BismiLlahirRahmanirRahim~

Monday, 24 March 2014

Program Bina Insan Guru : Fasa Satu

BismiLlahirRahmanirRahim~

Kenyataan : Setiap pelajar IPG mesti menyertai Program Bina Insan Guru (BIG) sebanyak 6 fasa.

Sebagai pelajar semester 1 pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), ana dan rakan-rakan kelas baru sahaja berjaya menghabiskan Perkhemahan BIG di Tanjung Uda River View Resort, Sitiawan, Perak. Pelbagai aktiviti yang diadakan sepanjang program BIG ini berlangsung yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum IPG KBM dan Kem Komandan kami ialah Dr. Ramli Saadon selaku ketua Jabatan Sains Sosial. Kami turut disertai lapan orang pensyarah serta ibunda mentor kami iaitu Datin Padlon Abdul Rahman yang turut sama membawa si kecil Elina bersama-sama sepanjang berprogram BIG.  AlhamduliLlah. Para peserta seramai 22 orang telah berjaya mengharungi segala cabaran dan diharapkan program ini tercapai objektif utamanya. InsyaAllah. 

Ikutilah beberapa aksi yang terakam sepanjang program ini berlangsung J

Terima kasih banyak-banyak Datin :)
SEDAP masakan Datin <3
**Datin tengah masak lokan dengan Angeline**

 Anne aka Tukang Masak Nasi \(^_^)/

 Aktiviti Mendirikan Khemah bersama Kamalia :)

Solat Berjemaah, Solat Hajat untuk MH370 & Bacaan Yaasin 

Jemput Makan Pensyarah-pensyarah~

 Gimik penyerahan peserta BiG kepada Kem Komandan, Dr. Ramli Saadon oleh Ketua Jabatan Kokurikulum, Tuan Aizuddin sambil diperhatikan oleh Tok Batin Fred dan Mak Dara Ijah.

 Barang amanah telah terhempas \(o_0)/ 
Tidakkkkkk!!!! T.T

Jemput makan kawan-kawan~


Klik Sini Untuk Album BiG :)



Wallahua'lam. Salam Mahabbah <3

Album BiG : Malam Kebudayaan, LDK dan Majlis Perasmian Penutupan~

BismiLlahirRahmanirRahim~

Di sini ana kepilkan beberapa detik yang tersnap oleh jurufoto program Bina Insan Guru Fasa Satu :)

 Sebelum acara Malam Kebudayaan berlangsung, para pensyarah dikehendaki memecahkan belon dan di dalamnya terdapat satu kertas permintaan yang akan dibuat oleh pensyarah di akhir acara :)  

 Gimik perasmian Malam Kebudayaan oleh Kem Komandan~

Tema Malam Kebudayaan : Teater Kanak-kanak \(^_^)/

 Kumpulan Hijau : "Cikgu Piya"
Pelakon - Yaya, Mei Mei, Gopal,. Ah Meng, Cikgu Piya

Lagu **Kami Saaaaayang Cikgu Piya**
Lirik disediakan oleh Aznur Nizza Yucque. :')

Kumpulan Ungu!!
 Lakonan Teater oleh Cikgu Sueraina dan anak-anak muridnya.

Kumpulan Biru!!
Lakonan oleh Cikgu Nadia bersama anak-anak muridnya.
Yong bersama aiskrim LOLIPOPP :D

 Tugasan Tengah Malam : Setiap kumpulan diberikan sehelai kain putih sebesar bendera 
dan dikehendaki melukis logo dan moto kumpulan.. 
Rancang. Fikir. Bincang. Lukis. Warna.

 Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
Forum tentang Dinamika Guru di Sekolah :)
Kumpulan Hijau~

 LDK : Forum Kumpulan Biru~

 Yell Kumpulan Ungu..
Berkali-kali disuruh untuk mengubah gerakan yell T.T

 Yell Kumpulan Biru!!
Membuat formasi dalam keadaan yang penat mental dan fizikal.
Apa-apa pun semuanya TERBAIKK!!!

Zzzzzzz~
Keletihan. Kepenatan. Terlena. Terlentok..

 Majlis Perasmian Penutupan Program BiG Semester 1 :)
Encik Aizuddin memberikan belon pada Elina..

 Kita bersalam-salaman dan bermaaf-maafan yupp andai tersilap bicara dan
 tersilap langkah sepanjang perkenalan kita semua <3

Kami Sehati Sejiwa <3
Kami Bakal Guru yang Berjiwa Murabbi :)

Wallahua'lam. Salam Mahabbah~ 

Album BiG : Jungle Trekking~

BismiLlahirRahmanirRahim~

Aktiviti kami seterusnya ialah meredah hutan belantara di Sitiawan, Perak. 
Ikutilah adegan-adegan yang terakam sepanjang ekspedisi kami :)

 Dimulakan dengan bismiLlah, 
diakhiri dengan alhamduliLlah, 
begitulah sehari-hari dalam hidup, 
mudah-mudahan dirahmati Allah :)

 Datin sentiasa ceria berjungle trekking bersama kami :) 

 Pegang tali tu kuat-kuat Alvin..
**Nama gelaran oleh Pensyarah Falsafah, Puan Kharsiah**

 Trek perjalanan kami~

 Gadis-gadis Kumpulan Hijau. Ehh. Ada terselit jejaka seorang di situ :)

 Kami sambil bertrekking pun boleh bergambar sokmo :P

 Kumpulan Biru!!

