BismiLlahirRahmanirRahim~

Tuesday, 20 October 2015

Karnival Olahraga 2015~

BismiLlahirRahmanirRahim~


AlhamduliLlah, walaupun keadaan hari ni kurang mengizinkan (jerebu), namun Karnival Olahraga anjuran pelajar PISMP Semester 5 tetap diteruskan juga. Karnival ini yang pada awalnya dirancang untuk diadakan di padang kampus, tetapi ditukar ke Dewan Utama Aminuddin Baki dan Gimnasium Terbuka IPGKBM.


Ana, adik sebilik (Aimandashah) dan rakan sekelas (Amalina) tak lepaskan peluang untuk menyertai karnival ini. Hhehe..
Semangat PAHLAWAN tu mengalir dalam diri kami.. 
Rumah Merah Champion~

Nombor atlet~

Dah lama tak jogging, terasa semput pabila seusai berlari. Pheww~ Acara pertama yang ana sertai ialah Lari 100m. *Kali ni lari dalam dewan, 3 kali ulang alik untuk cukupkan meter. Kata kak Syahirah, acara larian yang rare. Ahhaa~ Tahniah pada akak yang dapat pingat Perak~!!


Acara kedua pula ialah Lompat Tinggi. Hokayyy~ Terasa berat badan nak melompat. Adehh~ Nak samakan dengan catatan ketinggian peribadi pun tak dapat tadi. Kuikuikui... 

Lompat tinggi gaya gunting~

Hebat adik roommate terbang~ Hhehe :D

Acara gimik perasmian penutupan oleh Timbalan Pengarah, YBhg. Tengku Adli :)

Terima kasih Puan Nurulhana, Ketua Unit Kokurikulum mengkalungkan pingat kepada pemenang-pemenang wanita (",)

Tahniah classmate! Amalina ni hebat lari jarak jauh~

Hasil tangkapan hari ini. Hhehe. 2 ana + 2 adik roommate~

Bangunan Menara IPGKBM~

AlhamduliLlah 'ala kulli hal. Layla saieda dunya. Tahniah kepada penganjur dan semua peserta! Tahun depan kelas ana pula yang incharge untuk anjurkan Kejohanan Trek dan Padang ni. Moga dilancarkan urusan kami yang akan datang. Bi idzniLlah.

Salam Mahabbah <3

Post a Comment