BismiLlahirRahmanirRahim~

Thursday, 12 December 2013

Enta, Bila Nak Bercinta?







Adrianna Rifqah.


Rian gadis cantik. Secantik namanya. Walaupun wataknya kasar, tapi jiwanya lembut. Sepadan namanya. Rifqah, kelembutan. Tamat Sijil Pelajaran Malaysia, dia ditawarkan melanjutkan pelajaran ke salah sebuah universiti di luar negara dalam bidang perubatan. Dia bukanlah minat sangat, tapi itulah kehendak ibu bapanya. Dia menurut sahaja. Fikirannya hanya satu, asalkan ibu bapanya gembira, dia gembira.
bercinta
bercinta | A Beautiful Day by ~Doroty86 (devianart)
Kehidupan Rian di sana cukup sibuk dengan belajar sahaja, berpenampilan sederhana dan…. SIMPLE. Kawannya cuma seorang, Fatin. Dia kurang bergaul dengan orang. Bukan kerana dia skema, nerd, sombong dan bla bla bla. Bukan. Bukan itu. Sebabnya cuma satu. Dia…. PEMALU dan TEGAS!.
Senyumnya mahal. Kalau orang buat lawak dalam kelas, even satu kelas gelak terbahak-bahak. Dia cuma senyum tipis.. mungkin fake smile, sekadar menyedapkan hati orang yang buat lawak. Selama 2 tahun duduk di luar negara, cuma sekali dia pulang ke Malaysia. Sekali. Besi sungguh hatinya. Bila diajak Fatin untuk pulang, jawabnya, “Aku malas”.

Bukan kerana hubungannya dengan keluarganya tak baik yang menyebabkan dia malas pulang. Lebih dari baik. Boleh kata tiap-tiap minggu dia buat panggilan ke Malaysia. Dan boleh kata tiap-tiap hari berskypping dengan keluarga tercinta. Tiap-tiap hari weyh. Itupun kalau dia tidak sibuk dengan assignments, discussions laaa.. Kalau. Mereka cukup rapat. Bagai isi dengan kuku. LOL! Tapi cuma sebab dia malas nak packing barang, malas nak berlama-lama dalam flight, malas nak itu, malas nak ini. Malas! Heh…
Kini umurnya menginjak 21 tahun. Tiada teman istimewa. Tiada PJJ (Percintaan Jarak Jauh). Tiada boyfriend (kawan lelaki). Tiada.
Ada juga kawan-kawan lelaki bertanya tentangnya daripada Fatin. Tapi tiap kali nak dikenalkan dengan dengan seseorang, jawabnya tetap itu,
“No relationship before marriage. Unless you dah prepare mental & physical for marriage. Biar ada matlamat. Biar ada tujuan. Bukan suka-suka. Realiti sebuah percintaan adalah perkahwinan, selagi you tak ada usaha ke arah itu, cinta tak lebih dari sebuah mimpi, sebuah kata kosong, yang tiada rohnya. Kalau belum ready jangan dekat. Jangan.
Lagipun Allah dah sebut dalam Quran dalam surah Al-Isra’ ayat 32 tak silap aku, ‘Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji’. Aku tahu aku belum completely ready. Mental , physical and spiritual. Spiritual tu yang paling penting. Banyak kurang lagi weyh. Bacaan dalam solat pun belum semuanya aku faham. Puasa sunat pun kadang-kadang je aku buat. Zikir pun lepas solat je aku amalkan. Bila waktu senggang aku still jugak dengar lagu ntah ape-ape ntah tu.”
Fatin diam, “Hmmm..betul jugak. Tapi bukan bukan ke orang dok cakap bila kita kahwin, our partner yang akan membimbing dan menyempurnakan hidup kita? Bukan gitu?”
Rian senyum, “Memanglah. Tapi kalau dia je yang super soleh plus alim tahap ala-ala Imam Muda tu tapi kita ni kurang sana, kurang sini tak aci la Fatin. Dia punya la doa tiap-tiap hari mintak Allah temukan dia dengan wanita solehah, tup tup dapat kita yang ntah ape-ape ntah ni. Alahai, kesian kot! Kalau kita nak yang soleh, kita pun kena jadi solehah la. Baru fair. Aku nak la yang soleh, yang boleh bimbing aku. Holding my hands to HIS Jannah. Tak tau la kau ….. “
Fatin jeling manja, “Aku pun nak….. Heeee….”

