Dengan
nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih ana mulakan coretan pada kali
ini.
Pada
tanggal 14 Disember, keluarga ana yang terdiri daripada ummi, abah, angah, acik
dan adik telah berangkat menuju ke UIA untuk melawat abang kesayangan kami
semua iaitu along, di bumi Kuantan.
Ketika
jam menunjukkan pukul 11 pagi, kami mulakan perjalanan dengan doa agar selamat
sampai ke destinasi. Abah yang memandu kereta dengan tenang melalui jalan lebuh
raya baharu.
Setelah
perjalanan kami mengambil masa sekitar 4 jam, kawasan hostel Tabari UIA telah
kami lewati. Tidak lama kemudian, along mengajak kami ke Pantai Teluk Cempedak
untuk rehlah bersama. Awal pagi tadi umi telah memasak rendang ayam untuk
dijamu bersama.
Pada
waktu itu, kami bertukar-tukar cerita sambil menjamu selera. Kata ummi, ‘kedatangan
kami ni nak tengok along. Di samping tu, boleh semua berkumpul bersama-sama. Untuk meraikan adik yang sangat merindui
along.’
*tambahan
pula, waktu cuti semester ana akan berakhir pada akhir bulan ni. Manakala cuti along
pula bermula 9 Januari. Maka, jelaslah ana tidak sempat untuk meluangkan masa
bersamanya.*
Setelah
hampir 2 jam kami ber’rehlah’ di pantai, kami pun menaiki kereta kembali. Destinasi
kami yang seterusnya adalah Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIA. Usai menunaikan
solat, kami melawat kawasan UIA sehinggakan acik semakin teruja untuk belajar
di sini.
Akhir
sekali, kami menghantar along kembali ke hostelnya. Suasana menjadi sayu
apabila saat-saat berpisah menjelma. Terasa jam berdetik pantas ketika kami
bersama along. Tambahan pula ketika itu kaki kiri along terseliuh dan suhu badannya
yang agak tinggi. Umi abah menitipkan pesan dan nasihat untuk along terus
bersemangat dalam menuntut ilmu dan ucapan ‘bittaufeeq wannajah’ daripada kami
untuk menghadapi peperiksaan yang akan menjelang pada akhir bulan ini. Along juga
sempat meninggalkan pesan agar turut sama-sama berdoa untuknya supaya diberikan
kekuatan daripada Yang Maha Esa.
-------------------------------------------
Pesanan
untuk along daripada kami :
- Belajar
molek-molek deh, sentiasa tajdid niat menuntut ilmu liLlahi Ta’ala
- Jaga
solat, iman, hati & berdampinglah dengan Al-Qur’an sokmo
- Jaga
diri & kesihatan (jaga waktu makan)
- Jawab
imtihan dengan sehabis baik J
^adik-adikmu
bersyukur & bangga mempunyai abang sepertimu yang banyak memberi teladan
serta mengajar kami erti kehidupan^
------------------------------------------------
#dikepilkan
juga antara ragam yang terakam =)
- tangan hulur pinggan pada ummi, tapi sempat lagi pusing & senyum :D
<3 ummi & abah <3
-suka sangat adik main pasir :P
-acik sedang memikirkan antara IRELAND / JORDAN / UIA =_="
-along + acik + adik :')
-kemesraan terpancar antara dua beradik ni :)
-sempat lagi bergambar di Masid UIA ^^
-----------------------------------------------------------------------
*beruntung along dapat belajar kat UIA :)
^BEST^
-ilalliqa' wa ma'assalamah-
~wassalam~
No comments:
Post a Comment