BismiLlahirRahmanirRahim~

Tuesday, 20 October 2015

Travelog : Anasofea Collection~

BismiLlahirRahmanirRahim~

<3 ANASOFEA COLLECTION <3
Label Anasofea Collection :)

September 2014 : Muamalat ini bermula daripada menjadi agen dan dropshipper bagi dua buah syarikat selama sembilan bulan.

Jun 2015 : Kini kami berdiri atas kaki sendiri dengan mengeluarkan produk kami sendiri yang exclusively designed oleh founder kami.

Modal yang hanya kecil cuma, tak sampai RM1K. Mencuba kerana minat dan nawaitu membantu muslimah untuk berfesyen mengikut syariat. Jujurnya hati terasa tenang, gembira dan terharu apabila melihat dan mendengar feedback customer yang suka dengan produk yang kami hasilkan.

Rahsianya? Kami jual barangan yang kami sendiri selesa + suka pakai. Maka, kami berkongsi kebahagiaan kami dengan hasilkan produk untuk muslimah bidadari dunia sekalian.


Jom Like Page and Follow Page (",)

Nantikan entri akan datang tentang semua produk istimewa daripada

ANASOFEA COLLECTION (JOM PAKAT LIKE PAGE)

Moga kita semua diberkati Ilahi dan berukhwah hingga ke Jannah-Nya. Insya-Allah..

Wallahua'lam. Salam Mahabbah <3


Karnival Olahraga 2015~

BismiLlahirRahmanirRahim~


AlhamduliLlah, walaupun keadaan hari ni kurang mengizinkan (jerebu), namun Karnival Olahraga anjuran pelajar PISMP Semester 5 tetap diteruskan juga. Karnival ini yang pada awalnya dirancang untuk diadakan di padang kampus, tetapi ditukar ke Dewan Utama Aminuddin Baki dan Gimnasium Terbuka IPGKBM.


Ana, adik sebilik (Aimandashah) dan rakan sekelas (Amalina) tak lepaskan peluang untuk menyertai karnival ini. Hhehe..
Semangat PAHLAWAN tu mengalir dalam diri kami.. 
Rumah Merah Champion~

Nombor atlet~

Dah lama tak jogging, terasa semput pabila seusai berlari. Pheww~ Acara pertama yang ana sertai ialah Lari 100m. *Kali ni lari dalam dewan, 3 kali ulang alik untuk cukupkan meter. Kata kak Syahirah, acara larian yang rare. Ahhaa~ Tahniah pada akak yang dapat pingat Perak~!!


Acara kedua pula ialah Lompat Tinggi. Hokayyy~ Terasa berat badan nak melompat. Adehh~ Nak samakan dengan catatan ketinggian peribadi pun tak dapat tadi. Kuikuikui... 

Lompat tinggi gaya gunting~

Hebat adik roommate terbang~ Hhehe :D

Acara gimik perasmian penutupan oleh Timbalan Pengarah, YBhg. Tengku Adli :)

Terima kasih Puan Nurulhana, Ketua Unit Kokurikulum mengkalungkan pingat kepada pemenang-pemenang wanita (",)

Tahniah classmate! Amalina ni hebat lari jarak jauh~

Hasil tangkapan hari ini. Hhehe. 2 ana + 2 adik roommate~

Bangunan Menara IPGKBM~

AlhamduliLlah 'ala kulli hal. Layla saieda dunya. Tahniah kepada penganjur dan semua peserta! Tahun depan kelas ana pula yang incharge untuk anjurkan Kejohanan Trek dan Padang ni. Moga dilancarkan urusan kami yang akan datang. Bi idzniLlah.

Salam Mahabbah <3