BismiLlahirRahmanirRahim~
Kali ni ana nak kongsi cerita masa sepanjang kejohanan sukan
tahunan IPG Kampus Bahasa Melayu yang telah diadakan pada awal bulan Mac ini. Latihan
sukan ni mula dari pertengahan bulan Januari lagi. Sukantara telah diadakan
pada akhir bulan Februari dan seterusnya dilangsungkan pra-kejohanan yang
bertempat di padang IPG KBM. Tahun ni, ana ambil penyertaan dalam acara Lompat
Jauh, Lompat Tinggi dan lari 4x100m, dan tidak lupa juga acara perbarisan. Berbanding
dengan tahun lepas, ana kurangkan acara larian tahun ni sebab pengalaman
‘EXHAUSTED’ duk lari saringan dan final sebanyak
5 kali pada hari yang sama, ditambah pula dengan terik mentari yang membahang dan membakar kulit.
Acara Lompat Jauh ni memang merupakan acara ‘favourite’
sejak darjah 4 lagi. Masa darjah lima ana pernah mewakili sekolah ke kejohanan
sukan peringkat daerah dan semestinya Chinese
yang conquer acara ni. Apa-apapun,
yang penting ialah PENGALAMAN kann J
Adik Prasekolah :)
Acara Perasmian Pembukaan KOT IPG KBM 2014
Perbarisan Rumah Pahlawan :)
Perbarisan Rumah Pendekar!!
Demo Tempur Silat oleh Kak Muja vs Kak Cecile
Kak Masyitah aka Penjaga Palang Lompat Tinggi \(^_^)/
Bersama Tan Zee Ying - Acara Lompat Jauh -
Bersama Wan Kit Yee - Acara Lompat Tinggi -
Seterusnya, kejohanan sukan tahun ni diadakan di Stadium
Arena Sukan Universiti Malaya, jiran IPG KBM. Acara yang pertama untuk hari ni
ialah Lompat Tinggi. Alkisah macamna ana boleh terlibat dengan acara ni pun ana
tak pasti sebab berbeza dengan acara lompat jauh yang sememangnya ana minat
sejak sekolah rendah. Tapi, acara lompat tinggi ni langsung ana tak pernah
masuk masa sekolah rendah disebabkan pada suatu hari latihan sukan, pertama
kali ana cuba melompat, palang tu jatuh atas kaki ana. Wuuu... Sakitlah jugak
sikit sebab masa sekolah rendah dulu guna palang besi. Sejak daripada itu, ana
dah tak berani nak lompat tinggi. Taaaaapi, masa tingkatan dua, asyik duk
tengok senior lompat tinggi, terasa mahu cuba melompat jugak dan akhirnya dapat
melepasinya~!! Ana wakil rumah sukan acara lompat tinggi ni masa tingkatan 2
dan 4. AlhamduliLlah, dapat EMAS..
Koleksi Pingat Sejak Sekolah Rendah <3
Kemudian, pertama kali mewakili IPG KBM dalam acara lari
4x100m Jemputan sebagai kuartert kedua dan seperti biasa ana jadi pelari
keempat. Dan AlhamduliLlah, dapat jugak pingat BRONZE~ Perancangan untuk acara
tahun depan pulak mesti dirancang awal-awal nak pilih yang mana kemungkinan ada
peluang nak dapatkan pingat. Hhehe.. Akhir sekali, AlhamduliLlah thumma alhamduliLlah
sebab Kejohanan Olahraga Tahunan ni berjalan dengan lancar dan kami pelajar
Institut Bahasa (IB) berjaya menamatkan KOT ini hingga ke acara penutupan.
**Al-aqlu saleem fi jismi saleem**
Quote Arab : Akal yang sihat datangnya daripada badan yang sihat :)
Tahniah kepada Rumah PAHLAWAN yang menjadi johan dalam acara SUKANTARA
dan Naib Johan Keseluruhan~!! Tahun depan kita berusaha lagi yupp..InsyaAllah..
Wallahua’lam. Salam Satu Sukan J
No comments:
Post a Comment