BismiLlahirRahmanirRahim~
AlhamduliLlah thumma alhamduliLlah.
Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan
kepada Rabb Yang Maha Penyayang kerana masih memberikan kita ruang dan peluang untuk berada dalam hari
yang terakhir Ramadhan 1435H pada hari ini.
Semoga segala amal ibadah kita
sepanjang bulan barakah ini diterima Allah dan dapat bertemu lagi dengan bulan
Ramadhan 1436H, 11 bulan akan datang. InsyaAllah.
Masuk sahaja azan maghrib pada hari ini, maka akan bergemalah takbir raya.
Biarlah nanti kita takbir
dalam keadaan takbir kita sebut tu sebagai lafaz
kemenangan.
Kemenangan dalam bulan Ramadhan yang kita berjaya bukan sekadar
menahan nafsu, tapi juga melatih nafsu kita.
Supaya keluar dari bulan ni, nafsu
kita dah terlatih dan yang cuma tinggal untuk kita hadapi adalah syaitan yang
dah dilepaskan.
Dan apabila kita jatuh, bukan bermakna selamanya kita jatuh.
Naik dan bangun lagi.
Moga kita manfaatkan setiap
detik yang berbaki.
Setiap detik.
Andai ini Ramadhan terakhir
kita, moga dalam redha-Nya.
Kerana selamanya hidup ini untuk mencari
cinta Dia.
Yang dah berlalu takkan mampu diulang lagi.
Andai diizinkan Tuhan untuk bernyawa lagi esok hari, berusahalah sepenuh
hati.
Jangan jadi orang yang rugi.
Na’uzubiLlahi minzaalik.
“Ya Allah! Sesungguhnya
Dikaulah Maha Pengampun, Maha Pemurah lagi suka mengampun.
Maka ampunilah dan
lindungilah diriku serta keluargaku.”
Ameen Ya Rabb.
.................................
Mengimbau kisah tahun lepas.
1 Syawal 1434H.
Ada sorang budak tu nangis selepas bersalaman dengan umi abah along angah
adik.
Sebab...
Sedih bila terkenangkan ‘tahun hadapan’ akan beraya jauh daripada kami, di
bumi musafir Jordan.
Kisah musafir seorang tobibah. Bakal doktor.
Izzatul Athirah binti
Shafiai gerangan empunya
diri.
Acik, panggilan dalam keluarga.
Dulu tersangatlah manja sebab
dah lama jadi ‘bongsu tak jadi’
iaitu selama 8 tahun. Hhehe.
**Jangan marah yer baby :P
1 Syawal 1434H~ |
Tapi sekarang, sepanjang permusafiran bergelar pelajar di perantauan, tiap pengalaman dan ilmu dikutip semakin
hari, semakin mendewasakan diri.
Ya. Bukan mudah nak hadapi tiap hari berjauhan daripada keluarga.
Ana
sekalipun hanya berada di Ibu Kota Kuala Lumpur, tetap berasa terkadangnya ‘homesick’ yang menyerang jiwa dan hati
nurani.
Fuhh~
Terasa nak terbang terus ke Negeri Pesisir Pantai yang sekian
lama bertakhta di hati.
Ni baru je kita teringat akan kampung kelahiran kita.
Bagaimana pula dengan
‘kampung halaman asal usul kita’ sejak daripada zaman ayahanda kita, Nabi Adam dan
ibunda Hawa iaitu SYURGA?
Allahu~
Pantas yang selayaknya lagi-lagilah terasa rindu ingin pulang ke sana.
Moga-moga dimudahkan Tuhan dalam usaha kita mengumpul amal untuk kita kembali
ke sana. InsyaAllah.
...........................
Kisah dulu. (Klik Sini : Perjalanan Menuju Jordan~)
Hampir setahun Acik di perantauan tanpa pernah sekalipun lagi Acik pulang
ke tanah air, pasti banyak asam garam
dan pahit manis yang Acik tempuhi di sana, kan?
Ana pasti setiap perkara
itu akan ada hikmah di sebalik kejadian
yang berlaku.
Percayalah~ J
Acik kuat kan?
Kami di sini selalu dan senantiasa mendoakan Acik dan
sahabat-sahabat di sana.
Moga tiap urusan dimudahkan Allah dan dikuatkan hati,
dicekalkan jiwa dalam menghadapi mehnah duniawi. Nehh3 ^^
Ni ada sikit halwa mata, pengubat rindu Acik di Jordan nuhh.
Tapi. Tapii..
Tapiii... Pergi ambik tisu dulu terr..
Jangan ‘banjir’ kuat sangat b. Hhihi.. **Gurau ja baby. Saja nak mengusik sket :P
Umi-Abah-Along-Angah-Acik-Adik
I'll waiting for you, dear :)
Rindu tak? Hhihi
Memoir ni paling menang sebab ...
**Penuh ekspresi :'(
Ummi dan Mak (Nenek)
-Setiap kali bercakap telefon dengan Acik, mak pasti akan mengalirkan air mata kerinduan :')
Irah-Acik-MakDe-Tok-Sumah-Hariz
Ummi Abah
Rinduuuu kannnn~~
Acik bersama Irah~
Atuk Bak & Nenek Mak :')
Dah. Dahh.. Dahhh... No more tears :P
....................
“Acik, akak mintak maaf
salah silap akak pada Acik.
Yang mana ada tersilap bicara, terkasar perbuatan,
terguriskan hati Acik dan apa-apa je laa eyh.
I’m miss you. We miss you.
Ingat
eyh date tahun ni. Akhir bulan Ogos kann?? Hhehe.
Moga selamat sampai ke sini,
bumi ibu pertiwi Malaysia.
InsyaAllah.
Kirim salam ‘Assalamualaikum’
pada sahabat-sahabat di sana.
Fii hifziLlah.
Moga berada di bawah lindungan dan
jagaan Allah senantiasa.
Salam eidulfitri.
Kullu sanah wa antum bi kheir.
InsyaAllah.
Uhibbuki fiLlah ila Jannah, dear. “
Wallahua’lam. Salam rindu daripada kami, keluarga di negeri Terengganu Darul Iman~
No comments:
Post a Comment