BismiLlahirRahmanirRahim~

Sunday, 16 February 2014

Dia Pilih Aku~


Bismillahirahmanirahim.




-------------------

Dia Pilih aku.


Allah, Kau pilih diriku dalam berjuta-juta manusia di dunia ini. Ya Allah betapa aku bertuah. Betapa aku bersyukur.
Ya Allah tika kau pilih aku, aku mohon, jangan pernah kau pesongkan lagi hati ini. Moga hati ini sentiasa dalam dakapan-Mu.


10 tahun lalu, aku tak menyangka inilah jalan yang Allah rencanakan untuk aku lalui,
10 tahun lalu, tak terbayang aku akan mendapat hadiah terindah dari-Nya.


Mengimbas kembali, zaman “kelam” itu, air mata menitis,

Ya Allah, rapuhnya aku. Lemahnya aku. Lalai dengan dunia. Dunia ini memang banyak manisnya hingga kadang mata buta melihat pahitnya dunia ini. Melihat kembali gambar-gambar lama, sedih sendiri.

Walaupun ia nampak kecil, tapi apabila kita tak menepati syariat Allah dan apabila Allah sentuh hati kita, satu saat kita akan rasa bersalah.

Ujian demi ujian membuatkan aku mengerti, kasih sayang Allah teriring selalu dalam mujahadah ini. Kadang kala ku tertanya sediri, ‘mengapa sukarnya hati ini istiqamah?’. Jawapan yang sudah ada dalam diri.


Kamu tak letak Allah sebagai yang Pertama dihati kamu.


Jika dulu aku mengeluh dan tertanya-tanya, mengapa itu, kenapa ini. Kini aku diam. Diam dan bermuhasabah, kafarah dosa barangkali.



Lalu air mata mengalir lagi, benar-benar jika air mata ini mengalir buat mengenangkan dosa lalu. Sungguh ada satu kedamaian padanya. Benarlah proses menjadi hamba yang luar biasa itu lama. Lama.


Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

(AL-’ANKABUUT, ayat 2-3)


Selama ini selalu dengar orang cakap, bangunlah tahajud. Itu juga sumber kekuatan sebenarnya. Nak cuba, tapi selalu terbabas. Namun saat Allah bagi peluang, kuatkanlah diri dan hati.

Ya memang tenang saat semua terlena, kita berbicara dengan-NYa. Satu detik yang kita perlu lalui sendiri. Tak terucap indahnya. SubhanaLlah.

Wahai sahabat, saat Allah menghadirkan satu “rasa”, rasa yang mana kamu sendiri tak tahu kenapa dia hadir, saat kamu sendiri tertanya apa itu?

Mungkin itu hidayah dari Allah, boleh jadi ia hadir saat kamu terpandang, terbaca sesuatu. Aku mohon jangan abaikan rasa itu, kerana kita sendiri tak tahu bilakah lagi rasa itu akan kembali. Kembali menerjah ruang hati ini.

Saat kamu mula melangkah memasuki medan mujahadah bersedialah. Bersedialah dengan ujian-ujian Allah. Moga kita sentiasa dalam lindungan-Nya. InsyaAllah.

Moga Allah lemparkan kekuatan pada hati-hati kita. Allahu. Moga Allah redha. J


Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan” 

(Surah al-Insyirah, ayat 6)






************************



Sekadar berkongsi betapa nikmatnya ujian itu apabila ia berjaya membawa kita kembali ke pangkuan Ilahi.

Moga Allah redha dengan perkongsian ini. Maaf andai diri terkhilaf, kerana aku manusia apabila yang kadang-kadang kerapuhan itu hadir.

Moga Allah melebarkan sayap kasih sayang-Nya buat kita semua. Allahumma ameen~

--------------------------

Wallahua’lam. Sebarkan Cinta-Nya. Salam Mahabbah <3


Note : Perkongsian daripada Blog Aku Islam J

Tuesday, 4 February 2014

SUKiPT : Pencak Silat~

Assalamualaikum dan Salam seGayong :)


Tanggal 3 Februari 2014 telah menjadi saksi apabila sekali lagi UiTM dipilih menjadi tuan rumah bagi Majlis Perasmian SUKIPT 2014. Majlis Perasmian Pembukaan SUKIPT telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pendidikan Malaysia YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin b. Hj. Mohd Yassin bertempat di Stadium UiTM Shah Alam.
Dianggarkan sebanyak 104 kontinjen, 8,000 atlet, 2,500 pegawai dan 1,500 sukarelawan bakal memeriahkan SUKIPT 2014 pada kali ini yang bakal membuka tirai pertandingan pada 5 Februari 2014. Sebanyak 251 pingat emas bakal dipertandingan pada edisi kali ini.

----------------------


DEFINISI LOGO

·   Warna biru pada perkataan 'SUK' melambangkan satu kejohanan sukan yang mementingkan perpaduan yang kukuh dan semangat kesukanan yang tinggi di kalangan atlit bertanding.
·    Warna merah pada perkataan 'IPT' melambangkan semangat membara di kalangan individu yang menjayakan SUKIPT.
·   Huruf 'i' melambangkan IPT di seluruh Malaysia disertakan dengan golongan intelek yang akan terlibat dengan kejohanan ini.
·      Gelung dinamik dengan pecahan 5 kelopak di atas huruf 'i' melambangkan kerjasama utuh antara KPT dengan 4 majlis-majlis sukan IPT dalam menjayakan kejohanan ini. 

------------------



AlhamduliLlah. Buat pertama kalinya Gelanggang Indera Bentara menghantar wakil ke Pertandingan Sukan Institut Pengajian Tinggi (SukIPT) yang berlangsung pada 3-16 Februari 2014. Selamat maju jaya dan selamat berjuang kepada Pendekar serta Srikandi Gelanggang Indera Bentara iaitu saudara Firdaus dan Wira serta saudari Cecile dan Sahira.

Kami adik-beradik keluarga Gayong Indera Bentara sentiasa mendoakan kejayaan kalian dan menyokong sepenuh jiwa raga kami. Timbalah pengalaman yang berharga ini untuk kenangan pada masa akan datang dan pasti ia akan menyuntik semangat adik-beradik yang lain untuk turut serta dalam pertandingan yang seterusnya.


Kejayaan akan mengiringi orang-orang yang berusaha kerana
orang yang berusaha itu ialah mereka yang berjaya.


Wallahua’lam. Salam Perjuangan J