BismiLlahirRahmanirRahim~

Tuesday, 3 June 2014

Resepi : Kek Puding Karamel Pelangi

BismiLlahirRahmanirRahim~

Ehem ehemm.. Projek 'Kuali Menari, Periuk Terbang' yang pertama untuk cuti semester kali ini sudah selamat dilancarkan semalam. AlhamduliLlah~

Taraaa~ Hasilnyaaaa..marvelous...umphhh.. (",)

Terima kasih diucapkan pada Kak Da (sepupu) yang mengidam kek ni dan juga Syahirah (sepupu) selaku pembantu dapur yang diimport khas dari Thailand. Hhehe :P

Resepi ni ana rujuk pada E-na Lovely Kitchen :)

Bahan-bahan untuk Gula Hangus :
- Loyang 8 inci / 20cm
- 2 sudu besar gula


Cara-cara :
1. Masukkan gula ke dalam loyang.
2. Panaskan dengan api perlahan di atas dapur.
3. Biarkan sehingga gula cair sehingga bewarna kuning keemasan.
4. Apabila semua gula sudah cair, tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang. 
5. Ketepikan dan sediakan pula adunan puding. Air gula akan mengeras dan biarkan sahaja. Gula ini akan cair apabila dibakar bersama dengan adunan puding dan kek nanti.

Bahan-bahan untuk Puding :
- 400ml fresh milk / susu cair
- 3 biji kuning telur (Putih telur masukkan terus ke dalam mangkuk pengadun untuk meringue nanti)
- 2 biji telur
- 140 gram gula kastor
- 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara :
1. Asingkan 3 biji putih telur dan kuning telur. Masukkan 3 kuning telur di dalam mangkuk kecil dan 3 biji putih telur ke dalam mangkuk pengadun untuk bahan kek adunan 1 (meringue) nanti.
2. Masukkan 2 biji telur ke dalam mangkuk telur kuning dan kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
3. Kemudian, satukan telur dan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk besar. Kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
4. Apabila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi.
5. Semasa memasukkan bancuhan puding, gula hangus akan berbunyi seperti kaca pecah.
6. Adunan ini tidak perlu dibakar terlebih dahulu. Ketepikan. Sediakan pula lapisan untuk kek bahan 1 (meringue).

1-Fresh Milk
2-Kuning Telur
3-Adunan Puding
4-Adunan Meringue


Bahan-bahan untuk Kek :

Adunan 1 (Meringue) :
- 6 biji putih telur (3 biji putih telur dari bahan puding + 3 biji putih telur baru)
- 70 gram gula kastor
- 1 sudu kecil cream of tar tar

Cara-cara :
1. Pukul putih telur sehingga berbuih.
2. Masukkan gula kastor dan cream of tar tar.
3. Pukul lagi dengan kelajuan yang tinggi sehingga kental dan kaku.
4. Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan, adunan tidak tumpah.
5. Ketepikan. Gunakan mixer yang sama untuk membuat adunan 2 untuk kek.


Adunan 2 :
- 3 biji kuning telur (kuning telur daripada bahan meringue tadi)
- 130 ml air
- 50 ml minyak jagung
- 70 gram gula kastor
- 140 gram tepung naik sendiri

Cara-cara :
1. Ayak tepung naik sendiri. Ketepikan.
2. Pukul kuning telur, air dan minyak jagung sehingga putih dan gebu.
3. Masukkan gula kastor dan pukul lagi sehingga kembang.
4. Matikan mixer.
5. Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati.
6. Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2. Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian amsukkan semua adunan 1 dan kacau secara kaup balik.
7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak.
8. Sudukan ke dalam loyang puding tadi. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding.
9. Sudukan 3 sudu besar adunan biru, diikuti 3 sudu besar adunan merah di tengah adunan biru, dan 3 sudu besar adunan hijau di tengah adunan merah. Ulang turutan yang sama sehingga adunan habis.
10. Panaskan oven 160 darjah. (Panaskan sekali dengan tray oven yang ada air untuk double boiler nanti)
11. Bakar secara double boiler selama 50 minit atau sehingga kek dan puding masak di rak paling bawah dalam oven.
12. Setelah masak, biarkan seketika sehingga keliling kek lekang daripada loyang dan kemudian terbalikkan ke atas pinggan.
13. Segera lap lebihan air gula yang meleleh di atas puding secara perlahan dan berhati-hati agar kek tidak basah.
14. Potong kek semasa benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap dimakan selepas disejukkan di dalam peti sejuk. **Yummy**


