Muhasabah~
BismiLlahirRahmanirRahim~
Ya Allah...
Janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidup kami.
Seandainya Engkau menetapkan sebaliknya,
maka jadikanlah puasa kami ini sebagai puasa yang dirahmati,
bukan puasa yang sia-sia.
Seandainya masih ada pada kami dosa yang belum Engkau ampuni,
dan dosa yang menyebabkan kami diseksa kerananya,
sehingga terbitnya fajar malam ini atau sehingga berlalunya bulan ini,
maka ampunilah semuanya, Wahai Yang Paling Pengasih dari semua yang mengasihi.
Ya Allah...
Terimalah puasa kami dengan sebaik-baik penerimaan,
perkenanlah kemaafan, kemurahan, pengampunan dan keredhaan-Mu.
Sehingga engkau memenangkan kami dengan segala kebaikan yang dituntut,
segala anugerah yang engkau curahkan di bulan ini.
Selamatkan kami di dalamnya daripada kebimbangan,
terhadap bencana yang mengancam dan dosa yang berterusan.
Demikian jua dengan rahmat-Mu,
golongkan kami ke dalam golongan orang-orang yang mendapatkan keutamaan di malam al-Qadar.
Malam yang Engkau tetapkan lebih baik dari seribu bulan.
Semoga perpisahan kami dengan Ramadhan ini bukanlah perpisahan untuk selamanya,
dan bukan juga pertemuan terakhir kami.
Moga kami dapat kembali bertemu pada Ramadhan mendatang,
dalam keadaan penuh harapan dan kesejahteraan.
InsyaAllah. Allahumma ameen~
Tidak lupa juga untuk kita sama-sama sentiasa mengalunkan doa Qunut Nazilah untuk saudara-saudara se-Islam kita di Gaza, Palestin; Mesir, Syria, fi kulli makann wa fii kulli zamann.
-----------
"Sesiapa yang beramal kerana Ramadhan,
dia sememangnya akan ditinggalkan.
Beruntunglah yang beramal kerana Allah,
Tarbiyah Ramadhan akan mengikutnya sampai akhir."
|Bidadari Besi|
Moga bertemu lagi pada 1436H. InsyaAllah :)
Wallahua'lam. Salam akhir Ramadhan 1435H~
No comments:
Post a Comment