Senyum sampai bintang. ^^

……………………………………………………
Aniq Afnan.
Budak seuniversiti Rian. Presiden BADAR. Penuntut jurusan Psycology. Terkenal dengan aktiviti tarbiyah dan dakwah. Famous. Kacak. Dan alim. Boleh kata pilihan mak-mak untuk dibuat menantu. Tapi kalau tanya Rian, belum tentu dia tahu. Belum tentu dia kenal. Belum tentu. Atau  tentu-tentu dia tak pernah tahu. Alahai Rian….
Aniq panggilannya. Rajin pergi library. Budak Dean List. Selalu jadi rujukan budak-budak junior bila tak faham subjek. Umurnya sudah mencecah 24 tahun. Tapi masih belum berpunya. Senang kata, seluruh jiwa dan cintanya kini cuma untuk Yang Maha Mencinta, Rasul dan keluarganya. Dan tak lupa, rakan-rakan seperjuangannya.
Rakan-rakan seakidahnya. Bukan tak ada yang cuba mendekati. Bukan tak ada yang terlebih mengambil berat. Bukan tak ada. Dia yang belum mahu. Dia yang belum mengorak langkah. Baginya perkahwinan masih jauh. Prioritinya kini hanya satu, mancapai mardhatillah. Perjuangan dakwah memerlukan pemuda seperti dia. Dia tahu itu. Usia mudanya takkan dipersia.
Ada juga yang bertanya, bila enta nak kahwin. Bila enta nak bina Baitul Muslim. Bila enta nak bina masjid. Bila. Bila. Bila. Dan paling tak boleh tahan, bila pernah satu hari teman rapatnya Ammar bertanya, saja menduga.

Bila enta nak bercinta?

Aniq cuma senyum, “Ana akan bercinta lepas ‘Aku terima Nikahnya”.
Ammar gelak girang, “Kelasss jawapan enta. Haha…”
Aniq sampai kini tetap pegang kata temannya sewaktu tahun Pertama di universiti dulu. Masa dia masih berjinak-jinak dengan dunia tarbiyah dan dakwah.
“Enta, jalan dakwah ni sumpah panjang. Ada masa kita kat atas. Ada masa kita kat bawah. Ada masa kita diuji bertalu-talu. Dihentam sekuat-kuat. Tapi ingatlah, waktu itulah Allah nak kita lebih dekat denganNya. Ujian mungkin saja datang dalam bentuk kekurangan harta dan hubungan dengan manusia dan macam-macam lagi.
Paling berat bila kita diuji dengan wanita. Wanita ni, sekali kita terjerat. Habislah enta. Habis. Kita kena pandai kawal. Allah dah sebut dalam Quran surah An-Nur ayat 26 ‘Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-laki yang baik dan lelaki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)’.
Enta nak yang baik, jadilah yang baik. Jaga pandangan. Jaga peribadi. Wanita solehah tu mahal jiddan. Mahal. Tapi syurga lagi mahal… hehe.. “
Ketawa. Sembunyi duka. ^^

…………………………………………………………

“Aduhh.. Mane pulak nota kuliah aku ni. Tadi macam bawak sekali dengan lappy ni”.
Bingung Rian. Tertinggal nota kuliahnya entah di mana. Sekejap lagi kelas nak mula. Digaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Tiba-tiba..
“Assalamualaikum, enti Adrianna Rifqah?” tanya Aniq.
“Waalaikumsalam. Just call me Rian. Yup, any probs?” terkejut Rian. Entah dari mana lelaki ini datang. Tahu pula nama penuhnya. Tambah bingung Rianna! Cuba disembunyikan riak wajahnya yang kebingungan.
“Ni nota enti rasanya. Tadi enti tertinggal dekat cafĂ©. Ana cuba kejar. Ana panggil. Enti tak perasan mungkin. Nah, ambillah” Aniq hulur nota kuliah milik Rian. Terpegun seketika dengan kecantikan Rian. Lantas cepat-cepat dia beristighfar. Ujian Aniq. Ujian.
Allah dah berfirman dalam Al-Quran surah An-Nur ayat 30 supaya jaga pandangan, ‘Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.’
“Ohh, iyeke? Terima kasih banyak-banyak. Nama awak? Eh… Err.. Nama enta?” Rian malu. Aduhhh..Rian, apasal kau gatal-gatal tanya nama dia ni, cakap terima kasih cukupla. Siap berenta enti bagai. Kain pelikat betullah!
“Afwan. Aniq Afnan. Panggil Aniq saja. Okeylah, ana mintak diri dulu. Oh, Rian! By the way, laju betul enti jalan. Kena kejar hantu ke? Ke practise nak masuk lumba lari?  Jangan marah. Assalamualaikum” Aniq senyum dan terus berlalu. Mengah dia mengejar Rian tadi. Tapi entah kenapa dia senang melihat wajah itu. Ayu. Dia takkan lupa pemilik wajah ayu itu. Adrianna Rifqah.
“Waalaikumsalam” lambat-lambat Rian jawab. Masih bingung agaknya. Malu pun ada. Pertama kali dia ditegur begitu. Laju sangat ke dia jalan? Dipanggil pun dia tak dengar.  Nah! Baru dia teringat, telinga disumbat earphone rupanya. Patutlah… LOL!
Dalam hati Rian berbisik, “Hensem jugak. Alim pulak tu.”.
Pantas diusir perasaan itu.  Entah-entah dah berpunya. Rian sengih. Sejak bila kau pandai fikir benda-benda macam ni Rian! Heh…
Pertemuan dan perpisahan itu kerana Allah. ^^
…………………………………………………………..

