Bismillahirahmanirahim.
-------------------
Dia Pilih aku.
Allah, Kau pilih diriku dalam berjuta-juta manusia
di dunia ini. Ya Allah betapa aku bertuah. Betapa aku bersyukur.
Ya Allah tika kau pilih aku, aku mohon, jangan
pernah kau pesongkan lagi hati ini. Moga hati ini sentiasa dalam dakapan-Mu.
10 tahun lalu, aku
tak menyangka inilah jalan yang Allah rencanakan untuk aku lalui,
10 tahun lalu, tak
terbayang aku akan mendapat hadiah terindah dari-Nya.
Mengimbas kembali, zaman “kelam” itu, air mata
menitis,
Ya Allah, rapuhnya aku. Lemahnya aku. Lalai dengan
dunia. Dunia ini memang banyak manisnya hingga kadang mata buta melihat
pahitnya dunia ini. Melihat kembali gambar-gambar lama, sedih sendiri.
Walaupun ia nampak kecil, tapi apabila kita tak
menepati syariat Allah dan apabila Allah sentuh hati kita, satu saat kita akan
rasa bersalah.
Ujian demi ujian membuatkan aku mengerti,
kasih sayang Allah teriring selalu dalam mujahadah ini. Kadang kala ku tertanya
sediri, ‘mengapa sukarnya hati ini istiqamah?’. Jawapan yang sudah ada dalam
diri.
Kamu tak
letak Allah sebagai yang Pertama dihati kamu.
Jika dulu aku mengeluh dan tertanya-tanya, mengapa
itu, kenapa ini. Kini aku diam. Diam dan bermuhasabah, kafarah dosa barangkali.
Lalu air mata mengalir lagi, benar-benar jika air
mata ini mengalir buat mengenangkan dosa lalu. Sungguh ada satu kedamaian
padanya. Benarlah proses menjadi hamba yang luar biasa itu lama. Lama.
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja)
mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?. Dan
sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya
Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui
orang-orang yang dusta.
(AL-’ANKABUUT, ayat 2-3)
Selama ini selalu dengar orang cakap, bangunlah
tahajud. Itu juga sumber kekuatan sebenarnya. Nak cuba, tapi selalu
terbabas. Namun saat Allah bagi peluang, kuatkanlah diri dan hati.
Ya memang tenang saat semua terlena, kita
berbicara dengan-NYa. Satu detik yang kita perlu lalui sendiri. Tak terucap
indahnya. SubhanaLlah.
Wahai sahabat, saat Allah menghadirkan satu “rasa”,
rasa yang mana kamu sendiri tak tahu kenapa dia hadir, saat kamu sendiri
tertanya apa itu?
Mungkin itu hidayah
dari Allah, boleh jadi ia hadir saat kamu terpandang, terbaca sesuatu. Aku
mohon jangan abaikan rasa itu, kerana kita sendiri tak tahu bilakah lagi rasa
itu akan kembali. Kembali menerjah ruang hati ini.
Saat kamu mula melangkah memasuki medan mujahadah
bersedialah. Bersedialah dengan ujian-ujian Allah. Moga kita sentiasa dalam
lindungan-Nya. InsyaAllah.
Moga Allah lemparkan kekuatan pada hati-hati kita.
Allahu. Moga Allah redha. J
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya
tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan”
(Surah al-Insyirah, ayat 6)
************************
Sekadar berkongsi betapa nikmatnya ujian itu apabila
ia berjaya membawa kita kembali ke pangkuan Ilahi.
Moga Allah redha dengan perkongsian ini. Maaf andai
diri terkhilaf, kerana aku manusia apabila yang kadang-kadang kerapuhan itu
hadir.
Moga Allah melebarkan sayap kasih sayang-Nya
buat kita semua. Allahumma ameen~
--------------------------
Wallahua’lam.
Sebarkan Cinta-Nya. Salam Mahabbah <3
No comments:
Post a Comment