BismiLlahirRahmanirRahim~

Saturday, 23 May 2015

Jodoh Cerminan Diri

BismiLlahirRahmanirRahim~


Hujan makin lebat.
Aku dan pak imam terpaksa berteduh di bawah wakaf tepi jalan. Dah usang pun wakaf tu.
Hujan nampak seperti lama lagi nak serik. Motor yang kehabisan minyak tersadai seketika di tepi wakaf.

"Macam mana ni, Mam? Perjalanan ke hospital jauh lagi. Pak bilal dah macam mana pun kita tak tahu ni."

Pak imam tepuk bahu aku.

"Jangan risau, orang muda.
Sesuatu yang Allah takdirkan akan berlaku, pasti akhirnya akan berlaku.
Kita tak minta untuk terkandas di sini saat ini sekarang, tapi takdir Allah mendahului.
Kita nak cepat sampai di hospital tengok pak bilal, tapi takdir Allah lebih tepat detik dan saatnya. Hanya Dia yang tahu kita akan sampai atau tidak."

Aku kesejukan sikit. Tempias air hujan yang merembes ke muka dan badan. Angin pula kuat.

"Doa boleh merubah takdir, kan?"
Aku sengaja bertanya.

Pak imam menjeling seraya berkata,
"Insya-Allah, boleh. Sebagaimana soal umur. Soal jodoh. Soal rezeki. Kita boleh doa. Doalah sebanyak-banyaknya. Doalah tak letih-letih."

Aku kerut kening.
"Kalau saya doa anak pak imam jadi isteri boleh?"

Pak imam terus melibaskan kain serbannya ke hidungku. Senget sebelah lubang hidungku. Lantas, aku menyilat cekak hidung sendiri ke posisi asalnya. Huhu...

"Bercakap tentang takdir ni, boleh tanya pasal soal jodoh, tak?"
Pak imam tersengih,
"Haih, orang muda tak habis-habis dengan jodoh. Tanyalah."

Aku tak jadi nak tanya.
"Takpelah. Lain kali. Koh koh koh."


Pak imam menjeling.
"Jodoh dah ditakdirkan. Sekalipun kamu berkenan pada orang yang paling cantik pernah kamu jumpa, jika Allah tak izin, dia bukan kamu punya.

Ya, walaupun kamu dah kuat berusaha.

Jodoh bukan pada usaha semata. Andai orang kata ianya kerana usaha mencari dan tidak menanti, pun tidak tepat. Andai yang kata hanya perlu menanti tanpa usaha, pun tidak tepat. Orang-orang yang berkata tu sendiri pun tak tahu apa yang dia kata tu tepat atau tidak kerana dia hanya makhluk dan tiada pengetahuan Tuhan.

Kun fa yakun.
Ikut saja flow dan aturan Allah. Flow jodoh tu Allah saja yang Maha Tahu.



Ada yang cari jodoh dari puncak Malaysia ke hujung dunia, tetap tidak berjumpa yang sesuai. Rupa-rupanya jodohnya cuma sebelah rumah atau sekampung saja.
Ada jua majoriti manusia berkata cinta selepas nikah. Sedangkan sebelum nikah lagi sudah pun wujud rasa cinta pada pasangan. Tak kenal, maka tak cinta. Tak cinta, tak kan nak hidup bersama? Tak ramai yang nikah tanpa terbit rasa suka. Tambah-tambah, kehidupan moden sekarang tak sama macam dulu. Nikah tak lagi dalam aturan ibu-bapa. Lebih kepada pilihan anak-anak sendiri.
Cinta sebelum nikah tidak jijik. Cuma pelakunya saja yang over selalu melangkaui batas syarak. Cinta selepas nikah cuma meneruskan kelangsungan dari cinta sebelum nikah."

Pak imam berhenti seketika. Ribut makin kuat. Dia mengajakku beristighfar dan mengucapkan La Hawla wala quwwata illa billah.

Bila tenang sikit, dia menyambung kata.
"Jodoh, cinta yang suci. Cerminan dari diri sendiri.
Bila solat kau baik, elok, mantap, sempurna dan semata-mata untuk menyerahkan diri sepenuhnya pada Allah, insya-Allah.
Dia akan ganjarkan dengan yang sepertimu.


Berusaha solehkan diri.
Menanti dengan mengindahkan taqwa dalam diri.
Kau tak tahu, jodoh kau pun sedang buat benda yang sama. Sungguh-sungguh. Supaya segera Allah temukannya dengan kau.
Dia mahu jadi sebaik mungkin untuk kau.

Kenapa kau tak nak jadi yang terbaik untuk dia?

Kuncinya, jangan kecewakan Allah. Dia dah sediakan yang terbaik untuk kau. Dia cuma nak kau sabar sikit naikkan level taqwa biar searas dengan jodoh yang Dia telah sediakan.

Kalau main game Clash of Clan boleh sabar naik berpuluh level.
Kenapa tak sabar nak jadi soleh?"

Pak imam hentikan soalan di situ sebab dia menyedari penulis dah penat menaip. huhu.
Aku rasa macam tembikai yang ditumbuk-tumbuk. Dihenyak-henyak.
Sikit lagi nak lumat.
**Sharing post daripada EncikSederhana**


---------


Abah pernah mengingatkan ana tentang janji Allah kepada hamba-Nya dalam Al-Quranul Karim :

اَلْخـَبِيـْثــاَتُ لِلْخَبِيْثـِيْنَ وَ اْلخَبِيْثُــوْنَ لِلْخَبِيْثاَتِ وَ الطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِيْنَ وَ الطَّيِّبُوْنَ لِلطَّيِّبَاتِ.
“ Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang .baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik. (Qs. An Nur:26)


Apa yang penting, usaha kita jadi hamba-Nya yang soleh liLlahi ta’ala. Dia tak akan mensia-siakan usaha hamba-Nya. Kalau dapat yang lebih baik atau setaraf dengan kita, AlhamduliLlah.


Kalau tak, AlhamduliLlah jugak sebab ujian tu Allah hantar untuk meningkatkan ketaqwaan kita jugak sebenarnya. Mungkin kita dapat sama-sama tarbiyah diri kita dan pasangan menjadi yang lebih baik serta berusaha menggapai redha-Nya dalam menuju ke Jannatul Firdaus.

Usaha tak akan berakhir sehinggalah kita hembus nafas yang terakhir. Moga Allah kuatkan diri kita untuk berubah ke arah yang lebih baik. Bi idzniLlah.


Islah nafsi, wad’u ghairak. Perbaiki diri dan ajaklah orang lain ke arah kebaikan.

Moga istiqamah dalam kebaikan. Salam kemanisan tarbiyah. <3


Post a Comment