BismiLlahirRahmanirRahim~

Monday, 24 March 2014

Album BiG : Jungle Trekking~

BismiLlahirRahmanirRahim~

Aktiviti kami seterusnya ialah meredah hutan belantara di Sitiawan, Perak. 
Ikutilah adegan-adegan yang terakam sepanjang ekspedisi kami :)

 Dimulakan dengan bismiLlah, 
diakhiri dengan alhamduliLlah, 
begitulah sehari-hari dalam hidup, 
mudah-mudahan dirahmati Allah :)

 Datin sentiasa ceria berjungle trekking bersama kami :) 

 Pegang tali tu kuat-kuat Alvin..
**Nama gelaran oleh Pensyarah Falsafah, Puan Kharsiah**

 Trek perjalanan kami~

 Gadis-gadis Kumpulan Hijau. Ehh. Ada terselit jejaka seorang di situ :)

 Kami sambil bertrekking pun boleh bergambar sokmo :P

 Kumpulan Biru!!

 Kumpulan Hijau!! 

 Kumpulan Merah!!

 Kumpulan Ungu!!

 Berehat di checkpoint pertama..

 Berehat laaaagi~

 Teruskan perjalanan kami :)

 Sempat lagi buat gaya ending yell kumpulan Hijau!!

 AlhamduliLlah, sudah sampai ke puncak!!

 Tugasan : Kumpulan Biru mempersembahkan hasil masakan mereka :)

 Masak sampai pedih mata sebab asappp~

 Ending yell Kumpulan Biru :) 

 Kami PISMP Semester 1 Major Sejarah IPG KBM :)

 Berlatarbelakangkan Laut~

 Pemegang tali terbaik, Ivan!!

Tolong papah mangsa yang terseliuh kakinya, kak Wen..

Okay..Mangsa tercedera yang hanya berlakon rupa-rupanya..Atas arahan jurulatih..
**Nak tengok KERJASAMA kumpulan**

Tahniah semua kerana kuat mengharungi ujian dan dugaan :)

Wallahua'lam. Wassalam <3


Album BiG : Aktiviti Air dan Explorace~

BismiLlahirRahmanirRahim~

Di sini ana berkongsi serba sedikit aksi semasa aktiviti air dan explorace dijalankan ketika Program Bina Insan Guru (BiG) yang telah diadakan di Tanjung Uda River Resort, Perak. :)

 Kumpulan Ungu, Hijau, Biru, Merah Sudah Bersedia!!

Aktiviti Keyakinan Di Air :)

 'Peace' Sebelum Berkayak ^^

 Rafting Bersama-sama Di Tengah Lautan

 Anne Paling Manang Berenang. Tahniahh!!

Tetap Semangat Berkayak Meredah Hujan Lebat.. 
Pengalaman o0o pengalaman :D

 Aktiviti Bermesra Dengan Alam :)

Semua perlu merangkak, berguling dari sini ke sana dan merangkak semula sambil mencipta sajak tentang keindahan Tanjung Uda untuk dideklamasikan sebaik sahaja semua selesai 'main' lumpur. 
Haa...Muka tu lumur lumpur hingga penuh tau.. 
Lumur jangan tak lumur :P

Jurulatih : Mana barang amanah kumpulan awak?
Hijau : Telah pecah tuan.
Jurulatih : Haa... Pergi ambil lumpur tu, sapu muka..
**Denda**

Jurulatih : Sebelum tugasan diberi, ahli kumpulan perlu berpantun terlebih dahulu 
tentang Sungai Tanjung Uda.

Pak Mat ke kedai mencari manggis,
Tapi tersilap beli ubi kentang;
Sungai Tanjung Uda sungguh tragis,
Airnya kotor kering kontang.

Tugasan : Sebiji botol mineral kecil yang berisi air dipotong satu per tiga perlu diikat dengan tiga utas tali dan dikehendaki untuk setiap seorang memegang hujung tali sehingga ke checkpoint yang seterusnya, tanpa menumpahkan sedikit pun air di dalam botol tersebut.

Tugasan : Semua ahli kumpulan perlu melepasi 'spider web' dengan syarat tidak boleh 
menyentuh langsung tali tersebut. err..pikir-pikirr-pikirrr....

Tugasan : Jual beli pantun dan diberi sehelai kertas A4, koyakkannya agar 
menjadi kertas yang panjang.

Dari Perlis pergi Sabah,
Pergi Sabah dengan basikal,
Adakah munasabah?

 Jumpa kawan nama Adibah,
Mestilah tidak munasabah,
Kapal terbangkan ada bah. 

**Reka-reka je pantun ni, dah tak hengat camna pantun hari tu**

Kumpulan Ungu bersama Jurulatih

Kami, Kumpulan Hijau berjaya menamatkan Explorace ini dengan jayanya :)


Sajak oleh Asyraf :

0ooh Tanjung Uda,
Lumpurmu membuatkanku dari putih menjadi hitam,
dari hitam menjadi putih,
dari putih menjadi hitam kembali.


Hhehe.. tergelak Tuan Taufix sambil merakam gaya kami bersajak dengan keadaan yang sudah tidak nampak rupa sebenar. Ohh, kami berjaya bermesra dengan alam <3

Tahniah sahabat-sahabat. Wallahua'lam. Wassalam :)