TIPS TAMBAHAN UNTUK KEK PUDING KARAMEL PELANGI DARI LOVELY KITCHEN :
- Kek akan basah jika terlalu banyak air gula. Jadi sebaiknya minimakan penggunaan gula untuk gula hangus. Boleh guna 1 setengah sudu besar gula sahaja jika tidak mahu air gula meleleh banyak semasa proses terbalikkan kek.
- Kacau adunan puding perlahan-lahan jangan sampai berbuih termasuk kuning telur ke dalam adunan putih telur walaupun sedikit. Jika bercampur dengan kuning telur, meringue tidak akan menjadi. Kesannya kek tidak naik dan tidak gebu. Pastikan semua peralatan untuk meringue kering dan tidak berminyak.
- Segera lap air gula yang turun semasa terbalikkan kek. Sebolehnya jangan biarkan kek dibasahi dengan air gula supaya kek kering dan cantik semasa dipotong.


<3 Selamat Mencuba <3

Cuti : Aktiviti Pagi Bersama Adik~

BismiLlahirRahmanirRahim~

AlhamduliLlah. Setiap kali cuti, mesti ada perancangan nak berjoging waktu pagi dengan adik, tapi selalunya tak kesampaian sebab cuaca tidak mengizinkan. Dan akhirnya, cuti pertengahan tahun ni, ana dan adik pergi joging di Taman Rekreasi Pantai Batu Burok. Mula-mula sekali, kami berjoging mengelilingi taman 3 kali pusingan. Seterusnya, kami singgah di tempat gymnasium terbuka. Dan kerja ana masa ni duk rakam aksi adik main benda-benda alah ni sambil mengajar adik, macam mana nak gunakan peralatan gymnasium.


Setelah hampir satu jam kami di taman tersebut, kami menuju pula ke Taman Permainan Batu Burok dan adik pergi bermain-main di sana. Sempat juga ana naik buaian dengan adik sebab pagi-pagi ni tak ada la ramai sangat manusia dan bolehlaa nak conquer tempat tu. Hhehe :)

**Bahagia tengok adik gembira**

Akhir sekali, kalau datang ke Batu Burok, pastilah menjenguk ke air lautnya kann.. SubhanaLlah. Cantik sungguh ciptaan Tuhan Yang Maha Esa.


Adik, apa lagi kalau berjumpa laut.. Riang ria bermain di gigi air sambil ditemani dengan deruan ombak. Ombak Rindu..Ehh.. ngee~ Sempat lagi ana jalankan agenda ana, iaitu ajar adik buka tapak Gayong dan tumbukan asas. Huhh.. Bukan senang nak ajar adik sorang ni..

'Rapatkan kedua-dua belah kaki. Kaki kanan tarik ke belakang dan bawa ke kanan.
 Kemudian, rendahkan kedudukan tapak kaki.' -Ana-
'Kakngah, lenguh dah lutut ni.. Cepatlaa..' -Adik-

**Rindu Keluarga Indera Bentara <3

-Moga semua adik-beradik Indera Bentara sihat walafiat dan 
berada dalam perlindungan Allah senantiasa (^_^) -

Hhehe.. Sedikit sebanyak bolehlah ana ajar pergerakan asas pada adik, tambahan pula adik berminat dengan silat ni. Asyik ajak kakak dia bersilat je. Adik o0o Adik :)

**Adik Bongsu, Penghibur Keluarga**

Pantai Batu Burok juga ada menyediakan perkhidmatan kereta kuda untuk pelancong dalam atau luar negeri. Harga yang dikenakan pula berbaloi la juga sambil-sambil menikmati pemandangan di pantai :)

**Adik sengih sokmo**

AlhamduliLlah. Nanti boleh panjat Bukit Besar & Bukit Panorama pula. Tunggu abang long balik cuti minggu depan. Hooray~!! Saaaaayang liLlah umi abah along acik adik <3

Wallahua'lam. Salam Rindu Dari Timur Ke Utara~