BismiLlahirRahmanirRahim~
Assalamualaikum
semua. Apa khabar? Semoga semuanya dalam keadaan yang baik-baik saja. Insya-Allah.
Hari ni dah masuk minggu kedua sesi persekolahan untuk tahun 2018 ni. Maka dua
minggu jugalah ana menanam anggur di rumah. Hhaha. Berbakti pada Umi Abah Adik la dulu sementara tunggu panggilan temuduga dan posting kan. Semoga
dimudahkan segala urusan ana dan kawan-kawan kelak. Insya-Allah.
Okey, hari ni ana
nak kongsikan resepi Puding Roti Kurma. Serius senang je nak buat puding ni
haa. Sedap pulak tu. Ehh. Hhehe. Sehari, dua kali ana buat. Satu bekas puding
tu sekejap je dekat rumah nenek, terus habis. Maka, buatlah yang kali kedua
untuk Anjang, mak saudara ana yang mengidam. Ehh. Hhihi. Untuk Nia dan Dhiaa juga ni.
Selamat mencuba ya! :)
Puding Roti untuk Anjang, Nia dan Dhiaa~
BAHAN A :
2 cawan susu segar
8 keping roti putih
BAHAN B :
4 sudu makan gula
halus
2 sudu makan
mentega
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen
vanila
1 sudu makan tepung
jagung
BAHAN C :
2 sudu makan kismis
**ana guna 6 biji
kurma (dipotong kecil)
BAHAN D :
1 tin susu cair
2 sudu makan tepung
kastard
2 sudu makan gula
CARA MEMBUAT :
1. Hancurkan ataupun koyakkan roti dan rendam dalam susu
selama 30 minit.
2. Kacau dan gaul rata bahan B.
3.
Masukkan kismis/kurma dan tuangkan ke dalam loyang/bekas.
4.
Bakar pada suhu 180ÂșC selama 30 minit ataupun sehingga
masak.
5.
Gaulkan sos kastard dan masakkan di atas api yang
sederhana kecil.
6.
Tuangkan sos di atas puding semasa menghidang.
**Kredit pada Chef
Hanieliza ♥
SELAMAT
MENCUBA~
No comments:
Post a Comment