BismiLlahirRahmanirRahim~
Hujan lebat. Dah tengah
malam. Aku melihat kipas siling surau yang berpusing. Seperti biasa, aku
keseorangan. Tadi, pak imam dan pak
bilal mengajarkan aku satu ilmu.
Ilmu
Bismillah.
"Kenapa dimulakan
dengan huruf " ba' " yang dipanggil "harf jar" dalam
grammar bahasa arab pada bismillah?"
Pak imam mula menjelaskan.
" Ba' seabjad, yang
bermaksud ' dengan ' tidak Allah ciptakan untuk sia-sia. Seketul Ba'
dirangkaikan dengan Ismullah, menjadilah Bismillah yang bermaksud ' dengan nama
Allah '.
Kita bertemu dengan
bismillah dulu sebelum Al-Fatihah.
Kenapa 'dengan'? Kenapa
bukan penyambung perkataan yang lain? 'Bahawasanya' ke 'sesungguhnya' ke
'justeru' ke 'pada' ke?
Kerana Allah mahu kita mulakan
segalanya yang kita buat DENGAN mengingati diri-Nya. Yes, segala-galanya!
Tak ingat doa makan, doa
tidur pun tak mengapa. Bacalah Bismillah. Ingatlah pada Allah dulu."
Aku mencelah,
"Dalam hati, boleh tak
kalau nak cinta ramai termasuklah Allah?"
Pak bilal jawabkan,
"Kita tak tahu hati tu
ada berapa lapisan sebenarnya. Kita tak nampak hati kita sendiri. Tapi, kita
boleh merasai.
Letaklah Allah di sudut
yang terdalam sekali, diikuti Nabi s.a.w., para sahabat, tabi'in, ulama, ibu
bapa, dan akhir sekali barulah orang yang kita sayang di lapisan yang paling
tipis.
Tapi, kita ni terbalik.
Kita letakkan orang yang paling kita sayang dan cinta di sudut hati yang paling
dalam.
Kita letak isteri kita,
awek kita, tunang kita dalam kerak hati. Padahal sudut yang terdalam itu umpama
bahagian akar hati. Andai akarnya bukan Allah, bila kita kehilangan orang itu,
seluruh jiwa kita akan hancur berkecai dan perlukan masa untuk binanya semula.
Tapi, jika akarnya adalah Allah, hilang atau mati seseorang yang kita sayang
sekalipun, iman tiada terjejas. Air mata maybe mengalir, tapi kau tetap teguh
berdiri."
Pak imam mencelah,
"Itulah ertinya
Bismillah. Mulakan dengan ingati Allah, letakkan Allah di dasar hati paling
dalam."
Aku letakkan tanganku ke
dada.
Cuba rasa hati sendiri.
"Siapa yang berada
dalam lubuk hatiku yang paling dalam sekarang? Allah atau insan?"
Andai insanlah jawabnya,
ternyata aku tergolong dalam orang-orang yang tersungkur tewas.
Sedih.
Pejam mata. Air mata
mengalir.
Sharing post from : |EncikSederhana|
---------
Cek hati masing-masing.. AllahuRabbi.. NastaghfiruLlah..
Wallahua'lam <3
No comments:
Post a Comment