BismiLlahirRahmanirRahim~
Jam pukul 11.30 malam.
Aku keseorangan seperti biasa di
surau. Tempoh pertapaanku di surau masih berbaki 20 hari hingga hujung bulan.
Aku keluarkan fon aku.
Teringat cikgu tadika sebelah
rumah. Perlukah aku mesej dia?
Perlukah? Perlu ke tak perlu? Nak
ke tak nak?
Tap tap tap.
Jari menaip di skrin fon.
"Rindu."
Tangan gigil sikit. Nak send ke
tak nak ni?
Pejam mata, tekan send laju-laju.
5 minit.
10 minit.
Tiada balasan.
15 minit. Ding! Bunyi mesej
direply. Aku segera buka mata. Buka sebelah mata. Tangan buka inbox.
"Assalamulaikum. Peliknya.
Tak pernah-pernah kamu hantar mesej dekat mak cakap rindu?"
Hah? Mak?
Aku tengok balik fon. Aduh,
terhantar dekat mak pulak. Masuk mesej lagi. Dari mak.
"Mak selalu rindu anak-anak
mak. Termasuk kamu. Jangan lupa makan, jangan lupa solat."
Bungkam sendiri. Sebak. Aku bukan
orang yang selalu hubungi mak ayah ucapkan rindu dan sayang. Ingatkan kalau
hantar dekat mak ayah, mereka takkan reply.
Sobs. Tacim. Ego seorang lelaki
punah malam ini. Masa mak ada, tak pula nak ucap sayang dan rindu. Bila dah tak
ada, barulah tercari-cari, merindu-rindu.
Pak imam ada kata,
"Nabi s.a.w. tak
berkesempatan ucapkan rindu dan sayang pada ibu dan ayahnya. Lalu, dilantunkan
rindu itu melalui doa.
Tapi, kita. Doa untuk pasangan
lebih besar dari doa untuk ibu bapa. Astaghfirullah.
Sedangkan doa ibu bapa untuk kita
berpanjangan hatta setelah mereka dah tiada. Sabda Nabi s.a.w.:
“Sesungguhnya amal kamu
dibentangkan kepada keluarga dan kaum kerabat kamu yang telah mati; maka jika
amal perbuatan kamu itu baik, mereka gembira mengetahuinya, dan jika
sebaliknya, mereka (berdoa untuk kamu dengan) berkata: “Ya Allah Ya Tuhan kami,
berilah kaum kerabat kami yang hidup itu hidayah petunjuk, seperti mana Engkau
sudah memberi hidayah petunjuk kepada kami (sehingga kami mati dalam iman).”
(Hadis riwayat Imam Ahmad dan al-Tirmizi)."
Terngiang-ngiang kata-kata pak
imam.
Lepas pak imam berkata tu, pak
bilal pula pergi azan masuk waktu. Terpelanting habis syaiton di telingaku masa
tu.
Oklah. Tak jadi mesej cikgu
tadika.
Mungkin lebih baik begitu.
Pendam.
Kongsi Cerita Encik Sederhana :)
---------------------
Pendam,
Biarlah
ku tetap memendam,
Biar
jua menjadi resam,
Kala
tunasnya mula berputik,
Kucantas
rasa dari subur meracun,
Bunga
taqwa yang semusim kunanti kembangnya,
Usah
layu...
Diam,
Dan
tetap ku berdiam,
Kerana
tidak semuanya bias dilafazkan,
Adakalanya
bahasa tubuh lebih telus,
Dari
bicara kata yang terluahkan...
Ummi
abah..Akak rindu..Fii hifziLlah..Wallahua’lam..Salam Mahabbah <3