BismiLlahirRahmanirRahim~
**AnaSofea-RajaYong-CikguShima-WakSuraina**
Minggu Pengalaman
Berdasarkan Sekolah (PBS) Fasa Pertama telah berjaya ana dan rakan-rakan
menyelesaikannya di sekolah pilihan masing-masing. Untuk kali pertama ini, ana
memilih untuk melaksanakannya bersama-sama dengan sahabat Raja Yong Zahariah
dan Wak Suraina di SEKOLAH KEBANGSAAN RAJA MUDA MUSA (SKRMM) yang bertempat di
Kuala Kangsar pada 31 Mac hingga 4 April yang lalu. Kedudukan sekolah ini
sangat berhampiran dengan rumah Yong di kawasan perumahan dan setiap pagi abah
Yong yang menghantar kami ke sekolah dan
pada waktu pulang sekolah, kami akan berjalan melalui jalan tepi sekolah
bersama-sama murid-murid.
**Didik diri agar menjadi guru yang berjiwa rapat
dengan murid-murid**
Merakam Kenangan :)
Buat Esaimen Sejarah @ PSS SKRMM
Memantau Pembelajaran Di Luar Bilik Darjah (4 Hikmah)
Cikgu Yong & Cikgu Sofea
Bersama Pelajar Tahun 2 :)
Usai Relief Kelas 3 Hikmah~
Pada hari pertama,
kami telah melaporkan diri kepada Tuan Guru Besar di pejabat SKRMM dan kami
diberi tempat duduk di bilik guru serta dibenarkan untuk menjalani PBS kami
selama seminggu di sini. Semua guru, staff dan pelajar di sini sangat ramah dan
menerima kehadiran kami dengan tangan yang terbuka. AlhamduliLlah. J Kemudian, kami telah masuk ke kelas 4
Hikmah yang di ajar oleh Cikgu Hussin untuk mata pelajaran SEJARAH. Mula-mula
kami masuk, Cikgu Hussin memperkenalkan kami bertiga sebagai ORANG PAKAR
SEJARAH kepada anak muridnya.. *GULP* Telan air liur kami kerana ‘title’ tu
terlalu tinggi buat masa ini. Apa-apa pun, kami mengaminkannya kerana itu
kata-kata tu kan DOA :D
Pada hari kedua,
kami menjalankan sesi perbincangan dengan Guru Penolong Kanan Pentadbiran
berkenaan prestasi akademik di SKRMM selama satu jam. Pada awalnya kami agak
berdebar kerana gusar takutkan suasana perbincangan akan *krikk2*..Hhehe.. Tapi
alhamduliLlah, respon yang kami terima
daripadanya agak baik. Kemudian kami pergi melawat kelas Pra-Sekolah dengan
masuk kelas Prasekolah Cerdas. Sungguh~! Anak-anak kecil tu sungguh aktif dan
pandai. Semoga mereka membesar dan
menjadi pelajar yang soleh-solehah ya J
Pada hari ketiga
pula, kami telah mengadakan sesi perbincangan dengan guru kaunseling SKRMM
tentang isu disiplin di sekolah tersebut. Keseluruhannya tiada kes disiplin
yang berat yang dilakukan oleh pelajar di sana. Seterusnya, kami telah melawat
dan masuk ke dalam Pusat Sumber SKRMM (PSS) serta kami sempat menggunakan sedikit
masa kami untuk membuat tugasan Pensejarahan Sejarah kami di sana. Keadaan PSS-nya
agak baik dengan lambakan buku di rak-rak yang tersusun rapi, namun terdapat
banyak juga buku diletakkan di atas lantai belakang bilik tersebut kerana untuk
penyusunan semula mengikut kategori buku. Kemudian, kami berkesempatan untuk
masuk ke kelas 3 Harmoni untuk melihat Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Bahasa
Melayu yang diajar oleh Cikgu Izwan. PdP nya banyak memberi kami ilmu baharu
dalam segi cara mengajar di dalam kelas dan juga cara untuk mengawal kelas
sepanjang sesi PdP berlangsung.
