BismiLlahirRahmanirRahim~
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ~
Assalamualaikum w.b.r. :)
Daripada Abu Hurairah r.a., sesungguhnya Nabi
S.A.W. telah bersabda : “Hak seorang muslim terhadap muslim yang lain ada enam.
Sahabat bertanya : “Apakah dia wahai Rasulullah?”. Jawab baginda : “Apabila
engkau berjumpa dengannya, berilah salam. Apabila dia menjemput ke rumahnya,
hendaklah engkau terima (jemputan). Apabila dia meminta nasihat, berilah
nasihat kepadanya. Apabila dia bersin lalu memuji Allah dengan ‘AlhamduliLlah,’
maka doakanlah dia dengan ‘yarhamukaLlah’. Apabila dia sakit, ziarahilah.
Seterusnya, apabila dia meninggal dunia, iringilah jenazahnya ke kubur.” (Hadis Riwayat Muslim)
****************************
Pengertian hak terhadap muslim yang lain ialah
kewajipan yang mesti dipelihara dan diamalkan oleh setiap muslim bagi menjaga
keperibadiannya serta bagi melahirkan masyarakat Islam yang bersaudara selaras
dengan firman Allah S.W.T. :
"Innama almukminuna ikhwah"
(Surah Al-Hujurat : Ayat 10)
Apabila Bertemu, Ucapkanlah Salam
Memberi salam adalah satu cara penghormatan yang
diamalkan antara sesama Islam apabila bertemu. Hukum memberi salam ialan sunat
muakkad, sementara menjawabnya adalah wajib.
Allah S.W.T. berfirman dalam Surah
An-Nisa’ ayat 86, yang bermaksud :
“Dan apabila kamu dihormati dengan suatu (salam)
penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik, atau balaslah (penghormatan
itu, yang sepadan) dengannya. Sungguh, Allah memperhitungkan segala sesuatu.”
Aturan memberi salam
>Orang yang berkenderaan memberi salam kepada
orang yang berjalan kaki. Orang yang berjalan memberi salam kepada orang yang
duduk. Kumpulan yang sedikit memberi salam kepada kumpulan yang ramai.
Dan orang
yang muda memberi salam kepada orang yang lebih tua.<
Memenuhi Jemputan (Undangan)
Antara kad jemputan yang biasa kita dapat :)
Apabila seseorang mukmin mengundang kita ke
majlisnya, hendaklah kita hadiri majlis itu sekiranya majlis itu bertujuan
baik, seperti majlis ta’aruf, majlis perkahwinan atau seumpamanya. Hal ini
adalah salah satu jalan untuk merapatkan hubungan persahabatan, memupuk sifat
jujur dan menggalakkan kerjasama dalam melakukan kebaikan.
Memberi Nasihat
Apabila seseorang mukmin meminta nasihat atau
pertolongan sama ada pertolongan itu berupa wang ringgit atau buah fikiran bagi
menyelesaikan kesulitan yang dihadapinya, maka wajiblah diberikan bantuan
mengikut kemampuan kita. Hal ini seiring dengan dengan firman Allah S.W.T.
dalam Surah Al-’Asr, ayat ke-3 yang bermaksud “Berilah nasihat dengan kebenaran
dan kesabaran”.
Saling Mendoakan Ketika Bersin
“Jika salah seorang di antara
kalian bersin, hendaklah ia mengucapkan ‘Alhamdulillah’, jika ia mengatakannya
maka hendaklah saudaranya atau temannya membalas : ‘yarhamukallah’ (semoga
Allah merahmatimu). Dan jika temannya berkata ‘yarhamukallah’, maka ucapkanlah:
‘yahdikumullah wa yushlihu baalakum’ (semoga Allah memberimu petunjuk dan
memperbaiki keadaanmu).”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari, no. 6224 daripada Abu
Hurairah r.a.)
Menziarahi Orang Sakit
Apabila seseorang mukmin itu sakit hendaklah kita
menziarahinya. Ziarah-menziarahi adalah amalan baik dan digalakkan kerana boleh
merapatkan hubungan persahabatan dan persaudaraan. Amalan ini perlu dilakukan
bukan sahaja semasa sakit bahkan semasa sihat. Ziarah ketika sakit adalah tanda
simpati yang dapat mewujudkan suasana baik serta boleh memberi kekuatan dan
ketenangan jiwa kepada pesakit.
Mengiringi Jenazah
Daripada Abi Sa’id Al-Khudri r.a., Nabi S.A.W.
bersabda : “Hendaklah kamu menziarahi
orang sakit dan mengiringi jenazah, itu akan mengingatkan kamu tentang akhirat.”
(Hadis Riwayat Ahmad)
(Perkuburan Baqi' di sebelah kiri Masjid Nabawi, Madinah)
***********
Pengajaran Hadis :
Semua
enam kewajipan tersebut perlu diambil berat oleh setiap orang Islam dan wajib
diamalkan supaya dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai semangat saling
membantu, mengambil berat dan sanggup berkongsi masalah demi kebahagiaan dan
kesejahteraan hidup umat Islam.
--------------Kita sama-sama hayati dan
selamat beramal-------------
Wallahua’lam. Wassalam <3
Sumber Rujukan : Buku Sukatan Usrah Badar :)
No comments:
Post a Comment