BismiLlahirRahmanirRahim~

Saturday 3 May 2014

Larian Guru 2014~

BismiLlahirRahmanirRahim~

“Larian tidak boleh diundur, ujian perlu dilepasi dengan sempurna, malah larian perlu ditamatkan hingga ke garis penamat.”

AlhamduliLlah~!! 


Selesai sudah Program Larian Guru 2014 yang diadakan pada pagi tadi di IPG Kampus Bahasa Melayu. Program Larian Guru tahun ini dimulakan dengan senaman yang sungguh kreatif, gimik perasmian yang sangat menarik dan seterusnya pelepasan para peserta larian di garisan permulaan oleh Datin Pengarah IPG KBM. Larian ini dibahagikan kepada 4 kategori :

·           Kategori Pensyarah dan Staf Lelaki
·          Kategori Pensyarah dan Staf Wanita
·          Kategori Pelajar Lelaki
·          Kategori Pelajar Wanita

Merakam potret di garisan permulaan bersama Datin Pengarah~

Trek laluan Larian Guru ini bermula dari Dataran di Air Pancut Bangunan Menara IPG KBM, melalui hadapan stadium hoki, masuk ke dalam kawasan Universiti Malaya, mengelilingi bangunan-bangunan UM dan akhir sekali kami menuju ke garisan penamat di Dataran Air Pancut Bangunan Menara IPG KBM. Akhir sekali, Majlis Penyampaian Hadiah dihadiri oleh seorang Tokoh Sukan Negara dan semua warga IPG KBM yang diadakan di foyer bangunan baharu. Ana dan kak Mujahidah membantu senior semester 5 untuk memegang bunga manggar untuk mengiringi tetamu kehormat ke pentas.

-Kak Muja-Kak Amal-Kak Piya-Ana-

Majlis Penyampaian Hadiah diserikan lagi dengan persembahan tarian kebudayaan, persembahan cheerleading, persembahan beberapa acara sukan serta nyanyian lagu 1Malaysia secara beramai-ramai. Usai sahaja ucapan daripada Datin Pengarah, medal dan sijil diberikan kepada para pemenang larian untuk nombor 1-10. Manakala pemenang tempat ke-11 hingga tempat ke-30, diberikan terus sebaik sahaja sampai di garisan penamat.

**Masa sampai je di garisan tu, tengah semput + penat tu jugak dikalungkan medal J
Tangan sempat lagi buat PEACE..hhihi..**

TAHNIAH kepada semua pemenang kerana andalah JUARA~!!!

Rakan-rakan sekelas pun ramai yang dapat pingat hari ni. 
Antaranya yang paling HEBAT ialah Noor Amalina.. 
Tempat PERTAMA!!

Sitti Khadijah, Tempat Keempat..

Frederic Singan, Tempat Kedua..

Muhammad Faiz Hatim, Tempat Ketujuh..

**Pencahayaan kurang ni..=_=**

Sahira, tempat ke-12..dan Ana tempat ke-13..
AlhamduliLlah. Sekurang-kurangnya dapat baiki rekod tahun lepas J

Dan yang paling membanggakan, Mentor kesayangan kami pun dapat pingat hari ni. 
TAHNIAH Datin Padlon J

Yang paling dekat di hati, adik-beradik Gayong Indera Bentara pun HEBAT-HEBAT o0o semua. Ramai yang dapat pingat hari ni. Atlet-atlet o0o semua ni ye..hhehe..Kak Fera, Nombor 2, Kak Mujahidah, Nombor 3, Kak Mahirah, Kak Haliza, Kak Latifah, Kak Farah, Kak Atierah, Kak Aisyah dan ramai lagi. 

<3 Kami <3
**tak sempat nak bergambar semua sebab ada yang terlibat Program Pandu Puteri pula..hhuhu..**

 Kakak-kakak Hebat~!!

 Kembar?! hhehe..Tahniah Kakak :')

“Selama jantung berdetak, selama itupun...takkan berhenti berlari, wujudkan mimpi. 
Terus berlari agar hidup ini bererti.”

Wallahua’lam. Salam Mahabbah <3

No comments: