BismiLlahirRahmanirRahim~

Monday 13 January 2014

Lau Kaana Bainana al-Habib~

BismiLlahirRahmanirRahim~
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Selawat dan salam buat junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w, keluarga baginda, para sahabat, para tabi’in, tabi’ tabi’in dan orang yang mengikut jejak langkah mereka sehinggalah ke hari pembalasan (yaumul qiyamah).

Assalamualaikum w.b.r.  J

AlhamduliLlah thumma alhamduliLlah. Masih diberi kesempatan dan peluang untuk melihat dunia-Nya hari ini. Moga kita melihat dengan mata hati kita.

12 Rabi’ul Awal 1435H bersamaan 14 Januari 2014.

Sanah Helwah Ya Habibi Nabi Muhammad
SollaLlahu ‘alaihi wasallam <3



-------------------


Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa...
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan...
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu,
Dan kebebasan daripada api neraka-Mu,
Dan juga syurga bersama Penghulu seluruh manusia.
Kami mohon...Kami mohon pada-Mu,
Wahai Tuhanku dari sudut hati yang paling dalam...


يا رَبِّي قَدْ غَفِلْنَا وَكُلُّناَ طَمْعٌ
فِيْ عَفْوٍ وَفِيْ كَرَمٍ وَفِيْ أَعْتَاقٍ
وَجَنَّةٍ مَعَ سَيِّدِ الْبَشَرْ
نَدْعُوْك..نَدْعُوْكَ رَبِّيْ مِنَ الْأَعْمَاقِ



Andainya Kekasih-Mu (Muhammad) masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah,
Dengan haruman baginda sebelum hilangnya
Rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan kekasih-Mu...


لَوْ كَانَ بَيْنَنَا الْحَبِيْب
لَدَنَا القَاصِيْ وَالْقَرِيْب
مِنْ طَيِّبَةٍ قَبْلَ الْمَغِيْب 
طَالِباً قُرْبَ الحَبِيْب



Berada berhampirannya jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah akan diperkenankan...
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna...
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda, 
Wahai Tuhan yang Maha Merperkenankan doa hamba...


بِقُرْبِهِ النَّفْسُ تَطِيْب
وَتَدْعُوا الله فَيُجِيْب
أَنْوَارُ طَهَ لاَ تَغِيْب
بَلِّغْنَا لِقَاهُ يَا مُجِيْب



Hidayahmu kepada alam merata luas..
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan Pemberi Hidayah...
Hadis-hadismu ibarat sungai mengalir jernih..
Berada disisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah...


هُدَاكَ الْكَوْنُ الرَّحِيْب
رَحْمَةَ الهَادِيْ الْقَرِيْب
حَدِيْثُكَ النَّهْرُ الْعَذِيْب
جِوَارُكَ الْغُصْنُ الرَّطِيْب



Ku tebus diriku dengan dirimu wahai Kekasihku..
Nabi Muhammad yang mulia lagi asing
Berada berhampiranmu jiwa menjadi harum
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang, 
Tuhan kepada seluruh Alam...


فَدَتْكَ رُوْحِيْ يَا حَبِيْب
محمدٌ مُكْرِمَ الْغَرِيْب
بِقُرْبِكَ الرُّوْحُ تَطِيْب
ياَ رَحْمَةً لِلْعَالَمِيْن



Wahai Kekasihku Wahai Muhammad 
Wahai pengubat hatiku Wahai yang terpuji...
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat kepadamu....


يَا حَبِيْبِيْ ياَ مُحَمَّدْ
يَا طَبِيْبِيْ يَا مُمَجَّدْ
أَنْتَ ذُوالْفَضْلِ الْمُؤَيَّدْ
جَلَّ مَنْ صَلَّى عَلَيْك




-------------------------------------------------------


Moga cinta kita kepada Rasulullah s.a.w tidak bermusim.
Bukan setahun sekali selawat dialunkan.
Bukan setahun sekali sunnah diamalkan.
Bukan setahun sekali Rasulullah hadir dalam ingatan.
Bukan.

Cinta Rasulullah s.a.w bukan sekadar lafaz, namun buktinya pada gerak laku seharian. Hidupkan sunnah Nabi s.a.w daripada sekecil-kecil perkara hinggalah yang terbesar.

Bukan hanya bersugi dan solat berjemaah, atau berselawat mahupun beramar maaruf. Sunnah nahi mungkar, berekonomi, berpolitik, bernegara, bermuamalat, hubungan antarabangsa, berkeluarga, berjiran, berjihad dan seumpamanya.

Tanda kasih sayang kepada Rasullullah s.a.w juga ialah mengekang nafsu dalam perkara haram dan makruh.
Juga wara' walaupun pada perkara yang halal.

Cinta tanpa rukun dan syarat pastinya cinta yang kudus.
Tidak pelik untuk mencintai, namun hebat bila dicintai.

Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad. Wa 'ala aali Sayyidina Muhammad. :')
|Ukhti Haslinda Alias|




*****************************


Bicara Sofea : Sambutan Maulidur Rasul s.a.w pada tahun ini masih mengekalkan tema yang sama iaitu “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”.

Apa itu Wasatiyyah? Wasatiyyah atau sikap besederhana merupakan salah satu daripada ajaran yang diterapkan oleh Islam merangkumi segenap aspek kehidupan kita. Tidak terlalu melampau dan tidak terlalu mengambil mudah akan sesuatu perkara atau urusan.

Wallahua’lam. Salam Mahabbah <3

No comments: