu.
Jika hendak mengenal orang yang berakal,
di dalam dunia mengambil bekal.
Jika hendak mengenal orang yang baik perangai,
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.

Gurindam VI
Ini gurindam pasal yang keenam:
Cahari olehmu akan sahabat,
yang boleh dijadikan obat.
Cahari olehmu akan guru,
yang boleh tahukan tiap seteru.
Cahari olehmu akan isteri,
yang boleh dimenyerahkan diri.
Cahari olehmu akan kawan,
pilih segala orang yang setiawan.
Cahari olehmu akan abdi,
yang ada baik sedikit budi.

Gurindam VII
Ini Gurindam pasal yang ketujuh:
Apabila banyak berkata-kata,
di situlah jalan masuk dusta.
Apabila banyak berlebih-lebihan suka,
itulah landa hampirkan duka.
Apabila kita kurang siasat,
itulah tanda pekerjaan hendak sesat.
Apabila anak tidak dilatih,
I'ika besar bapanya letih.
Apabila banyak mencela orang,
itulah tanda dirinya kurang.
Apabila orang yang banyak tidur,
sia-sia sahajalah umur.
Apabila mendengar akan khabar,
menerimanya itu hendaklah sabar.
Apabila menengar akan aduan,
membicarakannya itu hendaklah cemburuan.
Apabila perkataan yang lemah-lembut,
lekaslah segala orang mengikut.
Apabila perkataan yang amat kasar,
lekaslah orang sekalian gusar.
Apabila pekerjaan yang amat benar,
tidak boleh orang berbuat onar.

Gurindam VIII
Ini gurindam pasal yang kedelapan:
Barang siapa khianat akan dirinya,
apalagi kepada lainnya.
Kepada dirinya ia aniaya,
orang itu jangan engkau percaya.
Lidah yang suka membenarkan dirinya,
daripada yang lain dapat kesalahannya.
Daripada memuji diri hendaklah sabar,
biar dan pada orang datangnya khabar.
Orang yang suka menampakkan jasa,
setengah daripada syarik mengaku kuasa.
Kejahatan diri sembunyikan,
kebalikan diri diamkan.
Keaiban orang jangan dibuka,
keaiban diri hendaklah sangka.

Gurindam IX
Ini gurindam pasal yang kesembilan:
Tahu pekerjaan tak baik,
tetapi dikerjakan,
bukannya manusia yaituiah syaitan.
Kejahatan seorang perempuan tua,
itulah iblis punya penggawa.
Kepada segaia hamba-hamba raja,
di situlah syaitan tempatnya manja.
Kebanyakan orang yang muda-muda,
di situlah syaitan tempat berkuda.
Perkumpulan laki-laki dengan perempuan,
di situlah syaitan punya jamuan.
Adapun orang tua yang hemat,
syaitan tak suka membuat sahabat
Jika orang muda kuat berguru,
dengan syaitan jadi berseteru.

Gurindam X
Ini gurindam pasal yang kesepuluh:
Dengan bapa jangan durhaka,
supaya Allah tidak murka.
Dengan ibu hendaklah hormat,
supaya badan dapat selamat.
Dengan anak janganlah lalai,
supaya boleh naik ke tengah balai.
Dengan isteri dan gundik janganlah alpa,
supaya kemaluan jangan menerpa.
Dengan kawan hendaklah adil supaya tangannya jadi kafill.

Gurindam XI
Ini gurindam pasal yang kesebelas:
Hendaklah berjasa,
kepada yang sebangsa.
Hendaklah jadi kepala,
buang perangai yang cela.
Hendaklah memegang amanat,
buanglah khianat.
Hendak marah,
dahulukan hajat.
Hendak dimulai,
jangan melalui.
Hendak ramai,
murahkan perangai.

Gurindam XII
Ini gurindam pasal yang kedua belas:
Raja muafakat dengan menteri,
seperti kebun berpagarkan duri.
Betul hati kepada raja,
tanda jadi sebarang kerja.
Hukum adil atas rakyat,
tanda raja beroleh anayat.
Kasihan orang yang berilmu,
tanda rahmat atas dirimu.
Hormat akan orang yang pandai,
tanda mengenal kasa dan cindai.
Ingatkan dirinya mati,
itulah asal berbuat bakti.
Akhirat itu terlalu nyata,
kepada hati yang tidak buta.

---------------------------------------------------

Penyampaian gurindam lebih kurang macam bertarannum dalam bahasa Malaysia. Maka, beruntunglah sesiapa ada suara sedap tu. Bolehlaa bergurindam, bertarannum, bernasyid. Ehehe~ 

Wallahua'alam. Salam Berbudi Bahasa :)

Festival Pantun Dan Gurindam 2014

BismiLlahirRahmanirRahim~

Melayang serindit di atas permatang,
Merbau berkicau di tengah muara;
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismiLlah pembuka bicara.


AlhamduliLlah, puji-pujian dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, Festival Pantun Dan Gurindam IPGM 2014 telah berjaya dilangsungkan dengan gilang-gemilang. Festival ini dianjurkan oleh IPG Kampus Bahasa Melayu dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA). Tema festival ini ialah Memartabatkan Warisan Bangsa dan Budaya dan diadakan pada 22 hingga 25 Jun 2014.

Pendaftaran para peserta dibuat pada 22 Jun 2014 yang bertempat di Kolej Kediaman Dato' Razali Ismail (KKDRI) dan terdapat juga peserta yang menginap di Kolej Kediaman Adibah Amin (KKAA). Setiap IPG mempunyai seorang AJK Pengiring (Local Officer / LO) dan ana menjadi LO kepada kumpulan peserta IPG Kampus Dato' Razali Ismail. Tapi kannn.. Masa depa dah sampai di KKDRI, ana masih lagi belum sampai di IB. Ehehh. Biasalaa. Ana datang dari jauh. Negeri Pesisir Pantai. Ngee~ 

Peserta IPG KDRI. Selamat datang~ 
.Saudara Muzakkir .Saudara Syaher .Saudara Farhan .Saudari Atiekah

Buah pauh dari seberang,
Kuini manis di atas titi;
Dari jauh tuan datang,
Kami di sini sedia berbakti.

Apa kata peserta? (dipetik daripada Berita Festival Bilangan 1 Isu 1)
"Sebagai persediaan awal, saya telah mendengar gurindam yang didendangkan oleh Roslan Madun dan berlatih di rumah semasa cuti. Saya turut dibantu oleh emak saya yang juga merupakan seorang guru bahasa Malaysia. Seseorang yang ingin menyampaikan gurindam perlu menghafaz gurindam dan menghayati makna di setiap rangkap supaya semasa dia mendendangkan gurindam tersebut, dia dapat menyampaikan gurindam dengan penghayatan yang baik."
Ahmad Muzakkir bin Mohamad (IPG Kampus Dato' Razali Ismail)

Hari kedua festival (isnin), diadakan Bengkel Pantun Dan Gurindam : 

Bengkel 1 : 
Tajuk - Penciptaan Pantun dan Gurindam
Penceramah - Prof. Dato' Rahman Shaari
(Pensyarah UM)

Bengkel 2 :
Tajuk - Tunjuk Cara Melagukan Gurindam
Penceramah - Zafirah Bahiah binti Hassan
(Penggiat Seni Gurindam)

Bengkel 3 :
Tajuk - Cara Berpantun Yang Berkesan
Penceramah - Nur Azelin binti Abdul Aziz 
(Johan Temasya Pantun dan Dondang Sayang IPGM 2013)

Respon Peserta (dipetik daripada Berita Festival Bilangan 2 Isu 2) :
"Melalui bengkel ini, saya dapat mengetahui teknik penciptaan pantun dan gurindam. Teknik ini dapat menyerlahkan lagi nilai estetika dalam berkarya. Dengan adanya bengkel ini, saya dapat mengatasi cabaran dalam menghasilkan pantun yang baik dan mempunyai pengertian yang bermakna."
Nor Atiekah Hidayah binti Hussain (IPG Kampus Dato' Razali Ismail)

Manakala hari ketiga (selasa) pula merupakan hari pertandingan peringkat saringan yang diadakan pada waktu pagi di 4 bilik peperiksaan tingkat 4, Bangunan Menara IPG KBM. Keputusan pertandingan saringan tersebut diumumkan pada waktu petang dan 6 pasangan gurindam serta 12 orang pemantun yang berjaya melangkah ke peringkat akhir.

*Kak Atiekah - Peringkat Saringan*

Cabutan undi untuk giliran di peringkat akhir. 

Hari kemuncak (rabu). Hari pertandingan akhir Festival Pantun dan Gurindam 2014 yang diadakan di dalam Dewan Baharu yang menyaksikan kesemua peserta yang hebat belaka berpantun dan bergurindam di atas pentas. Seterusnya, Majlis Perasmian Penutupan Festival Pantun dan Gurindam 2014 dihadiri oleh Rektor IPGM, Tuan Sulaiman bin Wak, Pengarah IPG KBM serta warga IPG.

