>> BINGKISAN
NOVEL “SUAMI AKU USTAZ” <<
Usai solat Zohor, ana ternampak
akan beberapa buah buku baharu yang belum ana lihat di rak buku. Ana terus
menilik akan tajuk-tajuk buku yang terdapat di situ dan pandangan mata ana
berhenti pada saat menatap sebuah novel yang bertajuk “SUAMI AKU USTAZ” karya
oleh Hannah Dhaniyah. Hehehee ^^ Ana pun ambil novel tersebut dan membelek muka
depan yang tercatat (24 Mei 2012,KL). Ouhh. Adikku yang membeli novel ini
setelah menghantarku ke pendaftaran tamhidi USIM, Nilai pada 23 Mei 2012. Di
sini ana nak kongsi beberapa input yang ana dapat semasa membaca novel ni.
*bak kata ummi, nak baca novel
boleh, tapi kena pandai pilih yang mana baik untuk kita
ambil ‘ibrah
daripadanya agar pembacaan kita tu tidaklah hanya sia-sia sahaja* ^^
-----------------------------------------------------------------
= BAITUL MUSLIM =
“Bila
bercakap tentang baitul Muslim
sebenarnya tak semestinya tentang perkahwinan, percintaan atau apa pun yang
kamu semua fikirkan. Baitul itu
maknanya rumah dan Muslim itu pula mereka yang mengucap dua kalimah syahadah
ataupun orang Islam. Jadi, baitul
Muslim pun boleh dimaksudkan dengan keluarga Islam.”
“Pembentukan
keluarga Islam itu bermula daripada individu itu sendiri. Sebab itu saya
katakan tadi, bermula dari sekarang kamu dah boleh prepare untuk mendirikan baitul Muslim. Didik diri sendiri untuk
menjadi yang soleh dan solehah, barulah mencari yang solehah dan soleh untuk
menjadi pasangan kita.”
“Daripada
individu yang hebat, pasangan yang hebat, barulah boleh melahirkan generasi
yang hebat juga. Baitul Muslim bukan
hanya untuk pembinaan keluarga, tetapi ia juga untuk membina ummah.”
“Jadi,
perkahwinan ataupun baitul Muslim
ni bukanlah perkara kecil sebab ia
melibatkan pembinaan ummah. Ia perkara besar yang sepatutnya kamu boleh
berfikir mulai sekarang. Untuk agama kita.”
“Apa-apa
pun, memandangkan kamu semua belum berkahwin, jadi tak semestinya hanya selepas kahwin baru boleh membina baitul Muslim. Jangan lupa yang kamu
masih ada keluarga dekat rumah. Keluarga kamu itulah kamu kena terapkan ajaran
dan nilai-nilai Islam. Sebabnya, kita hendaklah menyelamatkan diri kita dan
ahli keluarga kita daripada api neraka.”
~Ustaz Muhammad Nur Hafiz~
----------------------------------------------------------------
= SEJARAH ISLAM =
“Bila datang Kundasang War Memorial, ana teringatkan
sejarah kita. Sejarah Islam. Lisa bayangkan, seramai tiga ratus nak lawan
seribu yang tiga ganda besar bilangan dia, mungkin kita rasa mustahilkan?”
“Tapi disebabkan
keyakinan orang Islam terhadap Allah, disebabkan kecintaan mereka kepada Allah,
mereka tak kisah pun masa Nabi ajak berperang. Sebab mereka yakin dengan Allah.
Kalau mereka mati pun, mereka syahid di jalan Allah, mereka mati pun, mereka
dapat berjumpa dengna kekasih mereka, iaitu Allah.”
“Lisa tahu, kalaulah
mereka yang tiga ratus tiga belas ni tak sanggup nak berperang, kalau Allah
membuatkan mereka kalah dan mati, kita tak merasa agama Allah ni sekarang.
Besar pengorbanan orang yang awal-awal menganut Islam ni. Sudahlah nak berubah
daripada adat kebiasaan mereka sebagai jahiliah tu susah, kena pulak berperang
dalam keadaan tak mempunyai apa-apa. Yang mereka ada hanya Allah, cintakan
Rasul, Allah pun akan cintakan mereka dan beri kemenangan kepada mereka.”
~Akh Hafiz~
-----------------------------------------------------------------
= Apa beza antara
‘Islam’ dan ‘islam’? =
“Islam
yang ‘I’ besar tu, hanyalah pada nama. Kita seorang Islam. Ya, betul tapi belum
tentu kita ni seorang Muslim. Kiranya, ‘I’ besar untuk orang Islam hanya di
dalam IC dan ‘i’ kecil orang yang betul-betul cuba menghayati cara hidup Islam.”
----------------------------------------------------------------------
=
INI SEJARAH KITA =
“Islam
bermula masa Nabi Muhammad mendapat wahyu, Lisa. Selepas itu, Islam berkembang
sedikit demi sedikit. Daripada dakwah secara rahsia, sehinggalah secara
terang-terangan. Sampai pada suatu hari ni, Musyrikin Mekah memerangi umat
islam dalam Perang Badar.”
