BismiLlahirRahmanirRahim~

Tuesday 17 December 2013

Selamat Hari Lahir :)

BismiLlahirRahmanirRahim~
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Selawat dan salam buat junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w, keluarga baginda, para sahabat, para tabi’in, tabi’ tabi’in dan orang yang mengikut jejak langkah mereka sehinggalah ke hari pembalasan (yaumul qiyamah).

Assalamualaikum w.b.r.  J

AlhamduliLlah thumma alhamduliLlah. Masih diberi kesempatan dan peluang untuk menyedut udara-Nya hari ini.

17 Disember 1994 bersamaan 4 Rejab 1415H.

Hari ini, genap umur ana 19 tahun. Hurm. Semakin singkat usia. Semakin mendekat dengan ajal. AllahuRabbi. AstaghfiruLlah ‘ala kulli hal..

Ana harap seiring bertambahnya usia di jalan permusafiran ini, moga bertambah matang dalam meniti liku-liku kehidupan. Semakin tabah dalam mentafsir mehnah dan tribulasi hidup yang dikirimkan. Itu tanda kasihnya Allah pada kita. Agar lebih kuat hati dan jiwa untuk dibawa bertemu dengan Allah kelak.

Semoga dilimpahi keberkatan pada setiap helaan nafas dan denyut nadi. Beroleh keberkatan jua pada rezeki ilmu. Mohon Allah permudahkan segala urusan menuju kebaikan. 


Kepada Umi Abah Along Acik Adik dan keluarga :
                AlhamduliLlah atas kurniaan dan rahmat yang Allah anugerahkan. Keluarga mawaddah dan sakinah adalah rahmat daripada-Nya. JazakaLlahulakum bilkhair. Hanya mati yang dapat memisahkan kita di dunia ini. Moga bertemu dan dapat berkumpul kembali bersama-sama dalam Jannah-Nya. InsyaAllah.


Kepada Sahabat-sahabat :
                Terima kasih untuk persahabatan ini. Tiada yang ditakdirkan Allah itu sia-sia. Banyak yang ana temui dan pelajari dalam tali ukhuwah ini. Seinfiniti kesyukuran buat pemilik roh dan jasad kerana dianugerahkan sahabat seperti kamu. AlhamduliLlah. Semoga ukhwah yang terjalin ini terus kekal mewangi.

Maafkan diri ini andai ada yang mengguris hati dan perasaan secara sengaja ataupun tidak. Mohon teguran daripada sahabat dan ayuh kita berpimpin tangan mencari redha Ilahi. Andai tiada lagi peluang untuk bersua muka di dunia, moga Allah masih izinkan kita bertemu di Jannah-Nya. InsyaAllah.

***

Jalan masih panjang. Perlu diteruskan. Perjuangan dalam hidup tidaklah semudah bicara yang bermain di lidah.

Kalau tidak kerana cinta yang menyuntik kekuatan, serta kesetiaan tidak berbelah bahagi bagi yang membekalkan momentum keistiqamahan, pastilah mudah benar kita gugur di jalan juang.

Semoga Allah membekalkan kita istiqamah. J

-----------------------------------

“Sungguh, tiada hadiah yang lebih agung dari doa..”
[alHabib Munzir alMusawa]

Dan sungguh, semoga doa-doa indah dari kalian dimakbulkan dan kembali juga segala kebaikan dalam kehidupan kalian. InsyaAllah. JazakumuLlahu kheir atas ingatan, ucapan dan pengharapan. Moga dalam redha Allah. Ameen.

Hamba hina masih mengharap doa daripada kalian, sentiasa. Sama-sama kita mujahadah menjadi mulia di hadapan Dia. InsyaAllah. J

Hari ini menyambut hari lahir, boleh jadi esok bertemu hari mati. Dengan rendah hati memohon ampun maaf atas segala khilaf. Andai berhutang, khabarkanlah. Moga berkeupayaan untuk melangsaikan.

Sambutlah salam sayang penuh cinta. Hingga bertemu kembali di Taman Syurga. Moga dalam izin-Nya. InsyaAllah. J

Yang penuh gunung dosa,
AlFarasyah Solehah,
Terbang menuju redha Sang Khaliq.


*****

Sanah helwah juga kepada Ukhti Mahirah Waily. Sumandak solehah dari Negeri di Bawah Bayu. Sahabat Gayong IB. Senior major Sejarah IPG KBM. Sahabat suka duka.

UkhwahfiLlah abadan abada daaiman. <3

"Semoga dikurniakan umur yang berkat, dirahmati Ilahi, dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat, semoga peningkatan usia ni seiring dengan ketaqwaan kepada-Nya."


رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

Rabbabaa Laa Tuzigh Quluubanaa Ba’da Idz Hadaitanaa wa Hab Lana Mil-Ladunka Rahmatan Innaka Antal-Wahhaab

Artinya: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia).” 
(QS. Ali Imran: 7)


يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ

Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Diinik

Artinya: “Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.” (HR. Ahmad dan at Tirmidzi)


اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ

Allaahumma Musharrifal Quluub, Sharrif Quluubanaa ‘Alaa Thaa’atik

Artinya: “Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadamu.” (HR. Muslim)



Ameen Ya Rabbal 'Alameen. Wallahua’lam. Salam Mahabbah <3

No comments: