BismiLlahirRahmanirRahim~
Dengan Nama ALLAH
Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ~
Assalamualaikum w.b.r.
:)
Kaifa halukum (Apa khabar)? Apa khabar imanmu hari ini? Semoga
dalam keadaan yang sihat & diberkati ALLAH..insyaALLAH..
Hari ini merupakan hari pertama cuti untuk seminggu sempena
raya cina ni..harapnya cuti ini bukanlah hanya hari untuk rehat sahaja, namun
kita dapat manfaatkan hari cuti ini dengan pelbagai aktiviti yang
berfaedah..biizniLlah..
Ana ingin berkongsi sedikit pengalaman ana dalam kelas pada
minggu lepas..’scene’ ni berlaku ketika waktu rehat dan ketika itu ana
berada di dalam kelas.. sahabat kelas ana
merupakan seorang non-muslim, bertanyakan pada ana tentang solat dan kesannya
pada kehidupan muslim..alkisahnya, pada hujung minggu lepas, ana, dia dan tiga
lagi rakan ana keluar ke TS Mall..ketika kami berada di luar surau, dia
terlihat seorang muslimat yang bertudung tetapi berpakaian baju yang ‘fit’,
namun saudari itu tetap juga solat..justeru, persoalan kenapa orang yang menunaikan
solat, namun tidak menutup auratnya dengan sempurna ini telah bermain di
mindanya dan sahabat ana yang kedua, yang mana juga seorang non-muslim..
Apa yang dapat ana simpulkan di sini adalah orang non-muslim
ni pelik dan tertanya-tanya kenapa muslim itu bersolat, tetapi tidak mengikut
suruhan ALLAH yang lain.. bak kata DR. Zakir Naik, jangan menilai agama ISLAM
itu berdasarkan pada penganutnya semata-mata, tetapi berpandukan pada AL-QURAN
dan AS-SUNNAH kerana di situlah terletaknya nilai ISLAM yang
sebenar..seringkali kita dengar, ‘Islam hanya pada nama, tapi tidak amalkan apa
yang ada dalam agama Islam tersebut’..
ALLAHU RABBI~ jangan jadikan diri kita fitnah kepada agama
kita sendiri, yakni ISLAM..
Abu Hurairah berkata : "Aku mendengar Rasullullah SAW
bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya yang pertama kali dihisab
pada hari kiamat dari amalan
manusia adalah solatnya, jika amalan solatnya baik maka dia akan
bahagia dan beruntung, Jika amalan solatnya buruk maka dia termasuk orang-orang yang rugi. Jika terdapat kekurangan sedikit pada amalan solat fardhunya, maka Allah berfirman: " Lihatlah (hai para malaikat) apakah hambaku mengerjakan solat sunat untuk menyempurnakan solat fardhunya?' Kemudian jika hambaku menyempurnakan solat sunat, maka solat sunat itu untuk menyempurnakan solat fardu yang kurang, kemudian seluruh amalannya diperlakukan seperti itu"
(Sahih Tirmidzi, Ibnu Majah no 193, 1425,1426)

Kemudian, ana ceritakan yang wanita ni kat dunia ni agak
sukar tanggungjawabnya kerana banyak yang perlu dijaga..contohnya aurat..tapi
semua ini adalah demi menjaga kepentingan dan untuk kebaikan wanita
juga..betapa Islam ini sangat menjaga penganutnya..nanti di akhirat, ada empat
golongan lelaki yang ditarik perempuan ke neraka, iaitu ayah, suami, abang (saudara
lelaki) dan anak lelaki..rujuk http://bm.harakahdaily.net/index.php/sudut-dakwah/8040-4-jenis-lelaki-yang-ditarik-perempuan-ke-neraka..
Firman
Allah SWT dalam surah At-TAhrim, ayat 6, mafhumnya :
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu
dari api
neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang
diperintahkan.”

Ditambah juga dengan tanggungjawab lelaki yang akan
dipertanggungjawabkan di akhirat kelak
Ø Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya
istimewa di sisi seorang lelaki tetapi ingatlah wahai lelaki, kamu sebenarnya
adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin.
Ø Maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH
wanita sebaik-baiknya, supaya kelak dapat pulang menghadap Allah swt dalam
keadaan istimewa disisiNYA..
**********************************
semoga ALLAH redha~ ^_*
wassalamuLlahi 'alaikum <3
No comments:
Post a Comment