BismiLlahirRahmanirRahim~

Saturday, 26 January 2013

KiSah SeDeQaH GaLaXy WoNdEr~

BismiLlahirRahmanirRahim :)


Assalamualaikum...hari ni 14 Rabiul Awal bersamaan 26 Januari telah mencatatkan satu peristiwa trauma  berlaku pada ana. Al-kisahnya terjadi semasa ana keluar ke Hentian Putra untuk membeli tiket bas bersama mak cik, abang dan sepupu. Setelah itu kami menuju ke Sogo yang terletak di Stesyen LRT Bandaraya. Pada ketika itu, ana meletakkan fon ana di bahagian hadapan beg. Tidak sampai lima minit di dalam SOGO tersebut, ana baru perasan bahawa fon ana tiada di tempat ana menyimpannya..



ALLAHU RABBI~

Ana selongkar satu beg tu mencari fon..Namun, rezeki tidak menyebelahi ana..Fon ana baru je berusia 6 bulan bersama-sama ana..yapp..ana tidak boleh menyalahkan takdir kerana ana juga bersalah dalam hal ini..Mungkin tempat ana simpan fon itu sedikit terdedah dan agak mudah diambil orang..Bak kata abang ana, "letak kat situ ibarat SEDEQAH fon tu kat orang laa" 0_o

AMBIL 'IBRAH~


Na'am!! (Ya) Hidup tidak selalunya indah..Kita pasti akan diuji untuk melihat setakat mana keSABARan & keIMANan kepada-NYA..Semuanya adalah MILIK ALLAH..Segala harta benda yang kononnya milik kita hanyalah PINJAMAN semata-mata..kalau kita boleh REDHA dengan setiap pemberian-NYA, kenapa kita tidak boleh redha dengan UJIAN yang diberikan..kan, kan, kan? :)


Itulah merupakan benda yang paling bernilai dari segi harganya yang pernah ana miliki setakat ini. Tambahan pula, wang yang digunakan adalah wang yang ana dapat sebagai hadiah untuk keputusan SPM tahun lepas + wang ketika melangkah ke alam Universiti. YA ALLAH~ Sesungguhnya kasih sayang-Mu tiada nilai bandingnya dengan segala benda di dunia yang fana ini, YA RABB..

PENGORBANAN~

Abang memberitahu Abah tentang kejadian tersebut. Lantas, Abah menanyakan bagaimana ia boleh berlaku dan menasihati ana agar redha dengan kejadian tersebut..Ana harus mengambil iktibar dan pengajaran daripada kesilapan yang ana buat kerana kurang cermat menyimpan fon tersebut. Abah berkata bahawa akan bank-in kan ana wang untuk membeli fon baru..ALLAHU ALLAH~ terasa ingin menitis air mataku saat itu kerana betapa banyaknya pengorbanan ibu bapa untuk anak-anaknya..kita sebagai anaklah yang perlu menghargai setiap jasa yang pasti tidak terbalas kerana berjuta-juta pengorbanan yang dibuat sejak kita berada dalam kandungan ibu lagi..Oleh itu, kita mestilah sentiasa bermunajat kepada-NYA agar kedua-dua ibu bapa kita mendapat rahmat dan berkat di dunia dan di negeri akhirat kelak..Semoga kita dapat berkumpul lagi bersama-sama keluarga kita di JANNATUL FIRDAUS yang kekal abadi..INSYAALLAH..

Oleh itu, akhlak kita di dunia inilah yang akan mencerminkan siapa diri kita yang sebenarnya.. begitu juga dengan KEMATIAN yang akan kita hadapi pada saatnya nanti..persoalan bagaimana cara kita akan mati kelak akan ditentukan dengan jawapan bagaimana cara kita hidup..adakah dengan kebaikan serta mensyukuri setiap nikmat yang ALLAH kurniakan?? atau adakah kita sombong dan angkuh dan hidup dengan keburukan serta kufur nikmat yang ALLAH  anugerahkan?? hanya diri kita yang dapat menentukan caranya, di samping dengan berdoa, kita juga WAJIB berUSAHA!!


# untuk kamu : ana harap janganlah salah gunakan apa yang ada dalam fon tu..semoga ALLAH mencampakkan HIDAYAH untukmu, wahai HAMBA ALLAH!!

~SeLaMaT t!nGGaL sayangku..akan aku rindui saat engkau melantunkan ayat-ayat AL-MULK ketika aku ingin melelapkan mata di malam hari <3 semoga kau bahagia tiap saat kau bersamaku..maafkan aku andai engkau terluka..kita milik ALLAH..dari DIA kita datang, kepada DIA juga kita kembali..

UJIAN + CABARAN + DUGAAN = MEMATANGKAN KITA (",)

wasaalam ^^

No comments: