BismiLlahirRahmanirRahim~

Sunday, 12 April 2015

Malam Kesenian Silat Melayu 2015


BismiLlahirRahmanirRahim~

Kelat bukan sebarang kelat,
Kelat mengkudu ada khasiatnya;
Silat bukan sebarang silat,
Silat Melayu kaya falsafahnya.


AlhamduliLlah. Selesai demo gabungan antara pasukan Bonda Srikandi Nurhijrah dari Silat Combat Satukan, pasukan Cikgu Tuah dari Seni Silat Harimau Gayong dan Persatuan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (Gelanggang Indera Bentara & UniRazak) di Malam Kesenian Silat Melayu, yang diadakan di Pinggiran Batu Caves, Gombak, Selangor semalam (11 April 2015).

Bersama Bonda Srikandi Nurhijrah dan Kasih~

Majlis ini dirasmikan oleh YB Senator Datuk Hj. Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin yang turut dihadiri oleh YAM Raja Shu’ibah Idris (KuEss).

Sebanyak 13 demo silat daripada pelbagai jenis persatuan di Malaysia yang membuat persembahan. Maka izharlah bahawa perbezaan berlainan persatuan itu tidak meregangkan hubungan silaturahim kerana kita masih bersatu dengan berpegang kepada kalimah ‘La ilaha illaLlah’ dan silat itu sendiri adalah SILATturrahim~

Semua pakat bergambar dengan Kasih, Srikandi cilik :)
Silat bukan hanya sekadar pergerakan fizikal semata-mata, bahkan tetapi ia juga mementingkan ketaatan, kepatuhan kita kepada Tuhan Yang Maha Esa. Melalui silat jugalah kita dapat belajar mendisiplinkan diri kita. Insya-Allah..

Tahniah dan terima kasih kepada penganjur iaitu Pertubuhan Alif Ba Ta Malaysia yang yang berjaya mengadakan majlis gilang-gemilang ini dalam usaha untuk terus memartabatkan seni kebudayaan Melayu.

Keluarga Indera Bentara~
Kisah perjalanan kami semalam ialah kami menuju ke UniRazak untuk berlatih demo pada pukul 6 petang dan kemudian kami terus menuju ke masjid untuk menunaikan solat fardhu maghrib dan seterusnya mengisi perut kami dengan char kuey toew, air kelapa dan cendol tapai. First time ana makan cendol tapai tu. Not bad rasa dia.. Okey laa.. Sedap.. AlhamduliLlah.. :D

Moga kita menjadi Srikandi agama dan bangsa~!! Insya-Allah...

Demo kami dimulakan oleh pasukan Bonda Srikandi Nurhijrah dari Silat Combat Satukan, pasukan Cikgu Tuah dari Seni Silat Harimau Gayong. Seterusnya, demo kami PSSPGM diketuai oleh Cikgu Khalim yang disertai oleh ana bersama kak Muja, kak Cecile dan kak Mahirah membuat gerakan tari teratai. Manakala pasukan UniRazak yang diketuai oleh Alqiff bersama-sama rakan-rakan seGayong membuat pergerakan anak harimau dan juga tempur tangan kosong. **Kepada Aiman Amanda : Terima kasih dik jadi photographer..Hhehe (",) 

Senyum itu sedekah :)
Tahniah dan terima kasih kepada semua dalam usaha kita bersama-sama menjayakan demo gabungan ini. Diharapkan agar selepas ini dapat lagi kita berkolaborasi bersama. Insya-Allah.. Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada Cikgu Mazri yang sponsor kami tengkolok dan sampin yang cantik ni. Terima kasih cikgu~!!

Salam kasih sayang satu persilatan~

No comments: