BismiLlahirRahmanirRahim~

Monday 24 March 2014

Hari Kejohanan Olahraga Tahunan 2014~

BismiLlahirRahmanirRahim~

Kali ni ana nak kongsi cerita masa sepanjang kejohanan sukan tahunan IPG Kampus Bahasa Melayu yang telah diadakan pada awal bulan Mac ini. Latihan sukan ni mula dari pertengahan bulan Januari lagi. Sukantara telah diadakan pada akhir bulan Februari dan seterusnya dilangsungkan pra-kejohanan yang bertempat di padang IPG KBM. Tahun ni, ana ambil penyertaan dalam acara Lompat Jauh, Lompat Tinggi dan lari 4x100m, dan tidak lupa juga acara perbarisan. Berbanding dengan tahun lepas, ana kurangkan acara larian tahun ni sebab pengalaman ‘EXHAUSTED’ duk lari saringan dan final sebanyak 5 kali pada hari yang sama, ditambah pula dengan terik  mentari yang membahang dan membakar kulit. Acara Lompat Jauh ni memang merupakan acara ‘favourite’ sejak darjah 4 lagi. Masa darjah lima ana pernah mewakili sekolah ke kejohanan sukan peringkat daerah dan semestinya Chinese yang conquer acara ni. Apa-apapun, yang penting ialah PENGALAMAN kann J

Adik Prasekolah :)

 Acara Perasmian Pembukaan KOT IPG KBM 2014


 Perbarisan Rumah Pahlawan :)

 Perbarisan Rumah Pendekar!!

 Demo Tempur Silat oleh Kak Muja vs Kak Cecile

 Kak Masyitah aka Penjaga Palang Lompat Tinggi \(^_^)/

Bersama Tan Zee Ying - Acara Lompat Jauh -

Bersama Wan Kit Yee - Acara Lompat Tinggi -

Seterusnya, kejohanan sukan tahun ni diadakan di Stadium Arena Sukan Universiti Malaya, jiran IPG KBM. Acara yang pertama untuk hari ni ialah Lompat Tinggi. Alkisah macamna ana boleh terlibat dengan acara ni pun ana tak pasti sebab berbeza dengan acara lompat jauh yang sememangnya ana minat sejak sekolah rendah. Tapi, acara lompat tinggi ni langsung ana tak pernah masuk masa sekolah rendah disebabkan pada suatu hari latihan sukan, pertama kali ana cuba melompat, palang tu jatuh atas kaki ana. Wuuu... Sakitlah jugak sikit sebab masa sekolah rendah dulu guna palang besi. Sejak daripada itu, ana dah tak berani nak lompat tinggi. Taaaaapi, masa tingkatan dua, asyik duk tengok senior lompat tinggi, terasa mahu cuba melompat jugak dan akhirnya dapat melepasinya~!! Ana wakil rumah sukan acara lompat tinggi ni masa tingkatan 2 dan 4. AlhamduliLlah, dapat EMAS..

Koleksi Pingat Sejak Sekolah Rendah <3

Kemudian, pertama kali mewakili IPG KBM dalam acara lari 4x100m Jemputan sebagai kuartert kedua dan seperti biasa ana jadi pelari keempat. Dan AlhamduliLlah, dapat jugak pingat BRONZE~ Perancangan untuk acara tahun depan pulak mesti dirancang awal-awal nak pilih yang mana kemungkinan ada peluang nak dapatkan pingat. Hhehe.. Akhir sekali, AlhamduliLlah thumma alhamduliLlah sebab Kejohanan Olahraga Tahunan ni berjalan dengan lancar dan kami pelajar Institut Bahasa (IB) berjaya menamatkan KOT ini hingga ke acara penutupan.

**Al-aqlu saleem fi jismi saleem**
Quote Arab : Akal yang sihat datangnya daripada badan yang sihat :)

Tahniah kepada Rumah PAHLAWAN yang menjadi johan dalam acara SUKANTARA dan Naib Johan Keseluruhan~!! Tahun depan kita berusaha lagi yupp..InsyaAllah..



Wallahua’lam. Salam Satu Sukan J

No comments: