BismiLlahirRahmanirRahim~
Assalamualaikum
semua J
Alkisahnya sebelum
berangkat ke Gurun, Kedah untuk menghadiri Kursus Kemantapan Silibus dan
Kenaikan Bengkung PSSPGM, ana dan Aiman Amanda (Junior Sem 5 aka teman sebilik
di IPG) menaiki bas dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur pada malam 13
Disember 2017. Manakala, Fatiha (Junior Sem 3) pula menaiki kapal terbang dari
Tawau menuju ke Kuala Lumpur pada hari yang sama.
Pada 14 Disember
2017, kami bertiga singgah di Institut Bahasa untuk berehat. Usai solat Zohor,
kami bersama Hakiim (Junior Sem 1) dan Cikgu Khalim (Jurulatih Gelanggang
Indera Bentara) bertolak ke Junjong, Kedah. Setelah 5 jam perjalanan, kami
selamat sampai di Kedah dan bermalam di rumah abang Cikgu Khalim.
Setiap akhir tahun,
Pesta Pulau Pinang akan diadakan selama sebulan. Maka, kami mengambil
kesempatan ini untuk pergi ke pesta itu pada malam tersebut. Pelbagai gerai
jualan yang terdapat di sana. Bahkan bukan itu sahaja, pelbagai hiasan
lampu-lampu yang menarik juga merupakan tarikan di pesta tersebut. Tambahan
juga, terdapat kawasan Fun Fair yang mempunyai banyak permainan di dalamnya.
Sebelum pulang ke rumah, kami singgah di Kedai Char Kuey Teow di Sungai Dua.
Umphh~ Memang sedap!
Pada 15 Disember
2017, setelah selesai sarapan, kami berlima bersama anak saudara Cikgu Khalim,
Juroish, pergi ke Air Terjun Junjong. Perjalanan kami hanya dalam 10 minit
sahaja. Pabila kami sampai ke sana, SUBHANALLAH~ Air terjun dan permandangannya
sangat cantik. Airnya pula tentulah sejuk kann.. Hhehe.
Dalam jam 12.00
tengah hari, kami pulang ke rumah dan bersiap-siap untuk ke Gurun, Kedah. Setelah
selesai solat Jumaat dan makan tengah hari, kami memulakan perjalanan pada jam
2.00 petang. Dalam perjalanan, Cikgu Khalim membawa kami singgah di Gelanggang
Penanti, di mana tempat Cikgu Khalim mula mempelajari silat.
Pada masa yang
sama, rezeki kami murah pada hari itu kerana Mak Teh telah memberikan kami
rambutan yang segar dan baru diambil daripada pokok. Terima kasih Mak Teh!
Excited betul Aiman dapat rambutan yang segar daripada pokok~ :D |
Akhir sekali, terima
kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Khalim yang banyak meluangkan masa,
tenaga dan wang di sepanjang perjalanan dari KL-Penang-Kedah. BarakaLlahufik.
Sambungan kisah di Kursus Kemantapan Silibus dan Kenaikan Bengkung PSSPGM di
entri yang seterusnya yaa.
Wallahua’lam.
Terima kasih! <3
No comments:
Post a Comment