BismiLlahirRahmanirRahim~

Wednesday 9 July 2014

Resepi : Oreo Cheese Cake~

BismiLlahirRahmanirRahim~



Cheese Cake. Ada suatu masa tu cheese cake sangat laku di pasaran. Hee.
Kali ni, ana cuba buat OREO CHEESE CAKE yang ana rujuk resepinya di sini.
Terima kasih tuan tanah blog Cahaya Cinta Ku ^^

---------------------


Bahan-bahan :
Base:-
·         30 keping biskut oreo (buang cream tengahnya) – kisar halus
·         ¼ cawan butter – cairkan

Filling :-
·           500 gm cream cheese
·           ½ cawan gula halus
·           ½ sudu teh esen vanilla
·           ½ cawan sour cream / yogurt asli
·           2 biji telur (buang tali pusatnya)
·           1 cawan biskut oreo yang dicincang halus



Cara Menyediakan :

Base :-
Gaulkan biskut oreo kisar dengan butter cair sehingga sebati. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Cucuk-cucuk base dengan garpu untuk memastikannya tidak melekat pada base loyang apabila masak kelak. Pre-heat oven pada suhu 180ᵒC.


Filling :-
1.         Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana sehingga sebati.
2.         Masukkan sour cream / natural yoghurt dan pukul sebati.
3.         Seterusnya, masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati.
4.         Kemudian, masukkan biskut oreo yang dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata.
5.         Bakar secara “steam bake” dengan suhu 170ᵒC (letak loyang adunan dalam tray oven yang diisi air panas) dengan menggunakan api atas bawah dan letakkan loyang pada rak yang paling bawah dalam oven.
6.         Selepas  45 minit, gunakan api bawah sahaja dan permukaan atas loyang ditutup dengan aluminium foil untuk mengelakkan permukaan kek terlebih kuning.
7.         Bakar lagi kek dalam masa 15 minit.
8.         Apabila dah masak, jangan keluarkan terus loyang. Biarkan dahulu loyang dalam oven dalam keadaan pintu oven dibuka sedikit selama setengah jam.
(Tips : Petua untuk mengelakkan kek menjadi mendap / mengecut secara tiba-tiba)

9.         Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam / semalam.
10.      Hiaskan dengan jem kegemaran / buah-buahan (peach- strawberry) / biskut mengikut citarasa masing-masing.

**Tips : Petua setiap kali nak potong cheese cake, sila celup pisau ke dalam air panas dahulu, baru potong kek nehh J

Marvelous~
Selamat Mencuba <3



No comments: