BismiLlahirRahmanirRahim~

Monday, 8 January 2018

Resepi : Puding Roti Kurma~


BismiLlahirRahmanirRahim~

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Semoga semuanya dalam keadaan yang baik-baik saja. Insya-Allah. Hari ni dah masuk minggu kedua sesi persekolahan untuk tahun 2018 ni. Maka dua minggu jugalah ana menanam anggur di rumah. Hhaha. Berbakti pada Umi Abah Adik la dulu sementara tunggu panggilan temuduga dan posting kan. Semoga dimudahkan segala urusan ana dan kawan-kawan kelak. Insya-Allah.

Okey, hari ni ana nak kongsikan resepi Puding Roti Kurma. Serius senang je nak buat puding ni haa. Sedap pulak tu. Ehh. Hhehe. Sehari, dua kali ana buat. Satu bekas puding tu sekejap je dekat rumah nenek, terus habis. Maka, buatlah yang kali kedua untuk Anjang, mak saudara ana yang mengidam. Ehh. Hhihi. Untuk Nia dan Dhiaa juga ni. Selamat mencuba ya! :)

Puding Roti untuk Anjang, Nia dan Dhiaa~


BAHAN A :
2 cawan susu segar
8 keping roti putih



BAHAN B :
4 sudu makan gula halus
2 sudu makan mentega
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanila
1 sudu makan tepung jagung



BAHAN C :
2 sudu makan kismis
**ana guna 6 biji kurma (dipotong kecil)



BAHAN D :
1 tin susu cair
2 sudu makan tepung kastard
2 sudu makan gula

CARA MEMBUAT :
1. Hancurkan ataupun koyakkan roti dan rendam dalam susu selama 30 minit.

2. Kacau dan gaul rata bahan B.
3.    Masukkan kismis/kurma dan tuangkan ke dalam loyang/bekas.

4.    Bakar pada suhu 180ÂșC selama 30 minit ataupun sehingga masak.

5.    Gaulkan sos kastard dan masakkan di atas api yang sederhana kecil.
6.    Tuangkan sos di atas puding semasa menghidang.

**Kredit pada Chef Hanieliza 


SELAMAT MENCUBA~