BismiLlahirRahmanirRahim~

Tuesday 12 August 2014

Resepi : Puding Aiskrim~

BismiLlahirRahmanirRahim~

AlhamduliLlah, segala puji-pujian hanya untuk Allah, Rabbul Izzati kerana kita masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi-Nya.

Salam 16 Syawal~!!

Sepanjang minggu ni ana gumbiraaa sebab hujung minggu ni dapat balik Ganu..
Insya-Allah..
Walaupun dapat luangkan masa cuma hari Sabtu dan pagi Ahad kat sana, 
tapi yang penting kita hargai setiap detik pabila bersama keluarga, kann3~ \(^_^)/

------------

Hari ini, ana nak kongsikan satu resepi puding. Puding Aiskrim nama diberi. 
Sedap dimakan sejuk-sejuk. Hee J



Bahan-bahan :
·         1 bungkus agar-agar strip
·         4½ gelas air
·         1¾ cawan gula
·         1 gelas santan
·         ½ tin susu cair
·         4 biji telur
·         Sedikit esen vanila
·         Secubit garam

Cara-cara :
1.              Masak agar-agar & gula. (Bekas A)
2.              Asingkan putih telur dan kuning telur.
3.              Pukul putih telur + ½ sudu teh esen vanila sehingga kembang. (Bekas B)
4.              Kuning telur + susu cair + santan + ½ sudu teh esen vanila. (Bekas C)
5.              Apabila agar-agar masak + putih telur yang dipukul, dan bahagikan kepada 2 bekas.
(Campurkan Bekas A + Bekas B dan kemudian bahagikan kepada 2 bekas.)

i)         1 bahagian + sedikit pewarna
ii)       1 bahagian + dengan campuran kuning telur (Bekas C)

6.              Masukkan campuran nombor (ii) ke dalam loyang.
7.              Kemudian, masukkan adunan nombor (i) sesenduk demi sesenduk ke dalam loyang.
8.              Hiaskan dengan ceri atau chocholate rice. Ikut cita rasa masing-masing.
9.              Simpan dalam peti sejuk sehingga benar-benar beku.
10.          Akhir sekali, potong puding dan makan. Yummy~


Wallahua’lam. Selamat Mencuba <3

No comments: