BismiLlahirRahmanirRahim~

Friday 21 March 2014

Erti Bahagia~

BismiLlahirRahmanirRahim :)


Dah lama tak ber'update' blog kecik ni. SubhanaLlah. Bulan Mac yang tak terasa sedang melaluinya. Daripada Kejohanan Olahraga Tahunan IPG KBM 2014, empat assignment yang berderet kena hantar, Karnival Permainan Tradisional, Program Bina Insan Guru Fasa Satu 2014, Pantomime Competition with the title "Snow White and The Seven Smurfs" dan last skali taklimat PBS / SBE (Pengalaman Berasaskan Sekolah) Fasa Satu 2014.




Nanti ana update satu-satu kisah ye..hhehe.. :)



Esokkkkk, bermula cuti pertengahan sem selama seminggu. Sama dengan budak sekolah kami punya cuti. dah dilatih jadik macam ala-ala cikgu kann.
**History Teacher-To-Be** InsyaAllah.


Selepas habis cuti tu sambung pulak dengan PBS Fasa Satu selama seminggu. Kali Pertama ni ana buat skali dengan sahabat kelas Raja Yong Zahariah dan Wak Sueraina dekat Kuale Kangsor. Ekekee... 


-Esokkkkk bas jam 10 pagi, taaaaaapi sekarang masih belum kemas apa-apa lagi barangnyaaaaa..hukkk..nak kena bermula sekarang ler ni..hee..Esok seperti biasa, ana akan pergi Stesyen Bas Putra yang tepi PWTC tu dengan kak Masyitah aka kak Itah comey. Nanti akak akan naik bas dulu jam 9 sebab nak ke Besut kan ambil masa lagi jauh. Maka, satu jam lah ana duk sensorang nanti kat Putra. Tapi takpa, semangat nak balik kann, redah aje laa. Hhehe.. 



Tambah-tambah pulak baru sudah cakap dengan Umi yang tak sabar menunggu kepulangan anakanda puteri sorang ni kann.. Malam ni pun abang aka along aka Muhammad Khusairi Izzani pun balik bercuti seminggu..AlhamduliLlah~!! Umi cuti, Abah cuti, Along cuti, Adik cuti, Ana pun cuti. Semua ada kat rumah nanti kecuali Acik masih berjihad di Urdun Barakah Jordan. Menunggu bulan Ogos ye Acik Izzatul Athirah :)



Tadi umi cerita, adik Muhd Izzul Ilmam tanya umi :

Adik : "Along balik. Angah balik. Acik balik bila umi?" 


Hhuhu. Dahh menggunung rindu lettew adik kat kak Cik dia. Sabaq naa baby. Nanti kita pi jenjalan ye time cuti ni. Ehh. Ahad ni mula-mula skali kena pi renew lesen memandu~!! Dah tamat Lesen P!! AlhamduliLlah. Dah pemegang Lesen Competen la ni. Smoga selamat di setiap perjalanan dalam menunggang kenderaan pancuan empat roda mahupun menunggang kuda beroda dua. **Abaikan kesalahan tatabahasa** :P



Esokk, semoga perjalanan menuju Bumi Darul Iman aka Terengganu dirahmati dan diberkati Ilahi hendak-Nya. Semoga selamat sampai dengan baik-baik aja :')



Sahabat-sahabat, selamat bercuti~!! Semoga masa cuti ini dapat dimanfaatkan dengan perkara yang berfaedah. 
*Siapkan esaimen-esaimen
*Spending precious time dengan family
*Cuba resepi baru dengan my lovely cousin aka Kak Shahada
*Baby-sitter seperti biasa 
(Rinduuu si bam-bam solehah aka Wan Dhia Qalesya Aljannah)

Ingat ya semua. Kita perlu merancang, at least tak la masa kita tu berlalu begitu sahaja. Walau pada hakikatnya tak semua perancangan kita tu akan terlaksana semuanya, tetapi sekurang-kurangnya ia akan dapat mencorakkan masa berharga kita. :) 


"Kebenaran yang tidak dirancang akan mengalahkan kebatilan yang dirancang." 
(Saidina Ali)




------------------------


'Bahagia tidak semestinya membuatkan kita bersyukur,

tetapi bersyukur itulah yang membuatkan kita bahagia.'




Belajarlah untuk selalu bersyukur.
Maka itu, Allah selalu mencukupkan sesuatu untuk kita..

InsyaAllah (^_^)



Moga Allah Redha..


**Mohon maaf atas segala kekhilafan diri sama ada sengaja atau tak sengaja. Mohon teguran daripada sahabat-sahabat yang dikasihi. Fi hifziLlah semua. Wallahua'lam. Wassalam. <3

No comments: