BismiLlahirRahmanirRahim~

Sunday, 17 December 2017

17 Disember 2017 : Sanah Helwah Piya!


BismiLlahirRahmanirRahim~

Assalamualaikum semua :)

AlhamduliLlah thumma AlhamduliLlah. Tanggal 17 Disember telah tiba lagi. 23 tahun yang lalu, pada tarikh yang sama, hari  Sabtu, jam 6.20 petang, ana selamat dilahirkan oleh Umi, Sharifah ke dunia ini. Terima kasih Umi!

Pada tahun 2017 ni, pada tarikh bermakna ini, ana berada di Gurun, Kedah. Umi, Abah dan Adik di Mekah. Along di Johor. Acik di Jordan. Okey. Sungguh sebenarnya ana rasa keseorangan. Tanpa keluarga di sisi pada waktu ini. Ahaa.. Tapi tak apa laa kan, ada la tu hikmahnya. Allah nak bagi qawiy sikit hati tu kannn. Hhehe..

***************************************************

[ APPRECIATION POST ]


17 Disember 2017. Tarikh yang lawa untuk tahun ni. Hehee. Masa tarikh birthday kali ni, ambe ada kursus di Gurun Kedah. 15-20 Disember 2017. 😊

Pada mulanya pelik gak kenapa adik-beradik Indera Bentara ni takk wish pun kann.. Hmm.. Tapi takpalaa.. Tak ingat kut.. Acah tak kisah laa sepanjang hari tu..

Rupa²nya, malam hari 20 Disember tu, sebelum kami pergi ke Stesen Bas Sungai Petani, tetibe ada surprise! Akhi bawak kek SR! 😍😂


Nahhh.. Saja je rupanya tak wish awal² yaa.. Hahahh.. Sabaq ja laa.. Hehee.. 😏

Terima kasih banyak² Akhi, Aiman Amanda, Fatiha dan Hakiim. BarakaLlahulakum fi khair. 😇


"Happy Birthday Srikandi Sofia 23" 😇💕

Secret Recipe : White Chocolate Cake 😋


#SanahHelwahDear
#SrikandiSofia

**muka barai lepas abis kursus 6h5m. 😂


*********************************
[ LATE CELEBRATION ]


Late celebration. 😇
JazakumuLlahu khairan kathira. 💕 #TqAbah
Thanks jugak untuk Jubah², rantai tangan dan keychain ni. 😍

Rantai tangan 'S' stand for Sofia, Sharifah & Shafiai. 🙆 #TqUmi

Keychain Mekah yang berukir nama dalam tulisan arab. 😊 #TqSumah
#171217



AlhamduliLlah. Semoga dengan meningkatnya usia ini, maka seiring dengan peningkatan taqwa kepada-Nya. Moga jadi anak yang soleh, ya Piya. Insya-Allah. J


Wallahua’lam. Terima kasih semua. Salam Mahabbah!

Friday, 15 December 2017

Short Escape : Penang dan Kedah~


BismiLlahirRahmanirRahim~

Assalamualaikum semua J

Alkisahnya sebelum berangkat ke Gurun, Kedah untuk menghadiri Kursus Kemantapan Silibus dan Kenaikan Bengkung PSSPGM, ana dan Aiman Amanda (Junior Sem 5 aka teman sebilik di IPG) menaiki bas dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur pada malam 13 Disember 2017. Manakala, Fatiha (Junior Sem 3) pula menaiki kapal terbang dari Tawau menuju ke Kuala Lumpur pada hari yang sama.


Pada 14 Disember 2017, kami bertiga singgah di Institut Bahasa untuk berehat. Usai solat Zohor, kami bersama Hakiim (Junior Sem 1) dan Cikgu Khalim (Jurulatih Gelanggang Indera Bentara) bertolak ke Junjong, Kedah. Setelah 5 jam perjalanan, kami selamat sampai di Kedah dan bermalam di rumah abang Cikgu Khalim.

Setiap akhir tahun, Pesta Pulau Pinang akan diadakan selama sebulan. Maka, kami mengambil kesempatan ini untuk pergi ke pesta itu pada malam tersebut. Pelbagai gerai jualan yang terdapat di sana. Bahkan bukan itu sahaja, pelbagai hiasan lampu-lampu yang menarik juga merupakan tarikan di pesta tersebut. Tambahan juga, terdapat kawasan Fun Fair yang mempunyai banyak permainan di dalamnya. Sebelum pulang ke rumah, kami singgah di Kedai Char Kuey Teow di Sungai Dua. Umphh~ Memang sedap!



Pada 15 Disember 2017, setelah selesai sarapan, kami berlima bersama anak saudara Cikgu Khalim, Juroish, pergi ke Air Terjun Junjong. Perjalanan kami hanya dalam 10 minit sahaja. Pabila kami sampai ke sana, SUBHANALLAH~ Air terjun dan permandangannya sangat cantik. Airnya pula tentulah sejuk kann.. Hhehe.



Dalam jam 12.00 tengah hari, kami pulang ke rumah dan bersiap-siap untuk ke Gurun, Kedah. Setelah selesai solat Jumaat dan makan tengah hari, kami memulakan perjalanan pada jam 2.00 petang. Dalam perjalanan, Cikgu Khalim membawa kami singgah di Gelanggang Penanti, di mana tempat Cikgu Khalim mula mempelajari silat.


Pada masa yang sama, rezeki kami murah pada hari itu kerana Mak Teh telah memberikan kami rambutan yang segar dan baru diambil daripada pokok. Terima kasih Mak Teh!

Excited betul Aiman dapat rambutan yang segar daripada pokok~ :D

Akhir sekali, terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Khalim yang banyak meluangkan masa, tenaga dan wang di sepanjang perjalanan dari KL-Penang-Kedah. BarakaLlahufik. Sambungan kisah di Kursus Kemantapan Silibus dan Kenaikan Bengkung PSSPGM di entri yang seterusnya yaa.


Wallahua’lam. Terima kasih! <3

Friday, 1 December 2017

Ahlan Wasahlan Disember 2017~

BismiLlahirRahmanirRahim~

Assalamualaikum w.b.r.

SubhanaLlah-AlhamduliLlah-AllahuAkbar

Segala puji-pujian dipanjatkan kepada Allah Azza Wajalla.
Selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia, Nabi Muhammad s.a.w.
~ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ~

Salam Maulidurrasul 1439H dan Ahlan Wasahlan Disember 2017!


Setelah dua tahun lebih tidak mencoretkan di ruangan blog ini,
hari ini ana berjaya masuk dan menulis semula di blog .:Ana Sofea:. ini.

Bak kata orang Ganu, 
"Ye mari wat comeback doh hor leni.
Banyak doh sawang ni hor,
kekgi kena cuci bersih,
wat comel semula laa blog ni."
Hhahaa.

"Selama kita masih punya TEKAD yang terpelihara dalam SEMANGAT,
maka tiada kata TERLAMBAT untuk memulai sebuah AWAL YANG BARU!"

AlhamduliLlah thumma alhamduliLlah. Kini ana pun sudah menamatkan pengajian di IPG Kampus Bahasa Melayu. Setelah 5 tahun 5 bulan belajar dan merantau di bumi Kuala Lumpur demi mengejar cita-cita dan menuntut ilmu.

Doakan semoga dimudahkan segala urusan selepas ini pula :
Konvokesyen, Interview SPP, Posting dan seterusnya....

Maka setakat itulah sahaja dulu untuk entri kali ini.
Bertemu lagi di entri yang seterusnya. Insya-Allah.

Terima kasih sudi jejak ke Blog .:Ana Sofea:. ini. Sekadar coretan biasa-biasa sajaa. Hhehe.. :D

Wallahua'lam. Salam kasih sayang~