Pada hari
keempat, kami mengikuti kelas Pendidikan Jasmani yang diajar oleh Cikgu Suliza
untuk kelas 4 Hikmah. Pada sesi pembelajaran tersebut, kami diberi peluang
untuk mengajar pelajar lelaki bermain bola baling, di samping pelajar perempuan
diajar oleh Cikgu Suliza. Ketika kami di padang, kami didatangi oleh Che Mat
iaitu kerani sekolah dengan sekeping surat cinta setiap seorang. Ehh.. Surat
relief kelas la..hhehe J
Kami masuk
menggantikan guru yang tidak hadir ke sekolah pada hari tersebut untuk memasuki
kelas 3 Hikmah untuk subjek Muzik dan juga 4 Hikmah untuk subjek Matematik dan
Bahasa Inggeris. Aktiviti kami ialah pertamanya memperkenalkan diri kami, pelajar
memperkenalkan diri serta cita-cita mereka dan seterusnya membuat senaman Si
Tommy. Sambutan yang kami dapat daripada mereka sangat menggalakkan dan mereka
ternyata seronok dengan aktiviti tersebut. Kami juga berpeluang membimbing
kelas 4 Hikmah membuat soalan matematik yang dipesan oleh guru mereka. *Rindu
Maths*
Hari kelima. Hari
Jumaat barakah. Hari terakhir kami di sekolah SKRMM. Pagi Jumaat merupakan pagi
perhimpunan rasmi sekolah tersebut dan kami dijemput untuk turut berada di saf
guru-guru sekolah. Yong, sebagai wakil kami sempat menyampaikan ucapan
penghargaan terima kasih dan ucapan maaf daripada kami sepanjang kami berada di
SKRMM ini dan diakhiri dengan pemberian sedikit cenderamata kami kepada sekolah
yang disampaikan oleh Suraina kepada Tuan Guru Besar dan ana berperanan sebagai
tukang ambil gambar.. *Klikk2*
Antara Memori di SKRMM :
Kawasan Sekolah SKRMM
Anak-anak Prasekolah Kelas Cerdas :)
Pemantauan di Persatuan Pengakap oleh Cikgu Yong :)
Cikgu Suraina memantau di hadapan~
Membimbing pelajar menyalin nota daripada guru penasihat Pengakap~
Kelas PJ 4 Hikmah - Bola Baling~!
Surat Cinta Biru -RELIEF~!
Perhatian yang penuh diberikan kepada guru pelatih (y)
**BAGUS-BAGUS-BAGUS**
Kawalan kelas yang baik (y)
Banyak soalan yang diajukan oleh budak berdua ni~!
Pelajar yang bercita-cita menjadi penceramah bebas - Bahyah (Pakai Spekmata)
Aktiviti Senaman Si Tommy :)
Kursus Kepimpinan Pengawas SKRMM~
Perhimpunan Rasmi Jumaat~
Bangunan Program Pendidikan Khas Integrasi SKRMM :)
THANK YOU, TEACHER~!!
Hadiah untuk 3 Hikmah dan 4 Hikmah :D
Pelajar 3 Hikmah :)
Pelajar 4 Hikmah :)
Yong membuat draf ucapan penghargaan (y)
Baju Suraina sedondon dengan PK HEM di depannya..hhihi..
Baju Suraina sedondon dengan PK HEM di depannya..hhihi..
Pasukan Hoki SKRMM Hebatt!!
TAHNIAH~
Cikgu Yong membuat ucapan :)
Cikgu Suraina memberikan cenderamata kepada Guru Besar :)
AlhamduliLlah
thumma alhamduliLlah. Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dapat kami
menyelesaikan PBS kami dengan lancar. Semoga kita semua berada di bawah jagaan
Allah Rabbul ‘Izzati sentiasa. InsyaAllah.
**Terima Kasih Yong..Terima Kasih Suraina**
Wallahua’lam. Salam Mahabbah <3
No comments:
Post a Comment