BismiLlahirRahmanirRahim~

Sunday, 26 January 2014

Titipan Daripada Ayahanda~

Ku mulakan bicara ini dengan menyebut nama-Mu Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad sollaLlahu ‘alaihi wasallam serta keluarga baginda.

Ayahanda ku pernah menitipkan kata-kata ini padaku di suatu petang yang hening...



------------


Wahai anakku,
Ada kalanya kamu bersedih dengan apa yang kamu hadapi di dunia ini.
Kamu akan lebih suka bersendirian, merajuk dan menjauhkan diri dari orang ramai.
Ada kalanya kamu boleh menangis dengan masalah yang engkau hadapi.


Wahai anakku,
Sewaktu kamu rasa besarnya bebanan dan masalah yang kamu hadapi, terasa beratnya jiwa menanggung bebanan tersebut;
engkau akan rasa tertekan yang amat sangat, di kala itu wahai anakku, engkau telah meletakkan kesalahan pada dirimu atau pada orang lain.
Sebenarnya kamu perlukan kekuatan jiwa dan semangat bagi menghadapinya.
Engkau perlukan kekuatan bagi menghadapi tekanan hidup ini.


Wahai anakku,
Apakah ada kekuatan lain selain kekuatan hubungan dengan Allah yang mampu mengeluarkan kamu dari perangkap kekecewaan yang sengaja dipasang oleh syaitan bagi menjadikan kamu murung, bersedih dan bersendirian?



Wahai anakku,
Kamu boleh menangis dan bersedih kerana manusia.
Berapa kali kamu menangis kerana kamu melanggar perintah Tuhanmu?
Berapa banyak air matamu tumpah kerana dosa-dosamu?
Kamu rasa lemah menghadapi karenah manusia, tetapi kamu tidak berusaha mencari jalan membina kekuatan amalanmu.



Wahai anakku,
Jangan biarkan perasaanmu dibelai oleh nafsu, sebagaimana jangan kamu biarkannya dikuasai oleh syaitan.
Syaitan sangat inginkan kamu murung dengan masalah kecil, kerana lemahnya jiwamu. Sedangkan di hadapanmu menanti hari yang sangat besar.
Kamu nanti tiada masa memikirkan masalah remeh-temeh ini, kerana dahsyatnya saat akhirat yang kamu akan tempuhi.



Wahai anakku,
Rasulullah S.A.W bersabda: “Sekiranya kamu ditimpa sesuatu musibah, janganlah kamu berkata 'Kalaulah aku lakukan begitu dan begini', tetapi katakanlah ‘telah ditakdirkan Allah’, apa yang dikehendakiNya akan terjadi.
Kerana perkataan ‘kalau’ akan membuka ruang syaitan ke dalam hatimu."



Wahai anakku,
Tabahlah menghadapi sedikit ujian Allah di dunia ini, kerana dengan ujian itu kamu menjadi semakin matang menghadapi cabaran.
Bersabarlah dengan apa yang menimpamu, kerana dengan mehnah itu, Allah akan mengangkat darjatmu dan mengampuni dosa-dosamu.
Wahai anakku, tangisilah dosa-dosamu di dunia ini, kerana itu lebih mudah bagimu dari menangisi azab Tuhanmu di akhirat.


Senyumlah kepada keredhaan Tuhanmu.


-Ayahanda Dato' Tuan Ibrahim Bin Tuan Man -


*****

Bicara Sofea : Semakin hari, semakin bertambah usia di jalan permusafiran ini. Moga kematangan kita jua bertambah seiring dengan semakin singkatnya perjalanan kita dalam meniti liku-liku kehidupan. Semakin tabah dalam mentafsir mehnah dan tribulasi hidup yang dikirimkan. Itu tanda kasihnya Allah pada kita. Agar lebih kuat hati dan jiwa untuk dibawa bertemu dengan Allah kelak. InsyaAllah. :)

Pesan Abah : Anakanda Sofia, jaga akhlak muslimah walau di mana pun berada. Jadilah insan bahagia yang mampu membahagiakan orang lain. Sentiasa bersyukur dengan setiap pemberian-Nya, sama ada rezeki, mahupun ujian dan dugaan. Semoga menjadi muallim yang penyayang dan dirahmati Ilahi sentiasa. InsyaAllah. Ameen~

*Sayang Ummi Abah*
#MoodRinduRumahManisRumah#

Wallahua’lam. Salam mahabbah <3




Sunday, 19 January 2014

Resepi : Kek Batik **Simple But Nice**

BismiLlahirRahmanirRahim.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Minggu lepas dek kerana mengidam kek batik yang dijual di kafe tempat ana belajar, tapi ana tak beli sebab rasa macam kureng berbaloi sikit sebab sikit je dalam sebekas tu. Harga pulak agak mahal laa bagi ana. (Musim pokai sebab elaun tak masuk lagi~) 

Maka, dengan semangatnya ana balik rumah makcik ana dan mulakan 
projek ‘Periuk Menari Kuali Terbang’ ni. Ehehh..



Resepi ni ana dapat daripada godek-godek internet jugak. Kemudian, campur-campur laa ambil yang mana kita suka atau senang nak buat.
**Ikut Citarasa Masing-masing k**

Bahan-bahan :

(Beli kat Pasaraya HERO. Pasaraya HEROIN tak lama lagi akan bukak. Ngee~ )

v  1 paket Biskut Marie (patah-patahkan kepada 3-4 bahagian)
Nota : lebih baik guna yang original berbanding perisa coklat

v  1 paket Milo (200g) / 1 cawan serbuk koko / 1 pek coklat masakan
Nota : boleh pilih salah satu ikut selera anda

v  ½ tin susu pekat
Nota : kurangkan manis dalam makanan, lebihkan manis dalam senyuman J
*Pesanan Penaja*

v  1 buku buttercup (250g)


Cara-cara :

1.       Cairkan buttercup dalam kuali / periuk.
*Pastikan  api dapur pasang kecil je tau. Kalau api dapur besar, nanti jadi kek pelikat pulak. Hehh*



2.       Masukkan susu dan serbuk milo ke dalam kuali / periuk.
*Kacau secara berterusan ya, jangan sampai berketul-ketul milo tu*




3.       Apabila dah larut dan sebati, masukkan separuh cawan air masak.
*Untuk mengelakkan daripada terlalu pekat*



4.       Kemudian apabila masakan dalam kuali dah menggelegak blurp-blurp-blurp (siap ada sound effect ni),  masukkan biskut yang telah disilatkan tadi. Gaulkan semuanya bagi rata, adil dan saksama (bunyi macam hakim pulak dah).
*ana kurangkan kuantiti biskut supaya nanti coklat dia lagi banyak*


5.       Seterusnya, tutup api dapur dan masukkan ke dalam Loyang / apa-apa jenis bekas yang bersesuaian la.
*tekan, mendapkan dan padatkan adunan tadi tu biar semuanya rapat-rapat*

(Ana guna bekas tupperware je)

6.       Biarkan haba panas adunan tadi menjadi suam-suam kuku, kemudian bolehlah masukkan Loyang ke dalam peti sejuk.

7.       Akhir sekali, apabila kek dah agak-agak keras tu, bolehlah potong dan dihidangkan untuk dimakan bersama keluarga / kawan-kawan terchenta.

Sudah diposkan untuk kamu :)

*SeLaMaT mEnCuBa*

Wallahua’lam. Salam Mahabbah <3