 Kumpulan Hijau!! 

 Kumpulan Merah!!

 Kumpulan Ungu!!

 Berehat di checkpoint pertama..

 Berehat laaaagi~

 Teruskan perjalanan kami :)

 Sempat lagi buat gaya ending yell kumpulan Hijau!!

 AlhamduliLlah, sudah sampai ke puncak!!

 Tugasan : Kumpulan Biru mempersembahkan hasil masakan mereka :)

 Masak sampai pedih mata sebab asappp~

 Ending yell Kumpulan Biru :) 

 Kami PISMP Semester 1 Major Sejarah IPG KBM :)

 Berlatarbelakangkan Laut~

 Pemegang tali terbaik, Ivan!!

Tolong papah mangsa yang terseliuh kakinya, kak Wen..

Okay..Mangsa tercedera yang hanya berlakon rupa-rupanya..Atas arahan jurulatih..
**Nak tengok KERJASAMA kumpulan**

Tahniah semua kerana kuat mengharungi ujian dan dugaan :)

Wallahua'lam. Wassalam <3


Album BiG : Aktiviti Air dan Explorace~

BismiLlahirRahmanirRahim~

Di sini ana berkongsi serba sedikit aksi semasa aktiviti air dan explorace dijalankan ketika Program Bina Insan Guru (BiG) yang telah diadakan di Tanjung Uda River Resort, Perak. :)

 Kumpulan Ungu, Hijau, Biru, Merah Sudah Bersedia!!

Aktiviti Keyakinan Di Air :)

 'Peace' Sebelum Berkayak ^^

 Rafting Bersama-sama Di Tengah Lautan

 Anne Paling Manang Berenang. Tahniahh!!

Tetap Semangat Berkayak Meredah Hujan Lebat.. 
Pengalaman o0o pengalaman :D

 Aktiviti Bermesra Dengan Alam :)

Semua perlu merangkak, berguling dari sini ke sana dan merangkak semula sambil mencipta sajak tentang keindahan Tanjung Uda untuk dideklamasikan sebaik sahaja semua selesai 'main' lumpur. 
Haa...Muka tu lumur lumpur hingga penuh tau.. 
Lumur jangan tak lumur :P

Jurulatih : Mana barang amanah kumpulan awak?
Hijau : Telah pecah tuan.
Jurulatih : Haa... Pergi ambil lumpur tu, sapu muka..
**Denda**

Jurulatih : Sebelum tugasan diberi, ahli kumpulan perlu berpantun terlebih dahulu 
tentang Sungai Tanjung Uda.

Pak Mat ke kedai mencari manggis,
Tapi tersilap beli ubi kentang;
Sungai Tanjung Uda sungguh tragis,
Airnya kotor kering kontang.

Tugasan : Sebiji botol mineral kecil yang berisi air dipotong satu per tiga perlu diikat dengan tiga utas tali dan dikehendaki untuk setiap seorang memegang hujung tali sehingga ke checkpoint yang seterusnya, tanpa menumpahkan sedikit pun air di dalam botol tersebut.

Tugasan : Semua ahli kumpulan perlu melepasi 'spider web' dengan syarat tidak boleh 
menyentuh langsung tali tersebut. err..pikir-pikirr-pikirrr....

Tugasan : Jual beli pantun dan diberi sehelai kertas A4, koyakkannya agar 
menjadi kertas yang panjang.

Dari Perlis pergi Sabah,
Pergi Sabah dengan basikal,
Adakah munasabah?

 Jumpa kawan nama Adibah,
Mestilah tidak munasabah,
Kapal terbangkan ada bah. 

**Reka-reka je pantun ni, dah tak hengat camna pantun hari tu**

Kumpulan Ungu bersama Jurulatih

Kami, Kumpulan Hijau berjaya menamatkan Explorace ini dengan jayanya :)


Sajak oleh Asyraf :

0ooh Tanjung Uda,
Lumpurmu membuatkanku dari putih menjadi hitam,
dari hitam menjadi putih,
dari putih menjadi hitam kembali.


Hhehe.. tergelak Tuan Taufix sambil merakam gaya kami bersajak dengan keadaan yang sudah tidak nampak rupa sebenar. Ohh, kami berjaya bermesra dengan alam <3

Tahniah sahabat-sahabat. Wallahua'lam. Wassalam :)