“Masa
tu, hanya ada tiga ratus tiga belas umat islam je. Yang menariknya, mereka ini
baru saja menganut agama Allah. Tapi disebabkan Rasulullah berjaya mendidik
hati mereka dengan mencintai Allah, mereka sanggup berjuang walaupun tak
mempunyai apa-apa.”
“Kalau
ditakdirkan Islam kalah dalam Perang
Badar, tak ada lagi umat yang akan menyebarkan Islam. Tapi perancangan Allah ni
cantik. Semakin lama, umat Islam semakin bertambah. Sehinggalah Rasulullah
s.a.w. berjaya membina sebuah negara Islam di Madinah. Betapa hebatnya
Rasulullah yang tidak tahu membaca dan menulis, berjaya menjadi pemimpin,
bukan? Jadi terbuktilah al-Quran itu adalah daripada Allah, bukan ciptaan
Rasulullah.”
“Selepas
itu, Rasulullah s.a.w. wafat. Naik pula empat orang sahabat baginda meneruskan
penyebaran agama Islam. Umat Islam masa zaman ni, hati mereka dipenuhi dengan
nama Allah je. Buat apa-apa semuanya kerana Allah. Makin lama, Islam makin
berkembang. Sehinggalah terciptanya tamadun Islam di dunia. Masa Islam
berkembang naik ni Lisa, orang Barat masa tu mengalami zaman kegelapan. Macam
zaman jahiliahlah...”
“Masa
kerajaan Abasiyah, umat Islam terlalu hebat. Masa inilah ramai cendekiawan
Islam yang terulung muncul. Orang Barat pula mula berjinak-jinak dengan ilmu
apabila melihat umat Islam naik. Bayangkan, Rasulullah s.a.w. yang hanya duduk
di padang pasir, berjaya menyebarkan Islam sehinggalah terbentuk sebuah
tamadun. Tapi dia orang lupa. Apabila dah kecapi kekayaan, dah dapat
macam-macam nikmat, mereka makin jauh dari Allah. Sebab itulah Allah uji
mereka. Akhirnya, tamadun yang terbentuk bermula dengan dakwah Rasulullah
s.a.w. musnah disebabkan serangan orang Monggol. Sehinggalah muncul seorang
pemimpinyang hebat iaitu, Sultan Muhammad Al-Fateh. Masa itu, baru Islam naik
sikit.”
“Bayangkan
Lisa... masa zaman Nabi lagi, Nabi dah bercerita kepada sahabat-sahabat baginda
tentang kemunculan pemimpin yang hebat ini. Rajanya adalah sebaik-baik tentera.
Lisa tahu macam mana orangnya Sultan Muhammad Al-Fateh ni?”
“Beliau
seorang yang sangat hebat dan sangat cintakan Allah. Buktinya, masa dia nak
menaikkan semangat tenteranya, dia cakap, siapa yang mahukan syahid, ikut dia.
Dan lagi satu yang menariknya, selepas dia berjaya tawan Istanbul, semua orang
tidak tahu siapa yang nak jadi imam. Sehinggalah dia bertanya dan menyuruh
askar-askar dia yang tidak pernah meninggalkan solat fardhu selepas baligh,
duduk. Tak ada seorang pun yang duduk, Lisa. Sebab itulah askar-askar dia
adalah sebaik-baik askar. Apabila ditanya siapa yang tidak pernah tinggal solat
rawatib, baru separuh yang duduk. Apabila ditanya siapa yang tak pernah tinggal
solat malam, semua orang duduk kecuali dia, Sultan Muhammad Al-Fateh. Orang
yang sangat hebat!”
“Zaman
sekarang ni, kita dah jatuh sebab kita jauh dari Allah. Allah sendiri dah
beritahu dalam al-Quran, siapa yang membantu agama Allah, Allah membantu dia
balik. Kiranya, tamadun Barat yang sedang berkembang ni sebenarnya bermula
selepas tamadun kita jatuh. Ilmu-ilmu yang berkembang sekarang, dicedok
daripada buku-buku cendekiawan Islam. Kita tak rasa sayang dengan tamadun kita,
sebab itulah kita buat tak tahu dan orang sekarang jarang berusaha untuk
mengubah nasib Islam. Jadi, kita yang tahu, kongsi-kongsilah apa yang kita tahu
kepada yang belum tahu.”
-----------------------------------------------------------------------
=
DOA NABI MUSA =
“Ya
Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu cinta-Mu dan cinta orang-orang yang
mencintai-Mu dan aku memohon kepada-Mu perbuatan yang dapat menghantarku kepada
cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih kucintai daripada diriku dan
keluargaku serta air dingin.”
>>
Ameen Ya Rabbal ‘Alamin<<
***********
Wallahua’alam..mana
yang baik, dijadikan teladan..mana yang buruk, dijadikan sempadan..sesungguhnya
yang baik itu datangnya daripada ‘Yang
Maha Pencipta’..manakala yang buruk itu datangnya daripada ‘yang
dicipta’..hakikatnya semua yang berlaku adalah daripada-Nya..
Semoga
kita semua mendapat BARAKAH dan MAGHFIRAH-NYA ^^ insyaAllah
<3
Wassalam + salam sayang dariku <3
May
ALLAH Bless Us Fiddunya Wal Aakhirah J
No comments:
Post a Comment