BismiLlahirRahmanirRahim~
Di sini ana berkongsi serba sedikit aksi semasa aktiviti air dan explorace dijalankan ketika Program Bina Insan Guru (BiG) yang telah diadakan di Tanjung Uda River Resort, Perak. :)
Kumpulan Ungu, Hijau, Biru, Merah Sudah Bersedia!!
Aktiviti Keyakinan Di Air :)
'Peace' Sebelum Berkayak ^^
Rafting Bersama-sama Di Tengah Lautan
Anne Paling Manang Berenang. Tahniahh!!
Tetap Semangat Berkayak Meredah Hujan Lebat..
Pengalaman o0o pengalaman :D
Aktiviti Bermesra Dengan Alam :)
Semua perlu merangkak, berguling dari sini ke sana dan merangkak semula sambil mencipta sajak tentang keindahan Tanjung Uda untuk dideklamasikan sebaik sahaja semua selesai 'main' lumpur.
Haa...Muka tu lumur lumpur hingga penuh tau..
Lumur jangan tak lumur :P
Jurulatih : Mana barang amanah kumpulan awak?
Hijau : Telah pecah tuan.
Jurulatih : Haa... Pergi ambil lumpur tu, sapu muka..
**Denda**
Jurulatih : Sebelum tugasan diberi, ahli kumpulan perlu berpantun terlebih dahulu
tentang Sungai Tanjung Uda.
Pak Mat ke kedai mencari manggis,
Tapi tersilap beli ubi kentang;
Sungai Tanjung Uda sungguh tragis,
Airnya kotor kering kontang.
Tugasan : Sebiji botol mineral kecil yang berisi air dipotong satu per tiga perlu diikat dengan tiga utas tali dan dikehendaki untuk setiap seorang memegang hujung tali sehingga ke checkpoint yang seterusnya, tanpa menumpahkan sedikit pun air di dalam botol tersebut.
Tugasan : Semua ahli kumpulan perlu melepasi 'spider web' dengan syarat tidak boleh
menyentuh langsung tali tersebut. err..pikir-pikirr-pikirrr....
Tugasan : Jual beli pantun dan diberi sehelai kertas A4, koyakkannya agar
menjadi kertas yang panjang.
Dari Perlis pergi Sabah,
Pergi Sabah dengan basikal,
Adakah munasabah?
Jumpa kawan nama Adibah,
Mestilah tidak munasabah,
Kapal terbangkan ada bah.
**Reka-reka je pantun ni, dah tak hengat camna pantun hari tu**
Kumpulan Ungu bersama Jurulatih
Kami, Kumpulan Hijau berjaya menamatkan Explorace ini dengan jayanya :)
Sajak oleh Asyraf :
0ooh Tanjung Uda,
Lumpurmu membuatkanku dari putih menjadi hitam,
dari hitam menjadi putih,
dari putih menjadi hitam kembali.
Hhehe.. tergelak Tuan Taufix sambil merakam gaya kami bersajak dengan keadaan yang sudah tidak nampak rupa sebenar. Ohh, kami berjaya bermesra dengan alam <3
Tahniah sahabat-sahabat. Wallahua'lam. Wassalam :)
Sajak oleh Asyraf :
0ooh Tanjung Uda,
Lumpurmu membuatkanku dari putih menjadi hitam,
dari hitam menjadi putih,
dari putih menjadi hitam kembali.
Hhehe.. tergelak Tuan Taufix sambil merakam gaya kami bersajak dengan keadaan yang sudah tidak nampak rupa sebenar. Ohh, kami berjaya bermesra dengan alam <3
Tahniah sahabat-sahabat. Wallahua'lam. Wassalam :)
No comments:
Post a Comment