BismiLlahirRahmanirRahim~

Saturday, 2 November 2013

Hak Dan Kewajipan Seorang Muslim~

BismiLlahirRahmanirRahim~
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ~
Assalamualaikum w.b.r. :)


Daripada Abu Hurairah r.a., sesungguhnya Nabi S.A.W. telah bersabda : “Hak seorang muslim terhadap muslim yang lain ada enam. Sahabat bertanya : “Apakah dia wahai Rasulullah?”. Jawab baginda : “Apabila engkau berjumpa dengannya, berilah salam. Apabila dia menjemput ke rumahnya, hendaklah engkau terima (jemputan). Apabila dia meminta nasihat, berilah nasihat kepadanya. Apabila dia bersin lalu memuji Allah dengan ‘AlhamduliLlah,’ maka doakanlah dia dengan ‘yarhamukaLlah’. Apabila dia sakit, ziarahilah. Seterusnya, apabila dia meninggal dunia, iringilah jenazahnya ke kubur.”                                                                                       (Hadis Riwayat Muslim)

****************************

Pengertian hak terhadap muslim yang lain ialah kewajipan yang mesti dipelihara dan diamalkan oleh setiap muslim bagi menjaga keperibadiannya serta bagi melahirkan masyarakat Islam yang bersaudara selaras dengan firman Allah S.W.T. :

"Innama almukminuna ikhwah"
(Surah Al-Hujurat : Ayat 10)

Apabila Bertemu, Ucapkanlah Salam
Memberi salam adalah satu cara penghormatan yang diamalkan antara sesama Islam apabila bertemu. Hukum memberi salam ialan sunat muakkad, sementara menjawabnya adalah wajib.


Allah S.W.T. berfirman dalam Surah An-Nisa’ ayat 86, yang bermaksud :
“Dan apabila kamu dihormati dengan suatu (salam) penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik, atau balaslah (penghormatan itu, yang sepadan) dengannya. Sungguh, Allah memperhitungkan segala sesuatu.”

Aturan memberi salam
>Orang yang berkenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan kaki. Orang yang berjalan memberi salam kepada orang yang duduk. Kumpulan yang sedikit memberi salam kepada kumpulan yang ramai. 
Dan orang yang muda memberi salam kepada orang yang lebih tua.<

Memenuhi Jemputan (Undangan)
Antara kad jemputan yang biasa kita dapat :)

Apabila seseorang mukmin mengundang kita ke majlisnya, hendaklah kita hadiri majlis itu sekiranya majlis itu bertujuan baik, seperti majlis ta’aruf, majlis perkahwinan atau seumpamanya. Hal ini adalah salah satu jalan untuk merapatkan hubungan persahabatan, memupuk sifat jujur dan menggalakkan kerjasama dalam melakukan kebaikan.

Memberi Nasihat
Apabila seseorang mukmin meminta nasihat atau pertolongan sama ada pertolongan itu berupa wang ringgit atau buah fikiran bagi menyelesaikan kesulitan yang dihadapinya, maka wajiblah diberikan bantuan mengikut kemampuan kita. Hal ini seiring dengan dengan firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-’Asr, ayat ke-3 yang bermaksud “Berilah nasihat dengan kebenaran dan kesabaran”.



Saling Mendoakan Ketika Bersin

“Jika salah seorang di antara kalian bersin, hendaklah ia mengucapkan ‘Alhamdulillah’, jika ia mengatakannya maka hendaklah saudaranya atau temannya membalas : ‘yarhamukallah’ (semoga Allah merahmatimu). Dan jika temannya berkata ‘yarhamukallah’, maka ucapkanlah: ‘yahdikumullah wa yushlihu baalakum’ (semoga Allah memberimu petunjuk dan memperbaiki keadaanmu).”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari, no. 6224 daripada Abu Hurairah r.a.)


Menziarahi Orang Sakit
Apabila seseorang mukmin itu sakit hendaklah kita menziarahinya. Ziarah-menziarahi adalah amalan baik dan digalakkan kerana boleh merapatkan hubungan persahabatan dan persaudaraan. Amalan ini perlu dilakukan bukan sahaja semasa sakit bahkan semasa sihat. Ziarah ketika sakit adalah tanda simpati yang dapat mewujudkan suasana baik serta boleh memberi kekuatan dan ketenangan jiwa kepada pesakit.



Mengiringi Jenazah
Daripada Abi Sa’id Al-Khudri r.a., Nabi S.A.W. bersabda : “Hendaklah kamu menziarahi orang sakit dan mengiringi jenazah, itu akan mengingatkan kamu tentang akhirat.”          (Hadis Riwayat Ahmad)

 (Perkuburan Baqi' di sebelah kiri Masjid Nabawi, Madinah)

***********
Pengajaran Hadis :
                Semua enam kewajipan tersebut perlu diambil berat oleh setiap orang Islam dan wajib diamalkan supaya dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai semangat saling membantu, mengambil berat dan sanggup berkongsi masalah demi kebahagiaan dan kesejahteraan hidup umat Islam.

--------------Kita sama-sama hayati dan selamat beramal-------------

Wallahua’lam. Wassalam <3


Sumber Rujukan : Buku Sukatan Usrah Badar :)

Saturday, 28 September 2013

Wanita Ibarat Pohon Semalu~

BismiLlahirRahmanirRahim~
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ~
Assalamualaikum w.b.r. :)

------------------------------------------------------------------------------------


Pokok Semalu sejenis tumbuhan liar yang mengecut apabila disentuh. Kita biasa memanggilnya sebagai pokok semalu. Bagi masyarakat sebelah utara,ia lebih dikenali sebagai duri keman.Pokok yang nama saintifiknya 
mimosa pudica ini amat mudah dikenali. Tandanya ialah apabila disentuh, ia akan mengecut.

Ia punya perkaitan dengan diri wanita:

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.ha. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
 

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
 

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
 

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi.
 
Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul 'Alamin.
 

Keempat, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang.
 
Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Pantang disentuh, pasti menunduk sopan TETAPI durinya tetap tajam berceracakan.

Pohon semalu, memang pemalu! 
Sifat malu, lambang keindahan dan kemuliaan wanita bermaruah..

Malu juga melambangkan nilai keimanan dan kesusilaan. Sabda Rasulullah SAW :
" Malu & iman itu adalah teman seiring jalan. Jika yang satu diangkat nescaya terangkat pula yang satu lagi. "

Bagi si pohon semalu, bersama sifat malunya, ada duri yang tajam berbisa. Duri itu simbolik untuk sebuah perjuangan yang lahir daripada iman. Duri itu ibarat senjata yang mahu meruntuhkan semua kemungkaran yang ada. Itulah senjata buat seorang mujahidah.

Pohon semalu juga mengeluarkan bunga ungu yang cantik. 
Begitulah juga wawasan seorang mujahidah, dia ingin menghiasi alam dengan haruman bunga-bungaan  akhlak yang cantik menawan.

Selain itu, dedaun yang menghijau pada pohon semalu sangat erat pertaliannya antara satu sama lain. Apabila sehelai daun disentuh, daun-daun di tepinya turut tertutup malu. Tindak balas daun-daun itu lambang kepada kasih sayang dan persaudaraan. Begitulah seorang mujahidah, dia perlu memandang semua orang dengan kaca mata dakwah untuk membawa seseorang itu mencintai ALLAH SWT dan Rasul-Nya.

( Sumber : kopi + pasta )

---------------------------------------------------------------------

Ayuh, kita sama-sama berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran..insya Allah akan lahir Muslimah Solehah..Ameen.. :) 

Wallahua'alam..Wassalam.. <3