Persembahan Seni Silat ditarikan ketika menyambut kedatangan tetamu kehormat sebelum masuk ke dalam dewan oleh Saudara Imran (Persatuan Silat Cekak Ustaz Hanafi) dan dua orang Srikandi Gelanggang Indera Bentara (Page / Blog), Persatuan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia iaitu kak Mahirah dan ana sendiri. Hee..**Kutip pengalaman**

*Demo Silat*

Seterusnya, Tarian Anak Kenyalang dipersembahkan oleh kumpulan tarian IPG KBM, diikuti dengan ucapan oleh Pengarah IPG KBM, ucapan perasmian penutupan oleh rektor dan seterusnya pengumuman para pemenang pertandingan. AlhamduliLlah, kak Atiekah berjaya menggondol tempat ketiga dalam pertandingan berbalas pantun. Peserta tuan rumah, kak Nik Nuriylia dan pasangan, saudara Faizal Sanek memperoleh tempat ketiga dalam pertandingan gurindam. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

 Tempat Ketiga Pertandingan Gurindam - IPG KBM

Tempat Ketiga Pertandingan Berbalas Pantun - IPG KDRI

Team kami. Ehh. UkhwahfiLlah :)
**Bersama Puan Norzaini, Pensyarah Pengiring IPG KDRI**

Pulang menuju ke negerikuu~
#AnokTranung (",)

Sebelum mengundurkan diri, ana menyusun jari memohon kemaafan andai ada tersilap bicara dan mana-mana yang terkurang sepanjang ana mengiringi kalian. Moga terus berjaya dalam bidang yang diceburi. Panjang umur, ada rezeki, jumpa lagii di negeri sendiri. InsyaAllah. Hhehe.. :)

Lebat daun bunga tanjung,
Berbau harum bunga cempaka;
Adat dijaga pusaka dijunjung,
Baru terpelihara adat pusaka.

Wallahua'lam. Salam Mahabbah~


Monday 16 June 2014

Cinta Terakhir~

BismiLlahirRahmanirRahim~




Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku

Tiada apa yang bisa

Menafikan kasih kita

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Korus
Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Ulang korus

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan

Ulang korus

Lagu/Lirik: Hafiz Hamidun
Artis: Aiman


----------------

**Mendalam...Segalanya di dunia ini hanyalah sementara sahaja, pinjaman semata-mata dan DIA-lah Yang Maha Memiliki atas tiap sesuatu. 


Cinta. Cinta itu buta. Biarlah kita buta terhadap keindahan kecil di dunia apabila kita cinta kepada Yang Maha Pencipta Cinta. Moga dikuatkan, diteguhkan semaian kasih sayang dan benih cinta dalam jiwa sanubari kita kepada Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. 

Kita hamba DIA, merancang. DIA juga merancang. Dan ketahuilah setiap jiwa bahawa DIA-lah sebaik-baik Perancang kerana DIA Merancang dengan Kasih Sayang-Nya :)

Percaya dan yakinlah wahai setiap hati yang ana doakan moga kita KUAT agar dapat mengharungi mehnah ujian duniawi supaya dapat kita menuju ke tempat asal kita, Syurga Firdausi. Bi idzniLlah. Dengan izin-Nya.



Wallahua'lam. Salam Kasih Sayang <3  

Sunday 15 June 2014

Karnival Kokurikulum Dan Kesenian Islam~

BismiLlahirRahmanirRahim~

Insya-Allah satu Karnival Kokurikulum dan Kesenian Islam Peringkat Negeri Terengganu 2014 akan diadakan seperti maklumat yang berikut :

Tarikh : 17 - 19 Jun 2014
Hari : Selasa, Rabu & Khamis
Tempat : SMKA Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu (SHAMS)
Tema : Kokurikulum Memupuk Potensi dan Membina Kemahiran

Antara aktiviti yang menarik :
- Explorace
-Gerai Jualan
-Bersih Kubur
-Cabutan Bertuah
-Pertandingan Mewarna
-Persembahan Nasyid
-Ceramah Perdana
-Ceramah Kesihatan
-Pemeriksaan Kesihatan
-Demontrasi Silat
-Sukan dan Permainan
-Pameran Polis dan Bomba
-Ceramah Pengguna
-Ceramah Koperasi
-Jom Memanah


SEMUA DIJEMPUT HADIR~!!

Jommm.. Ana dan sahabat-sahabat insya-Allah nak pergi hari rabu..sebabnyaaaa..perhatikan yang ana highlightkan di atas.. Hhehe :)

Nak pergi jejak kasih di bumi wakafan SHAMS. Rindu. Sekolah tarbiyah. Jumpa muallim-muallimah. Jumpa adik-adik. Serbu Koop. Daaan semualahh..Nanti insyaAllah, jika berkesempatan ana update ya cerita pergi sekolah nanti.. 

Wallahua'lam. Salam Mahabbah <3

Thursday 12 June 2014

Salam Nisfu Syaaban~

BismiLlahirRahmanirRahim~

Hari ini 12 Jun 2014 bersamaan 14 Syaaban 1435 Hijrah, di mana gelincirnya matahari petang ini dan selepas azan maghrib, maka kita memasuki 15 Syaaban 1435 Hijrah yang juga dikenali sebagai Nisfu Syaaban.


Pada malam Nisfu Syaaban di mana buku catatan amalan kita di bawa naik oleh malaikat dan buku catatan amalan baharu diberikan setelah setahun berlalu kita menggunakan buku catatan amalan yang lama. Malam Nisfu Syaaban ini merupakan malam kedua yang barakah selepas Malam Lailatul Qadar. 

Seorang sahabat benama Usamah bin Zaid r.a. pernah bertanya Nabi s.a.w., kenapa baginda banyak berpuasa di bulan Syaaban? Nabi s.a.w. menjawab, "Bulan Syaaban itu adalah bulan yang selalu dilupai oleh manusia di mana kedudukannya di tengah antara Rejab dan Ramadhan. Namun ia adalah bulan di mana diangkat amalan-amalan hamba kepada Tuhan Pencipta Alam. Maka aku menyukai amalanku diangkat ketika aku berpuasa." (Riwayat Imam an-Nasai)



Antara amalan yang boleh kita lakukan untuk menghidupkan bulan Syaaban dan Malam Nisfu Syaaban ialah :

 1. Setelah selesai solat ba'diyah Maghrib atau Isya', bacalah Surah Yasin 3 kali dengan setiap satunya diniatkan memohon :
- bacaan 1 : Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah.
- bacaan 2 : Ditetapkan iman dan dijauhkan daripada bala bencana.
- bacaan 3 : Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.

2. Perbanyakkan istighfar (astaghfiruLlahal'azim) dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil kepada Allah Yang Maha Penerima Taubat dan Yang Maha Pemaaf.

3. Perbanyakkan solat sunat seperti solat sunat (ss) dhuhaa, ss rawatib, ss tahajud, ss tasbih, ss taubat, ss hajat dan ss witir. 
**Nabi s.a.w. bersabda : "Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu."**

4. Membaca dan mentadabbur al-Quran.

5. Perbanyakkan sedekah, selawat dan berdoa.

6. Perbanyakkan tasbih (subhanaLlah), tahmid (alhamduliLlah), tahlil (la ilaha illaLlah) dan takbir (AllahuAkbar).


Cara-cara Solat Sunat Nisfu Syaaban. [Klik Sini]


Antara doa yang dibaca pada Malam Nisfu Syaaban :
"Ya Allah, apabila Engkau mencatat namaku sebagai orang yang celaka, Engkau catat di dalam buku catatan celaka, maka padamlah dan catatlah dalam buku catatan orang yang berbahagia dan apabila Engkau mencatatkan namaku sebagai orang yang berbahagia, di dalam buku catatan bahagia, maka tetapkanlah. Maka sesungguhnya Engkau telah berfirman di dalam Kitab-Mu yang mulia. Allah menghapus dosa-dosa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa-apa yang Dia kehendaki dan disisi-Nya ada kitab yang mulia (Kitab Al-Quran) Al-Hadis."


InsyaAllah sama-sama kita beristiqamah melaksanakan amalan-amalan kebajikan di siang hari atau malam hari. Sesungguhnya apabila kita dapat melaksanakan sesuatu amalan dengan penuh keikhlasan dan amalan tersebut bertepatan dengan hukum syara', maka kita akan tergolong dalam golongan umat Islam yang menuju ke arah kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Ayuh perbanyakkan amalan kebajikan di bulan Syaaban sebagai suatu persediaan menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak~!!

Buat sahabat pembaca, ampun maaf andai tersilap bicara yang mengguris hati nurani antum semua. Moga Allah berkati kita dalam bulan Syaaban ini dan moga kita sampai ke bulan Ramadhan yang kita nanti-nantikan kehadirannya. 

BarakaLlahulakum. Wallahua'lam. Salam Mahabbah <3

Thursday 5 June 2014

Semuanya Soal Hati : Hati Emas~

BismiLlahirRahmanirRahim~

Sabda Rasulullah SAW : 
"Allah tidak memandang rupa lahir kamu dan harta kamu tetapi Allah memandang hati dan amalan kamu." (Riwayat Muslim dan Ahmad)

RasuluLlah SAW menganjurkan kita berdoa : "Ya Allah, sempurnakan akhlakku sepertimana Engkau sempurnakan kejadianku." Secara tidak langsung, doa ini mengajar kita bahawa nilai akhlak jauh lebih penting daripada rupa lahir kita.

Allah Yang Maha Adil tidak meletakkan kebahagiaan kepada rupa, harta, kuasa dan nama. Allah tidak zalim kerana meletakkan kebahagiaan pada ketenangan "hati emas" - hati yang mampu dimiliki oleh si miskin atau si kaya, si buruk atau si jelita dan hamba atau raja.

Di mana akan kita temui hati emas seperti itu? Hati itu ditempa dan disesah oleh mujahadah di jalan Allah. Umpama intan yang dipanaskan oleh haba dengan kepanasan berganda atau emas yang disepuh oleh api yang menyala-nyala, maka begitulah hati manusia. Hanya akan bercahaya oleh siraman keringat, deraian air mata dan aliran darah oleh insan yang bermujahadah di jalan-Nya.



Apabila tiba saat diuji, jangan lari tetapi hadapi. Walau pedih, sedih dan tersisih, jangan mengelak. Bersedia dan hadapi. Terima hakikat, jika hidup sudah terhenyak ke dasar paling bawah, jangan berpura-pura lagi. Jangan terus bermuka-muka. Namun, terimalah hakikat supaya mampu bangun kembali dengan cepat! Sering dikatakan oleh ahli kebijaksanaan, "Jangan dipinta diringankan ujian, tetapi pintalah dikuatkan hati untuk menghadapinya!"

Apabila sudah tiba di dasar yang paling bawah, sudah tentu tidak ada lagi tempat untuk jatuh. Maka ketika itulah peribadi akan naik semula ke atas kerana kita sudah membayar "yuran" untuk kejayaan. Kita sudah merasai kepahitan pada ubat yang ditelan. Itulah ubat hati, yang pahit pedih dan menyakitkan tetapi itulah ubat dan penawar yang akan melegakan.

Saat diuji itulah segala mazmumah akan dimamah. Ego, bangga, rendah diri, kecil hati, kecut, penakut sudah "dibakar" dalam relau mehnah Allah. Dan saat itulah kita layak menerima anugerah. Yakni, bingkisan ijazah daripada "universiti mujahadah". Tiada gelaran, tiada sanjungan ... hadiahnya hanya - HATI EMAS!


Memburu selain-Nya hanya akan mengecewakan. Pergilah setinggi puncak karier, rebutlah setinggi nama, carilah sebanyak harta, tanpa hati emas, kau hanya akan meninggikan tempat jatuh. "Berjaya" tanpa keperibadian yang kukuh hanya mendedahkan diri kepada lebih banyak stres dan kebosanan. Tidak ada jalan dan ikhtiar lagi kecuali kembali kepada Allah. Perkukuhkan solat lima waktu dengan sunat rawatib. Luangkan dan lapangkan masa dengan membaca al-Quran dan berselawat. Kurangkan makan dan lisan. Bercakap hanya yang baik atau diam.

Uzlahkan diri jika terasa mata dan telinga terlalu liar untuk ditundukkan. Tersenyumlah dengan penghinaan. Redhalah dengan kesepian. Jangan takut akan kelicikan, tipu daya dan kezaliman. Hayatilah sebuah sabda, "Jika kita menjaga Allah, Allah akan menjaga kita". Tidak mengapa jika dipinggirkan, malah dilupakan sekalipun ... kerana selamanya orang lain tidak akan tahu, betapa lapang dan bahagianya apabila memiliki hati emas itu!



Semoga  saya menulis segala-galanya dari hati, dan semoga segala-galanya itu juga tertumpah ke dalam hati para pembaca. Saya bukanlah insan yang baik, tetapi insyaAllah sedang berusaha ke arah itu dengan cuba menabur sebanyak-banyak kebaikan melalui tulisan. InsyaAllah, semoga Allah mengurniakan taufik dan hidayah-Nya agar kita sentiasa berhati-hati menjaga hati termasuk semasa membaca buku "Semuanya Soal Hati" ini. Amin.. :)

|Pahrol Mohamad Juoi|


Jaga Hati. Jaga Iman. Jaga Diri. 

Fii HifziLlah <3

Moga kita semua senantiasa berada dalam pelukan kasih sayang Allah, Yang Maha Penyayang~ 

Wallahua'lam. Salam Mahabbah :)