“Enta, ana rasa ana dah ready. Tapi ana first time rasa macam ni. Enta rasa betul tak perasaan ana ni?” tanya Aniq pada Ammar.
“Cop! Ape yang ready? Ape yang first time? Ape yang betul ni?” bingung Ammar. Tiba-tiba Aniq meluah perkara yang jarang-jarang didengar dipendengarannya.
“Aduhh..malu pulak ana nak start cerita. Enta jangan gelak tau! ” ujar Aniq segan-segan.
“Pulak dah. Nak malu apenye. Okey, cerita la. Ana dengar. Mesti ada something ni.. Hehe” sengih Ammar melihat gelagat temannya.
“Ana hajat nak taaruf dengan seseorang. Student medic. Rian. Adrianna Rifqah”  terluah juga akhirnya perasaan yang terbuku di hati Aniq. Lega.
“Alhamdulillah! Akhirnya..Ana tumpang gembira. Hehe. Tapi ape nama dia tadi? Rian? Adrianna? Eh, itu budak kelas ana. Macam mana enta kenal?” terkejut Ammar. Budak paling sopan dalam kelas. Tak banyak cakap. Bercakap dengan lelaki? Memang ada, tapi bila perlu. Bila ada urusan. Lain-lain masa memang susah nak dengar. Memang susah.
Aniq bercerita dari A to Z. Peristiwa yang sudah sebulan berlalu.
“Ana tak tau. Ana cuba tolak perasaan ni. Mula-mula ana tak yakin. Ana buat istikharah. Minta Allah beri petunjuk. Tapi, lepas dah beberapa kali ana buat, hati ana kuat ke arah dia. Enta rasa ana perlu teruskan ke hasrat ana ni? ” tanya Aniq.
“Beginilah. Ana cuba cakap dengan Fatin. Fatin tu kawan baik Rian. Suruh Fatin tanyakan. Enta betul-betul ni?” tanya Ammar lagi.
“InsyaAllah. Ana yakin. Proceed. ” Aniq lega. Moga-moga ini yang terbaik untuknya.
Bintang hati bergemerlapan. Terasa cahaya bulan terlebih terang. ^^
………………………………………………………
Seusai solat sunat, Rian panjat doa kepada Yang Maha Mencinta. Pintanya kini hanya satu. Moga ini yang terbaik untuknya.
“Fatin, how come kami boleh ada perasaan yang sama ya? Aku tak sangka pulak dia rasa benda yang sama. Its soo miracle kan? Aku dah buat istikharah. Aku dah tanya mak ayah aku. And they said, right after aku bagi no phone tu dia terus call mak ayah aku. And you know what, diorang suruh balik this summer. For engagement . And its mean lagi sebulan Fatin. Sebulan. Maknanya…”
Sebulan lagi summer. Summer nanti tunang. Means, sebulan lagi nak tunang. FUH!
Takdir Allah unexpected. ^^
……………………………………………………
Sebulan berlalu.
“Doakan ana tau enta! Rasa dup dap je jantung ni. Doakan Allah mudahkan urusan ana.” pinta Aniq.
“InsyaAllah. Ana selalu doakan. Enta baik-baik. Buat-buat cool je even hati tu macam nak meletop. Haha.. And by the way kalau dah nak bercinta nanti bagitahu tau! Hehe.. ” senyum bahagia Ammar melihat temannya.
“What? Bercinta? Tak paham.. Ana bila waktu genting rasa tak boleh nak fikir ape-ape dah. Explain please Ammar Dzakirin.” Aniq tak faham.
“Enta ni, buat-buat lupa pulak dah. Ala, dulu kan enta kata. Enta nak bercinta lepas ‘Aku terima Nikahnya’. Hehe.. So, nanti kalau dah confirm tarikh ‘Aku terima Nikahnya Adrianna Rifqah’ bagitau naaaa… hehe..” Ammar gelak riang.
“Pandai enta gurau. Haha.. InsyaAllah! Pasti. ” jawab Aniq penuh yakin.
Pagi-pagi dia sudah menelefon Ammar. Nak tenangkan hati. Haha. Berdebar rasanya. Dia bakal menjadi tunangan orang.
 Aniq bermonolog.
“Ya Rabbul Izzati.. Temukanlah kami dalam keadaan yang mulia dan diredhai olehMU…. Amiinn…”
Sempat disisipkan nota hati buat bakal isterinya, Adrianna Rifqah bersama-sama cincin hantaran tunang.
“Alhamdulillah. Buat masa sekarang ni kita setuju buat agreement yang saya jaga diri saya dan awak akan jaga diri awak . Dan berdoa moga ALLAH yang akan pelihara kita. Nanti bila tiba masanya saya akan jaga awak dan awak akan jaga saya dan ALLAH akan meredhai kita. Moga-moga.”
Adrianna Rifqah senyum bahagia. Tak sabar menunggu hari bahagia. Winter nanti.
Miraclenya aturan Allah. ^^
Subhanallah!
……………………………………………….
Alhamdulillah,
Syukur... :)

No comments: