BismiLlahirRahmanirRahim~

Tuesday 29 April 2014

Nostalgia USIM~!!

Ana mulakan coretan ini dengan nama-Mu, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Menyingkap kisah pada bulan Mei dua tahun lalu, pertama kali ana menjejakkan kaki ke Universiti Sains Islam Malaysia dalam pengajian Tamhidi Pergigian. Masih ingat ana pada Kolej Kediaman Nilam Court (KKNC) di mana ana ditempatkan di bangunan blok E, tingkat 2, rumah nombor 8 dan bilik nombor 2 (E2-8-2). Dalam rumah ana ada 8 orang termasuk ana di mana kesemuanya dalam tamhidi yang sama.


.TasikDepanKKNC .KampusUsimTungguBas .PortDickson

Bilik pertama :
Amirah Bokti (Amy) – Kelantan
Nur Najihah Gan (Jie) – Terengganu
Nur Salimi Ismail (Lynn) – Kelantan
Siti Nur Anisah (Anis) – Terengganu

Bilik kedua :
Siti Fatimah Husaini (Imah) – Selangor
 (Imah pun dah masuk IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka sebulan selepas pendaftaran USIM)
Ana

Bilik ketiga :
Nur Najwa Athirah Elias (Najwa) – Kuala Lumpur (Asal Kelantan)
‘Izzah Hayati (Izzah) – Kelantan

Pada pagi hari kuliah, kita sama-sama bersiap dan beratur panjang menunggu bas. Di kampus, kita pergi bilik tutorial atau dewan kuliah dari pagi sampai petang. Hari Khamis, kita ada waktu makmal Biologi, Kimia dan Fizik. Kemudian balik rumah, sama-sama buat laporan makmal dan lukis semua keputusannya sambil bincang soalan tutorial. Semasa menunggu waktu maghrib, pasti ada yang pakat main tarik sejadah seseorang untuk menjadi imam. Hhehe. Sungguhhh!! Rindu saat itu...


SahabatfiLlah di kampus USIM :)

Pada hujung minggu, pagi sabtu atau ahad, kita pergi jogging keliling tasik depan KKNC dua-tiga kali. Kemudian, masa tengahari kita beli nasi dan lauk-pauk di gerai depan kolej dan makan berjemaah. Teringat juga waktu kita belajar sama-sama, yang mana soalan yang ana tak boleh buat, boleh rujuk pada sahabat-sahabat yang pakar dalam subjek tertentu.

Merakam Memori Di Kafe KKNC~

Malam sebelum kuliah ‘Science and Technology in al-Quran and as-Sunnah’, kita pakat belek kamus cari maksud esei bahasa Arab yang akan dipelajari esok hari sebab ustaz akan panggil dan sebut nama secara rawak untuk menterjemah bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu. Pernah juga satu kali kita keluar ke bandar, kita beli barang dan makan makan sama-sama di Giant dan KFC Nilai. Penuh satu troli kita membeli barang peribadi dan keperluan rumah. :D

Suatu hari selepas ana mendapat tawaran untuk masuk ke IPG, ada sahabat yang mengatakan, ‘Pasti Piya seronokkan nak masuk IPG.’ Zupp.. Satu hakikat yang pahit ditelan kerana untuk masuk ke IPG, pastilah ana perlu keluar daripada pengajian di USIM. Allahu~!! Ketahuilah sahabat-sahabatku, walaupun secara jasadnya ana dah keluar USIM, tapi antum semua tetap berada dalam hati dan ingatan ana. J
Pada malam terakhir di bumi USIM, kita ada buat ‘haflatu wida’’ (majlis perpisahan) dalam rumah kita. Sambil-sambil kita menjamu selera makan benjo, kita ada buat ucapan setiap orang dan akhir sekali ucapan ana. Masing-masing semasa bercakap pegang tisu...AllahuAllah :’(


Kelas Tutorial 3 Tamhidi Pergigian 2012/2013~

Walau ana hanya bersama kalian di sana cuma 7 minggu, tetapi ana rasa sangat rapat dan sedih yang teramat nak berpisah. Semasa mak saudara ana sudah sampai di KKNC untuk mengambil ana, ramai yang menghantar ana ke pintu pagar, antaranya 6 sahabat rumah, sahabat sekolah SHAMS, sahabat Terengganu dan sahabat kuliah. Tika bersalam kali terakhir, segala ucapan antum tak bisa ana balas sebab terlalu sebak. Sepanjang perjalanan dari Nilai ke Kuala Lumpur, mutiara jernih tidak berhenti mengalir membasahi pipi. Sakitnya. Peritnya perpisahan ini. AllahuRabbi~!!

Sahabat Yang Ana Sayangi Kerana Allah......

Ketahuilah, ana sangat menyayangi kalian. Merindui kalian. Moga ukhwah yang terjalin ini kekal mewangi hingga ke Syurga Ilahi nun di sana. Walau apa pun bidang yang kita ceburi kini, cintailah ia. Susah senang tiap perkara pasti akan ada hikmah di sebaliknya. Dan ia pasti yang TERBAIK untuk kita kerana DIA yang Maha Merancang. Walaupun pada awalnya kita turut merancang, akan tetapi DIAlah yang sebaik-baik perancang. Moga Allah membalas kebaikan yang antum lakukan dan ana berdoa agar Allah sentiasa memayungi sahabat-sahabat ana ini dengan rahmat dan kasih sayang-Nya.


Terharu~!! Terima kasih sahabat-sahabat <3

UHIBBUKUM FILLAH ABADAN ABADA SAHABAT.
FII HIFZILLAH.

Kad diberi tanda ingatan pada hari terakhir di USIM..

Muka belakang kad :)

Kreatif sahabat-sahabat ana ni \(^_^)/


JazakiLlahu khairan jazak J


Pertemuan yang diatur oleh Yang Maha Esa :)

Terjumpa di stesyen bas PUTRA setelah setahun tidak ketemu jasad.
.Amy .Izzah .Nas

Jumpa kak long Amy di Konvensyen Wanita Islam (KONWANIS) di Cyberjaya..

Semasa ralit melihat buku, tiba-tiba ada orang pegang tangan..
SubhanaLlah. Lynn~!!!
Terjumpa di Pesta Buku Antarabangsa KL @ PWTC..

**Tidak dapat ana ungkapkan setiap detik kenangan bersama kalian.
Biarlah ia hidup sebagai memori terindah**


Rakan-rakan kuliah Tamhidi Pergigian (^_^)

Wallahua’lam. Salam Mahabbah <3


No comments: