Coretan kali ini dimulakan dengan
menyebut nama-Mu Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad sollallahu ’alaihi wasallam serta keluarga baginda. Semoga kalian
semua berada dalam naungan kasih sayang Ilahi. J
Alkisahnya pada 26 Januari yang
lalu, ana bersama barisan Majlis Tertinggi Gelanggang Indera Bentara **Page Facebook / Blog Indera Bentara** (Persatuan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia-PSSPGM)
telah memulakan perjalanan kami ke Bukit Broga yang terletak di Semenyih,
Selangor.
Kami bergerak keluar dari IPG pada
jam 8.30 pagi seusai kami bersarapan di sebuah kedai makan yang berhampiran. Perjalanan
kami dari Lembah Pantai menuju ke Semenyih
mengambil masa kira-kira satu jam.
Apabila kami sampai di Bukit
Broga, kami dapat lihat betapa ramainya orang yang berada di situ untuk berekreasi
mendaki bukit. Hal ini dapat dikukuhkan lagi dengan hampir kesemua tempat
parking yang disediakan adalah PENUH!! Ditambah pula dengan deretan kereta yang
diparking di tepi-tepi jalan raya kerana sudah tidak ada ruang kosong di tempat
parking yang disediakan.
Kami :)
Di samping itu, terdapat juga dua
kumpulan pelajar sekolah yang membuat aktiviti pendakian bukit ini iaitu MRSM
Felda yang terletak di negeri Perak dan MRSM Serting, Negeri Sembilan. Hal ini
boleh dijadikan contoh yang baik kerana para pelajar turut dilatih untuk
terlibat dengan aktiviti ko-kurikulum, di samping penekanan diberikan dalam
bidang akademik. (Ni bunyi dah macam cikgu bercakap..hhehe..) Pepatah Arab ada
mengatakan :
**Al-aqlu saleem,
fi jismi saleem**
**Akal
yang cerdas terletak pada badan yang cergas**
Tanpa bercakap lebih panjang,
kami seramai tujuh orang adik-beradik gayong memulakan langkah kami mendaki BUKIT BROGA pada jam 9.30 pagi. Sebenarnya
kalau nak sedap (macamlaa boleh rasa :P ), pendakian boleh dimulakan pada awal
pagi seperti jam 6.30 pagi. Hal ini kerana pabila kita dah sampai di puncak
sana, kita dapat melihat SUNRISE!! Kan BEST bunyinya tuu.. :D
Kemudian, pada beberapa ketika,
kita boleh memilih untuk menggunakan jalan A atau jalan B. Salah satu jalan
merupakan jalan yang lebih mencabar seperti lebih curam.
Pelajar MRSM
Penatt mendaki ke? hhehe :P
Antara laluan yang kami perlu harungi~
PERINGATAN!! Sila pastikan kasut yang anda pakai
semasa pendakian adalah kasut yang bersesuaian. Lebih baik jika tapak kasut
anda mempunyai ‘grip’ (cengkaman) yang kuat. Ataupun lebih senang mengatakan jika
anda menggunakan kasut khas untuk ‘hiking’. Hal ini kerana hampir 75%
perjalanan anda akan melalui jalan tanah yang kering kontang, berdebu, berbukit
curam. Maka nanti pendakian anda akan lebih lancar dan selamat. Kalau tidak,
andai tidak bernasib baik, anda boleh tergelincir atau terjatuh kerana permukaannya
yang agak licin.
P/S : Keadaan ini tidak perlu dibimbangkan kerana pada waktu itu cuaca panas yang menyebabkan
permukaan tanah sedikit kering.
Ekspedisi kami :)
Rakaman Video Aksi Tempur :)
Aksi mengunci Awie~
Rakaman Video Bunga Teratai Di Atas Hamparan Batu Bukit Broga :)
Setelah lebih kurang satu jam
pendakian, kami berjaya sampai ke puncak Bukit Broga. TAHNIAH dan SYABAS kepada semua adik beradik gayong Indera Bentara kerana cekal dan kuat menempuh
cabaran sepanjang perjalanan menuju puncak bukit ini. Ada di satu tempat tu,
kami perlu mendaki bukit yang agak tinggi dan curam yang tidak ada tali atau
pokok untuk kami berpegang padanya.
Semasa menuruni bukit~
Laluan ber'tangga'~
Ekspresi menggambarkan segalanya~
Semasa mendaki separuh perjalanan, sahabatku
Sahira, langsung tidak boleh tengok ke bawah. GAYAT!! Lantas pendakian tu diteruskan sehingga sampai ke kawasan lapang di atas
bukit tersebut. Huh!! Terasa lemah lutut dan semangat semasa memanjat bukit tu.
Taaaaapi, pabila dah sampai di atas puncak Bukit Broga, alhamduliLlah. Terasa nikmatnya.
SubhanaLlah. AlhamduliLlah. Allahuakbar! Betapa besarnya keagungan-Nya yang Maha Pencipta dan Berkuasa terhadap segala yang ada di alam semesta ini.
**AMAZING**
Pendekar~
Sebahagian adik beradik Indera Bentara~
**we're happy family**
Kakak-kakak ana :D
Abang-abang :)
Kami mengambil masa dalam satu
jam untuk sampai ke puncak dan meluangkan masa di sana untuk beberapa ketika. Pabila
jarum jam menunjukkan pukul 11.30 pagi, kami mula bergerak untuk menuruni Bukit
Broga.
AlhamduliLlah, cuaca pada hari
itu sangatlah baik kerana kami tidaklah terlalu panas dek pancaran sang suria. Sepanjang
pendakian tersebut, kami dapat berjumpa dengan ramai orang termasuklah
pelancong warga Eropah, pelajar IPG Kampus Agama Islam, Bangi serta kanak-kanak
kecil turut mendaki Bukit Broga. Di tengah penat lelah kami mendaki, bagi ana, kanak-kanak
kecil itulah yang menjadi antara sumber perangsang semangat untuk terus
berusaha mendaki kerana hati membisik :
‘Jika anak kecil tu boleh sampai ke puncak, apatah
lagi ana.
Pucuk pangkalnya, teruskan berusaha, kuat dan
jangan berputus asa!’.
--------------
Khalifah Muda / Presiden Persatuan / Jurulatih Gelanggang :)
Saudara Abdul Khalim bin Abdul Razak
Jurulatih / Jurupandu ekspedisi :)
Saudara Faiz Azis
Bendahari Persatuan :)
Saudara Aiman
Jurulatih Muda :)
Saudara Muhd Nawawi
-----------------------
Timbalan Presiden Persatuan :)
Saudari Mahirah Waily
Timbalan Setiausaha Persatuan :)
Saudari Sahira a/p Lim Laun How
Exco Srikandi & Helwani Persatuan :)
Ana Sofea
Seterusnya, sebelum pulang ke
IPG, kami singgah di Kajang untuk menikmati ABC dan ais cendol.
**Slurpp**
Deduksinya,
diharapkan selepas ini kita dapat merancang lagi aktiviti seperti ini yang
dapat mengeratkan ukhuwah sesama kita, di samping dapat menyihatkan tubuh
badan.
-------------------
Bicara Sofea : Pendakian
ini seperti perjalanan kehidupan kita di dunia yang fana ini. Di sepanjang
perjalanan, kita akan dihalangi dengan ranting-ranting pokok, batu-batu besar
serta perlu mendaki bukit yang curam. Seperti mana dalam kehidupan sebenar, pasti
kita akan menghadapi dugaan, cabaran dan ujian hidup. Pabila kita terasa lemah
atau rebah, bangkitlah dan kuatlah demi DIA.
Sesuatu ujian
dititipkan untuk kita adalah bukan untuk melemahkan kita, bahkan tetapi adalah
untuk menjadikan kita lebih kuat. Mungkin sebelum ini kita tidak sedar akan
keupayaan dan kebolehan kita, namun
setelah diuji, barulah kita sedar bahawa kita adalah orang yang kuat. Perkara
yang paling penting sekali adalah jangan sesekali berputus asa. Hal ini kerana
jika perkara tersebut berlaku, maka kita akan kalah dan tidak berjaya.
Ingatlah! Kejayaan
tidak akan kita kecapi jika diri kita sendiri tidak berusaha dan bangkit
menghadapi cabaran hidup. Hidup tanpa diuji adalah sama dengan kertas kosong
yang tiada warna. Kusam. Maka, setiap ujian inilah yang akan memberikan
warna-warni kehidupan kita agar ia lebih bermakna dan setiap ujian itu akan
mengangkat darjat kita jika kita dapat mengatasinya dengan izin Allah.
Untuk adik
beradik gayong, jazakaLlahu khairan jazak atas segalanya. Moga ukhuwah kita terjalin
dengan redha Ilahi. Selepas ni bolehlah kita buat program dengan semua adik
beradik gayong Indera Bentara bersama Cikgu Azrul pulak ya J
Wallahua’lam. Wassalam <3