BismiLlahirRahmanirRahim~
Melayang serindit di atas permatang,
Merbau berkicau di tengah muara;
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismiLlah pembuka bicara.
AlhamduliLlah, puji-pujian dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, Festival Pantun Dan Gurindam IPGM 2014 telah berjaya dilangsungkan dengan gilang-gemilang. Festival ini dianjurkan oleh IPG Kampus Bahasa Melayu dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA). Tema festival ini ialah Memartabatkan Warisan Bangsa dan Budaya dan diadakan pada 22 hingga 25 Jun 2014.
Pendaftaran para peserta dibuat pada 22 Jun 2014 yang bertempat di Kolej Kediaman Dato' Razali Ismail (KKDRI) dan terdapat juga peserta yang menginap di Kolej Kediaman Adibah Amin (KKAA). Setiap IPG mempunyai seorang AJK Pengiring (Local Officer / LO) dan ana menjadi LO kepada kumpulan peserta IPG Kampus Dato' Razali Ismail. Tapi kannn.. Masa depa dah sampai di KKDRI, ana masih lagi belum sampai di IB. Ehehh. Biasalaa. Ana datang dari jauh. Negeri Pesisir Pantai. Ngee~
Peserta IPG KDRI. Selamat datang~
.Saudara Muzakkir .Saudara Syaher .Saudara Farhan .Saudari Atiekah
Buah pauh dari seberang,
Kuini manis di atas titi;
Dari jauh tuan datang,
Kami di sini sedia berbakti.
Apa kata peserta? (dipetik daripada Berita Festival Bilangan 1 Isu 1)
"Sebagai persediaan awal, saya telah mendengar gurindam yang didendangkan oleh Roslan Madun dan berlatih di rumah semasa cuti. Saya turut dibantu oleh emak saya yang juga merupakan seorang guru bahasa Malaysia. Seseorang yang ingin menyampaikan gurindam perlu menghafaz gurindam dan menghayati makna di setiap rangkap supaya semasa dia mendendangkan gurindam tersebut, dia dapat menyampaikan gurindam dengan penghayatan yang baik."
Ahmad Muzakkir bin Mohamad (IPG Kampus Dato' Razali Ismail)
Hari kedua festival (isnin), diadakan Bengkel Pantun Dan Gurindam :
Bengkel 1 :
Tajuk - Penciptaan Pantun dan Gurindam
Penceramah - Prof. Dato' Rahman Shaari
(Pensyarah UM)
Bengkel 2 :
Tajuk - Tunjuk Cara Melagukan Gurindam
Penceramah - Zafirah Bahiah binti Hassan
(Penggiat Seni Gurindam)
Bengkel 3 :
Tajuk - Cara Berpantun Yang Berkesan
Penceramah - Nur Azelin binti Abdul Aziz
(Johan Temasya Pantun dan Dondang Sayang IPGM 2013)
Respon Peserta (dipetik daripada Berita Festival Bilangan 2 Isu 2) :
"Melalui bengkel ini, saya dapat mengetahui teknik penciptaan pantun dan gurindam. Teknik ini dapat menyerlahkan lagi nilai estetika dalam berkarya. Dengan adanya bengkel ini, saya dapat mengatasi cabaran dalam menghasilkan pantun yang baik dan mempunyai pengertian yang bermakna."
Nor Atiekah Hidayah binti Hussain (IPG Kampus Dato' Razali Ismail)
Manakala hari ketiga (selasa) pula merupakan hari pertandingan peringkat saringan yang diadakan pada waktu pagi di 4 bilik peperiksaan tingkat 4, Bangunan Menara IPG KBM. Keputusan pertandingan saringan tersebut diumumkan pada waktu petang dan 6 pasangan gurindam serta 12 orang pemantun yang berjaya melangkah ke peringkat akhir.
*Kak Atiekah - Peringkat Saringan*
Cabutan undi untuk giliran di peringkat akhir.
Hari kemuncak (rabu). Hari pertandingan akhir Festival Pantun dan Gurindam 2014 yang diadakan di dalam Dewan Baharu yang menyaksikan kesemua peserta yang hebat belaka berpantun dan bergurindam di atas pentas. Seterusnya, Majlis Perasmian Penutupan Festival Pantun dan Gurindam 2014 dihadiri oleh Rektor IPGM, Tuan Sulaiman bin Wak, Pengarah IPG KBM serta warga IPG.
Persembahan Seni Silat ditarikan ketika menyambut kedatangan tetamu kehormat sebelum masuk ke dalam dewan oleh Saudara Imran (Persatuan Silat Cekak Ustaz Hanafi) dan dua orang Srikandi Gelanggang Indera Bentara (Page / Blog), Persatuan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia iaitu kak Mahirah dan ana sendiri. Hee..**Kutip pengalaman**
Persembahan Seni Silat ditarikan ketika menyambut kedatangan tetamu kehormat sebelum masuk ke dalam dewan oleh Saudara Imran (Persatuan Silat Cekak Ustaz Hanafi) dan dua orang Srikandi Gelanggang Indera Bentara (Page / Blog), Persatuan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia iaitu kak Mahirah dan ana sendiri. Hee..**Kutip pengalaman**
*Demo Silat*
Seterusnya, Tarian Anak Kenyalang dipersembahkan oleh kumpulan tarian IPG KBM, diikuti dengan ucapan oleh Pengarah IPG KBM, ucapan perasmian penutupan oleh rektor dan seterusnya pengumuman para pemenang pertandingan. AlhamduliLlah, kak Atiekah berjaya menggondol tempat ketiga dalam pertandingan berbalas pantun. Peserta tuan rumah, kak Nik Nuriylia dan pasangan, saudara Faizal Sanek memperoleh tempat ketiga dalam pertandingan gurindam. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.
Tempat Ketiga Pertandingan Gurindam - IPG KBM
Tempat Ketiga Pertandingan Berbalas Pantun - IPG KDRI
Team kami. Ehh. UkhwahfiLlah :)
**Bersama Puan Norzaini, Pensyarah Pengiring IPG KDRI**
Pulang menuju ke negerikuu~
#AnokTranung (",)
Sebelum mengundurkan diri, ana menyusun jari memohon kemaafan andai ada tersilap bicara dan mana-mana yang terkurang sepanjang ana mengiringi kalian. Moga terus berjaya dalam bidang yang diceburi. Panjang umur, ada rezeki, jumpa lagii di negeri sendiri. InsyaAllah. Hhehe.. :)
Lebat daun bunga tanjung,
Berbau harum bunga cempaka;
Adat dijaga pusaka dijunjung,
Baru terpelihara adat pusaka.
Wallahua'lam. Salam Mahabbah~
No comments:
Post a Comment