BismiLlahirRahmanirRahim~

Thursday, 17 July 2014

Analogi Kehidupan~

BismiLlahirRahmanirRahim~


Cerita semalam :


Aku duduk di hadapan Kak Sarah.
Dia sibuk membelek belek kasutnya yang hampir kopak.
Dia sayang.

"Tengok kasut aku ni. Bertahun aku pakai. Hari ni pulak dia nak kopak. Haih."

Kak Sarah mengeluh.
"Belilah baru, akak. Dah sampai masa lah tu minta ditukar baru."

"Hah. Bertahun kasut ni jadi saksi perjalanan aku dengan tuhan di atas muka bumi.
Janganlah mati."

"Lagi niat dalam hati perlu sentiasa diperbaharui. Inikan kasut yang ada had hidupnya. Lagipun sekarang musim hujan, akak. Nanti basah stoking akak nanti. "

Kak Sarah diam. Lama dia tenung kasutnya. Sesekali dia cuba menekan bahagian depan kasutnya yang kopak. Dengan harapan, yang terbuka dan ternganga boleh bercantum semula.

Lama.
Lama, dia diam.

"Kasut kopak. Hujan dan stoking basah. Sama macam kita."

Kak Sarah kembali berbicara. Aku seakan tahu analoginya nanti.

"Apa, kak?"

Aku pura-pura tanya. Ingin dengar suara dari mulutnya.

"Kejarlah dunia sejauh mana. Berlarilah di muka bumi sederas angin, lama kelamaan kau akan penat. Hati kau akan kopak. Stoking basah, cuma kaki kau bisa rasa. Hati kau penat lelah, cuma kau bisa telan. Cuma kau. Tapi, bukankah dunia dicipta untuk berpenat lelah? Syurga tempat rehat."

Kak Sarah diam lagi. Dia kembali membelek kasutnya. Sayang sungguh.

"Stoking kau basah. Lalu kau perah ke tanah, dengan harapan sang bumi akan menelan dan stoking kau bertukar kering.

Sama.
Lelah dan penat, ke mana kau luah?

Pada Tuhan, bukan?
Dengan harapan Tuhan akan pegang susah mu dan berikan bahagia. Dan hati tak lagi penat."

"Kak Sarah..."

Lama aku berhenti seketika. Ibarat tak terluah kata.
Kenapa kata-kata Kak Sarah kena pada aku?
Apa ini jawapan Tuhan untuk segala air mataku?

"Ingat, kita hidup bukan untuk susahkan hidup orang lain. 
Jangan bebankan hidup orang dengan masalah kita.
Kita ada tuhan.
Bertahan."

Tuhan,
Kata-kata Kak Sarah.

Benar.

Seharusnya untuk segala penat lelah, selayaknya Allah tempat pertama untuk meluah.
Bukan manusia.

"Terima kasih, Kak Sarah."

Aku senyum pada Kak Sarah. 
Dia membalas senyumanku biasa. 
Masih risaukan kasutnya barangkali.

"Buat apa risau kasut kopak, gam kan ada. Usah ganti baru.
Baiki saja. Nanti Kak Sarah boleh pakai semula."

Kak Sarah berhenti membelek kasutnya.
Dia senyum lebar.

"Dah lama tiada orang beri aku harapan, bahawa Tuhan itu ada. 
Thanks."

Dan Kak Sarah bangun meninggalkan aku.
Berjalan dengan kasut kopak, menuju kedai runcit di hadapan kami.

"Sama sama, Kak Sarah."



Dan aku perlu jadi seteguh kasut itu.
Kopaklah jika ingin kopak,
Kerna itu fitrah karma.

Tapi jangan lupa,
Perjalanan perlu diteruskan.
Soalnya, bertahan!.

........

"Ingat, kita hidup bukan untuk susahkan hidup orang lain. 
Jangan bebankan hidup orang dengan masalah kita.

Kita ada tuhan.
Bertahan."

||Tinta Ukhti Sherry Shahirah||


"Kerana Allah tahu kita mampu. 
Maka kita diuji. 
Bertahanlah.
Allah itu Maha Adil.
Takkan pernah Dia sia-siakan hamba-Nya"


Sama-sama kita fikirkan.

Dunia - Tempat Berpenat.
Syurga - Tempat Berehat.

Wallahua'lam. TabarakaLlahu 'alaina :)

Resepi : Pavlova~

BismiLlahirRahmanirRahim~

Ehem..Okey..Kali ni, ana nak kongsi resepi PAVLOVA pulak dengan teman pembaca.
Dessert ni ana tak kenal pun mula-mula, tapi adik ana yang Acik tu la yang memperkenalkannya kat rumah.
Daaan.. Si abang sulong terus jatuh hati pada dessert ni.
Kalau kami dua-dua sama bercuti di rumah, mulalah dia merengek-rengek nak makan itu ini.
Hee..Demi keluarga, apa-apa saja boleh, kannn (^_^)

Pavlova Baked By Izzatul Athirah (Acik)~

Bahan-bahan :
·         4 biji putih telur
·         ½  cawan gula kastor
·         1 sudu besar tepung jagung
·         1 sudu teh cuka makan
·         1 sudu teh esen vanila

Bahan-bahan Topping :
-            ½ cawan whipping cream
-            ¼ cawan gula aising

Cara-cara :
1.         Panaskan oven 150ᵒC selama 15 minit.
2.         Pukul 4 biji putih telur sehingga kembang dan berbuih-buih.
3.         Masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul sehingga putih berkilat. (Kalau ditebalikan bekas adunan, adunan meringue ini tidak akan jatuh)
4.         Masukkan tepung jagung + cuka + esen vanila. Kacau laju-laju dengan menggunakan spatula.
5.         Letakkan adunan di atas baking paper yang diletakkan atas loyang.

Meringue sebelum dibakar~

6.         Bakar selama 1 - 1¼ jam.
7.         Apabila masak, jangan keluarkan lagi loyang dan sejukkan dalam oven dengan membiarkan pintu oven terbuka.

Meringue selepas dibakar~

8.         Untuk topping, pukul whipping cream + gula aising sehingga kental.
9.         Kemudian, sapukan whipping cream yang telah dipukul di atas meringue.
10.     Untuk hiasan, tabur / susun buah mengikut kreativiti masing-masing dan sejukkan ke dalam peti sejuk.

 Pertama kali cuba buat ni..Hhehe..

Umphhh~ Selamat Mencuba <3