BismiLlahirRahmanirRahim~
Diam.
Diam itu tidak bermaksud terus menyepi tanpa
sebarang berita.
Diam itu pasti bersebab dan kerna sebab-sebab
tertentulah
yang membuatkan blog ini sudah sekian lama sepi tanpa cerita.
yang membuatkan blog ini sudah sekian lama sepi tanpa cerita.
Sepi.
Sepi bukan bererti hilang,
Diam bukan bererti lupa,
Jauh bukan bererti putus,
Kerna di antara kita,
Ada satu ikatan yang tidak mudah dilupakan,
Iaitu PERSAHABATAN.....
Kini.
Kini jari-jemari kembali menari semula pada papan
kekunci.
Kini, salam bertemu kembali ku hulurkan pada
pembaca setia. #Cehh..Ada ke? :P
Kini, kan ku coretkan kisah-kisah yang berlaku
dalam kehidupanku di bumi Tuhan ini.
Kini, kasih akan bertaut kembali yang memberikan
haruman bebunga yang mekar mewangi.
haruman bebunga yang mekar mewangi.
Moga Tuhan berkati aku dan kamu semua dengan
rahmat kasih sayang-Nya yang tidak terbatas.
Moga tiap coretan yang tercatat menjadi sesuatu
yang baik dan bermanfaat
untuk diri sendiri dan kalian semua.
Pantai Kemasik, Terengganu. |
Salam sayang. <3
No comments:
Post a Comment