BismiLlahirRahmanirRahim~

Sunday, 22 September 2013

PERJALANAN MENUJU JORDAN~


BismiLlahirRahmanirRahim~
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ~


Assalamualaikum w.b.r. :)

 Alkisahnya bermula pada tanggal 20 Mei 2013.... Pada ketika itu ana sedang berjuang untuk nihaya’ imtihan (final exam) bagi semester 2.. Detik 8.30 malam, ana telah mendapat satu panggilan daripada adik ana iaitu Acik.. Dia memberitahu bahawa  baru sahaja mendapat tawaran MARA dalam bidang Medik di Jordan.

AlhamduliLlah thumma AlhamduliLlah~

Pada 26 Mei, Acik telah mendaftar di INTEC, Shah Alam untuk mengikuti program persediaan untuk ke Jordan. Program ini berlangsung selama lebih kurang 3 bulan. Pejam celik pejam celik, dah habis program persediaan tersebut. Dalam jangka masa 3 minggu sahaja lagi Acik dapat meluangkan masa di tanah air sebelum berangkat ke urdun barakah, Jordan.

(Kenangan Di INTEC)

Pada hari raya Aildilfitri 1434H yang lalu, seperti kebiasaan pada setiap pagi, sebelum pergi ke masjid untuk solat sunat hari raya, kami akan makan dan bersalaman. Ketika sesi bersalaman ini, Along dan ana yang bersalaman dahulu dengan umi abah dan kami ada la sedikit ucapan kami pada mereka. Apabila tiba giliran Acik, dia tak terkata apa-apa.... Ana tengok la muka dia dannn rupa-rupanyaaaa dia dah banjir..!! mungkin rasa sayu kerana ini la merupakan raya terakhir sebelum dia pergi ke luar Negara.. :’( sayuu pulak pagi-pagi ni..

(Pagi Raya Pertama Aidilfitri) 

Pada 11 September, keluarga ana sampai ke Kuala Lumpur bersama juga dengan datuk, nenek dan tok. Pada jam 3 petang, ana keluar dari IPG menuju ke rumah ibu saudara di Sungai Besi. Apabila sampai di sana, kami bersama-sama menjamu selera dengan lauk gulai ayam khas dari Terengganu. J selepas itu kami berangkat menuju ke KLIA dan perjalanan kami ke sana mengambil masa dalam satu jam. Di sana, ana mengajak Acik berjalan-jalan di kedai dan kami turut membeli sedikit coklat. Acik yang belanja. Hehe. JazakiLlahu kheir dear d^_^b

(Kedai Coklat di KLIA)

Pada jam 6 setengah petang, ana menemani Acik beratur untuk pergi check-in bagasi-bagasi dan di situ diberikan passport serta tiket penerbangan. Apabila sampai giliran kami, ana menghulurkan passport tersebut kepada pegawai yang bertugas. Kemudian beliau menyebut nama ‘Izzatul Athirah binti Shafiai’ sambil memandang ana. Errr..Oppsss~ Bukan ana laa, tu adik. Hhehe.

(Check-in Bagasi)

Usai urusan tersebut, kami diberitahu bahawa pada jam 8 malam akan diadakan sedikit taklimat ringkas di hadapan pentas. Ana, Acik dan Syahirah (sepupu) menuju ke surau untuk menunaikan solat maghrib. Ketika berdoa, ana perasan bahawa Acik menangis. AllahuRabbi~ Ana pun turut rasa sedih. Ye laa kan... Siapa yang tak sedih nak berpisah dengan keluarga untuk satu jangka masa yang agak lama, tambahan pula sebelum ini Acik tidak pernah tinggal di asrama (kecuali semasa di INTEC).

Setelah itu, taklimat ringkas disampaikan oleh seorang ustaz yang mengurus bahagian keberangkatan pelajar. Berdasarkan Sumah (ibu saudara) yang turut pergi mendengar taklimat tersebut, beliau berkata bahawa rugi ana tidak pergi mendengar taklimat tersebut kerana ustaz memberikan motivasi yang saaaangat menyentuh perasaan yang berkaitan dengan ibu bapa. Huhu.

Kemudian, pihak MARA memberikan masa dalam 20 minit untuk para pelajar bersama-sama dengan keluarga masing-masing. Okeyy~ tibalah masanya...sedih...Acik bersalam-salaman dan mengambil gambar untuk dijadikan kenangan. Ketika ini la, tisu memainkan peranan penting sekali..hhuhu :’( Acik turut dititipkan dengan pesanan dan nasihat daripada keluarga untuk dijadikan bekalan ketika berada di perantauan. Bukan mudah sebenarnya nak berpisah ni. Tapi inilah yang dikatakan ‘Pengorbanan Dalam PerjuanganJ 
Semoga Allah permudahkan urusanmu, sayang.

(Ana pun nak pergi jugak oversea~ hhuhu)


 (Along-Acik-Adik)



 (Moment paling sedih) :'(


(Usrati Ila Jannah, InsyaAllah)


 (Semuanya mendoakan Acik berjaya di sana)


Pada jam 10 malam, Acik menghantar pesanan ringkas bahawa kapal terbang dah nak berlepas dan mohon doa daripada kami. AlhamduliLlah, pukul 9 malam waktu Jordan pada 13 September, Acik telah selamat sampai di Irbid. Dan semalam, 22 September merupakan hari pertama pembelajaran Acik dalam menuntut ilmu di Jordan University of Science and Technology (JUST) J



TabarakaLlah. Moga Allah Redha. May Allah Ease. We Love U, Dear. Bittaufeeq Wannajah. <3
Wallahua'lam. Wassalam~



No comments: