BismiLlahirRahmanirRahim~

Tuesday 4 February 2014

SUKiPT : Pencak Silat~

Assalamualaikum dan Salam seGayong :)


Tanggal 3 Februari 2014 telah menjadi saksi apabila sekali lagi UiTM dipilih menjadi tuan rumah bagi Majlis Perasmian SUKIPT 2014. Majlis Perasmian Pembukaan SUKIPT telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pendidikan Malaysia YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin b. Hj. Mohd Yassin bertempat di Stadium UiTM Shah Alam.
Dianggarkan sebanyak 104 kontinjen, 8,000 atlet, 2,500 pegawai dan 1,500 sukarelawan bakal memeriahkan SUKIPT 2014 pada kali ini yang bakal membuka tirai pertandingan pada 5 Februari 2014. Sebanyak 251 pingat emas bakal dipertandingan pada edisi kali ini.

----------------------


DEFINISI LOGO

·   Warna biru pada perkataan 'SUK' melambangkan satu kejohanan sukan yang mementingkan perpaduan yang kukuh dan semangat kesukanan yang tinggi di kalangan atlit bertanding.
·    Warna merah pada perkataan 'IPT' melambangkan semangat membara di kalangan individu yang menjayakan SUKIPT.
·   Huruf 'i' melambangkan IPT di seluruh Malaysia disertakan dengan golongan intelek yang akan terlibat dengan kejohanan ini.
·      Gelung dinamik dengan pecahan 5 kelopak di atas huruf 'i' melambangkan kerjasama utuh antara KPT dengan 4 majlis-majlis sukan IPT dalam menjayakan kejohanan ini. 

------------------



AlhamduliLlah. Buat pertama kalinya Gelanggang Indera Bentara menghantar wakil ke Pertandingan Sukan Institut Pengajian Tinggi (SukIPT) yang berlangsung pada 3-16 Februari 2014. Selamat maju jaya dan selamat berjuang kepada Pendekar serta Srikandi Gelanggang Indera Bentara iaitu saudara Firdaus dan Wira serta saudari Cecile dan Sahira.

Kami adik-beradik keluarga Gayong Indera Bentara sentiasa mendoakan kejayaan kalian dan menyokong sepenuh jiwa raga kami. Timbalah pengalaman yang berharga ini untuk kenangan pada masa akan datang dan pasti ia akan menyuntik semangat adik-beradik yang lain untuk turut serta dalam pertandingan yang seterusnya.


Kejayaan akan mengiringi orang-orang yang berusaha kerana
orang yang berusaha itu ialah mereka yang berjaya.


Wallahua’lam. Salam Perjuangan J









No comments: