BismiLlahirRahmanirRahim~

Wednesday, 13 February 2013

KISAH RASULULLAH SAW SEMASA PERANG UHUD~


BismiLlahirRahmanirRahim~


Peperangan Uhud yang berlaku pada pertengahan bulan Syawal tahun ketiga Hijrah iaitu setahun selepas peperangan Badar yang berlaku pada bulan Ramadhan tahun kedua hijrah,mengapa terjadinya perang Uhud ni?? sebenarnya,peperangan ini meletus akibat daripada perasaan marah dan benci para kafir musyrikin terhadap kejayaan tentera Islam ketika peperangan Badar al-Kubra yang lalu...
Mereka telah menghimpunkan bala tentera seramai 3000 orang untuk menyerang umat Islam. Rasulullah s.a.w telah menerima berita tentang kemaraan tentera kafir musyrikin itu melalui al-Abbas bin Abdul Muttalib(bapa saudara nabi). Baginda pun terus mengadakan satu mesyuarat dan telah memberitahu bahawa sebelum ini baginda telah bermimpi dengan suatu yang baik iaitu:-

-telah menyembelih seekor lembu yang bermaksud beberapa orang sahabat akan gugur syahid..
-mata pedang Rasulullah s.a.w berlubang bermaksud ahli keluarga baginda sendiri ada yang turut gugur syahid..
-Rasulullah s.a.w telah memasukkan tangan ke dalam baju rantai yang kukuh yang bermaksud bahawa Madinah akan terus dapat dipertahankan.

Kisah-kisah Sahabat di Uhud

Kemudian pada hari Jumaat Rasulullah s.a.w telah memberi semangat yang bersungguh-sungguh kepada setiap umat Islam sehingga ucapan itu menyemarakkan lagi semangat jihad dalam sanubari umat Islam.
Rasulullah s.a.w telah mengatur strategi yang terbaik di dalam menghadapi kemaraan musuh.
Kedua-dua tentera ini bertembung dan bertempur dalam satu pertempuran yang hebat dan pada permulaannya tentera Islam telah mencapai kemenangan walau pun Sayyidina Hamzah bin Abdul Muttalib iaiatu bapa saudara nabi sendiri yang digelar Asadullah telah gugur syahid terkena panah yang dilontar oleh seorang hamba abdi yang bernama Wasyi bin Harb...

Begitu juga apa yang berlaku kepada Hanzalah bin Abu ‘Amir yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan di mana setelah mendengar panggilan jihad dia terus meninggalkan isteri yang baru dikahwini semata-mata menyahut seruan jihad tersebut...
Dia ditemui telah gugur syahid dan didapati mayatnya basah seperti dimandikan..
Apabila diberitahu Rasullullah s.a.w akan perkara ini lalu baginda memberitahu bahawa mayatnya telah dimandikan oleh para malaikat kerana turunnya dia ke medan jihad dalam keadaan berjunub...
Inilah dia erti pengorbanan dan perjuangan yang ditunjukkan oleh para sahabat dalam memastikan keagungan Islam terus dipertahankan sehingga mereka sanggup mengorbankan atau mengenepikan kepentingan peribadi demi Islam.

Kemenangan peringkat pertama yang dicapai itu hanya sementara sahaja akibat daripada kelalaian tentera pemanah yang meninggalkan tempat mereka apabila tidak tahan sabar melihat para tentera Islam yang lain memungut harta rampasan dan mereka terlalu yakin bahawa tentera Islam telah pun menang...
Sedangkan strategi yang diatur oleh Rasulullah s.a.w yang menempatkan tentera pemanah di atas bukit itu amat tepat dan telah berjaya mematah beberapa serangan daripada tentera musuh sebelum ini...
Akibat daripada tidak patuhnya mereka terhadap perintah Rasulullah s.a.w menyebabkan mereka ditimpa musibah secara segera di mana tentera musuh(yang diketuai Khalid Al-Walid) yang memang menunggu saat untuk menyerang balas kini telah menggunakan peluang yang terbuka ini dengan sebaiknya...

Serangan ini telah menyebabkan berlakunya kacau bilau dan Rasulullah s.a.w sendiri cedera,sehingga patah gigi baginda...



*(kita kalu cabut gigi pun dah terasa sakitttt...ni apatah lagi kalau patah gigi...Allahu Allah!!) 

Tentera musyrikin turut menyampaikan berita palsu bahawa Rasulullah s.a.w telah mati dan ini menambahkan lagi kekalutan dalam tentera Islam...
Dalam suasana yang kucar kacir inilah , Ka’ab bin Malik telah terpandang diri Rasulullah sa.w lalu dia melaungkan bahawa Rasulullah s.a.w masih hidup...
Laungan ini menaikkan semula semangat tentera Islam. Selepas itu Rasulullah s.aw telah mengumpul 30 orang para sahabat dan menuju ke suatu teluk di bukit Uhud bagi mengatur tindakan yang baru dalam menghadapi musuh...
dalam keadaan kucar-kacir itu juga,para sahabat amat melindungi Rasulullah dari serangan tentera bukan Islam..
akibat serangan yang kuat dari tentera bukan Islam,baginda jatuh ke dalam lubang..
Nusaibah(pemberi minum kepada para muslimin) ikut menyekat kemaraan musuh dan banyak mengalami kecederaan di bahunya..
melihat hal itu,Abu Dujanah melompat ke dalam lubang untuk melindungi Rasulullah dengan belakangnya..
anak panah yang menghujani lubang Muhammad mengenai belakang Abu Dujanah..
kerana banyaknya anak panah yang melekat dibelakangnya,badannya dilihat seperti belakang landak..

Strategi baru diambil berjaya menghalang kemaraan musuh walau pun cuba dihalang oleh Abu Sufian dan Khalid ibnu Walid dan tentera musyrikin..
Setelah gagal menghancurkan kekuatan tentera Islam lalu tentera musyrikin beralih tumpuan mereka kepada mayat tentera Islam yang telah gugur syahid di mana mereka telah menyincang dan mengelar mayat itu dengan penuh perasaan marah dan benci termasuklah mayat Sayyidina Hamzah bin Abdul Muttalib yang dibelah perutnya oleh Hindun binti’Utbah(isteri Abu Sufyan) untuk mengambil hatinya lalu dikunyah penuh dengan kebenciaan(kerana Hamzah telah menyebabkan kematian ayah,bapa saudara dan abang kandungnya dalam perang Badar), tetapi dia akhirnya tidak berjaya menelannya sebaliknya telah membuangnya semula daripada mulutnya...
tidak cukup dengan itu,dipotongnya juga telinga dan hidung Hamzah.

Antara kejadian yang menarik sepanjang peperangan Uhud ini ialah apabila seorang kafir yang bernama ‘Amru bin Thabit di mana sebelum ini telah diajak kepada Islam tetapi dia enggan. Tiba-tiba dalam peperangan ini dia telah dijumpai dalam keadaan nazak dan apabila ditanya tentang sebab dia turut berperang lalu dia menjawab bahawa dia telah beriman kepada Allah dan rasulNya. Apabila diberitahu kepada Rasulullah s.a.w tetang perkara in lalu bagnda menjawab : Dia masuk Syurga.

Satu lagi peristiwa iaitu yang berlaku kepada Qazman di mana dia berperang dipihak Islam dan berjaya membunuh tujuh atau lapan orang kafir...
Dia dijumpai dalam keadaan luka parah kemudian dibawa pulang kerumahnya. Dia memberitahu bahawa dia berperang kerana mempertahankan kaum bangsanya...
Oleh kerana dia tidak tertahan dengan kesakitan yang dihadapi lalu dia telah membunuh diri...
Apabila Rasulullah s.a. w diberitahu mengenai perkara ini lalu baginda bersabda : Dia masuk neraka.

antara kisah menarik juga adalah kisah Mukhairiq iaitu seorang ulama Yahudi..
pada hari perang,Allah mencampakkan iman ke dalam hati Mukhairiq..
hari itu dia masuk Islam,hari itu juga dia ikut berjihad dan hari itulah jua dia syahid dan mendapat syurga..
Muhammad berkata:"Barangsiapa yang ingin melihat ahli syurga yang tidak pernah sembahyang walaupun sekali,lihatlah kepada orang ini.."


Walau pun pada peringkat kedua dalam peperangan ini tentera Islam tidak berjaya malah seramai 70 orang telah gugur Syahid namun tentera musuh tidak berjaya mara untuk menawan Madinah dan membunuh Rasulullah s.a.w...
setelah berundurnya tentera bukan Islam,tamatlah jua peperangan..
pada masa itu,Rasulullah belum sedar Hamzah syahid sehingga apabila dia tiba ke tempat mayat Hamzah yang sebegitu rupa,baginda menangis teresak-esak..begitu jua para sahabat yang lain..
Rasulullah berkata yang bermaksud,"demi Allah,belum pernah aku lalui dalam hidupku sesedih suasana ini"..
Walaupun sedih dengan apa yang berlaku dalam peperangan Uhud ini tetapi Allah telah meniupkan semangat ke dalam sanubari umat Islam melalui ayat 104 surah an-Nisa’ : yang bermaksud:

"Jangan kamu merasa hina (hilang semangat) memburu musuh kerana jika kamu merasa sakit mereka juga merasa sakit seperti kamu merasainya sedangkan kamu pula berharap kepaad Allah apa yang mereka tidak harapkan"

menitis air mata mengenangkan indahnya syahid dijalan Allah...
lantas sepantas kilat semangat para syuhada' menerpa di sanubari...
menebalkan lagi dan mengentalkan lagi jiwa ini...
setiap kali aku membayangkan bagaimana tubuhku hancur dibolosi peluru-peluru musuh, dikala itu juga menitis air mata kegembiraan...
ya...air mata kegembiraan...
gembira kerana aku dapat merasai indahnya syahid...
membayangkan bagaimana roh tersenyum melihat jasad yang terkulai layu di medan syahid...
itulah detik-detik kemenangan seorang syuhada'...
biar syahid ataupun kemenangan..
itulah pengakhiran perjuangan ini...  


^^sumber daripada http://izzatfirdausphotography.blogspot.com/


waLlahua'lam ^^
wassalamuLlahi'alaikum~

Saturday, 9 February 2013

KiSaH sAhAbAt~


BismiLlahirRahmanirRahim~
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ~
Assalamualaikum w.b.r. :)

Kaifa halukum (Apa khabar)? Apa khabar imanmu hari ini? Semoga dalam keadaan yang sihat & diberkati ALLAH..insyaALLAH..
Hari ini merupakan hari pertama cuti untuk seminggu sempena raya cina ni..harapnya cuti ini bukanlah hanya hari untuk rehat sahaja, namun kita dapat manfaatkan hari cuti ini dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah..biizniLlah..

Ana ingin berkongsi sedikit pengalaman ana dalam kelas pada minggu lepas..’scene’ ni berlaku ketika waktu rehat dan ketika itu ana berada  di dalam kelas.. sahabat kelas ana merupakan seorang non-muslim, bertanyakan pada ana tentang solat dan kesannya pada kehidupan muslim..alkisahnya, pada hujung minggu lepas, ana, dia dan tiga lagi rakan ana keluar ke TS Mall..ketika kami berada di luar surau, dia terlihat seorang muslimat yang bertudung tetapi berpakaian baju yang ‘fit’, namun saudari itu tetap juga solat..justeru, persoalan kenapa orang yang menunaikan solat, namun tidak menutup auratnya dengan sempurna ini telah bermain di mindanya dan sahabat ana yang kedua, yang mana juga seorang non-muslim..

Apa yang dapat ana simpulkan di sini adalah orang non-muslim ni pelik dan tertanya-tanya kenapa muslim itu bersolat, tetapi tidak mengikut suruhan ALLAH yang lain.. bak kata DR. Zakir Naik, jangan menilai agama ISLAM itu berdasarkan pada penganutnya semata-mata, tetapi berpandukan pada AL-QURAN dan AS-SUNNAH kerana di situlah terletaknya nilai ISLAM yang sebenar..seringkali kita dengar, ‘Islam hanya pada nama, tapi tidak amalkan apa yang ada dalam agama Islam tersebut’..

ALLAHU RABBI~ jangan jadikan diri kita fitnah kepada agama kita sendiri, yakni ISLAM..
 Abu Hurairah berkata : "Aku mendengar Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya yang pertama kali dihisab pada hari kiamat dari amalan 
manusia adalah solatnya, jika amalan solatnya baik maka dia akan 
bahagia dan beruntung, Jika amalan solatnya buruk maka dia termasuk orang-orang yang rugi. Jika terdapat kekurangan sedikit pada amalan solat fardhunya, maka Allah berfirman: " Lihatlah (hai para malaikat) apakah hambaku mengerjakan solat sunat untuk menyempurnakan solat fardhunya?' Kemudian jika hambaku menyempurnakan solat sunat, maka solat sunat itu untuk menyempurnakan solat fardu yang kurang, kemudian seluruh amalannya diperlakukan seperti itu" 
(Sahih Tirmidzi, Ibnu Majah no 193, 1425,1426)



Kemudian, ana ceritakan yang wanita ni kat dunia ni agak sukar tanggungjawabnya kerana banyak yang perlu dijaga..contohnya aurat..tapi semua ini adalah demi menjaga kepentingan dan untuk kebaikan wanita juga..betapa Islam ini sangat menjaga penganutnya..nanti di akhirat, ada empat golongan lelaki yang ditarik perempuan ke neraka, iaitu ayah, suami, abang (saudara lelaki) dan anak lelaki..rujuk http://bm.harakahdaily.net/index.php/sudut-dakwah/8040-4-jenis-lelaki-yang-ditarik-perempuan-ke-neraka..

Firman Allah SWT dalam surah At-TAhrim, ayat 6, mafhumnya :

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api 
neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang 
diperintahkan.” 

Ditambah juga dengan tanggungjawab lelaki yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak

Ø  Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki tetapi ingatlah wahai lelaki, kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin.

Ø  Maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya, supaya kelak dapat pulang menghadap Allah swt dalam keadaan istimewa disisiNYA..


**********************************

 subhanaLlah..ni merupakan pertama kali ana ada sahabat non-muslim..dah hampir setahun kami bersahabat, rasa sayang akan sahabat2 ini telah bercambah :)
ana juga mengatakan pada sahabat2 ana ini, kalau boleh ana nak kami sama2 berpimpin tangan menuju JANNAH-NYA..ana tak nak sahabat ana tinggalkan ana ataupun ana tinggalkan sahabat ana di akhirat kelak..

sesungguhnya agama yang diredhai ALLAH adalah agama ISLAM!!
"Innaddina 'indhaLlahil Islam"

dia juga ada berbicara kepada ana : "mana tahu kalau suatu hari nanti, Ana (nama sahabatku) terbuka hati untuk memeluk Islam"..

Allahu Allah~ ana doakan dia dan sahabat ana yang lain agar semoga beroleh HIDAYAH daripada-NYA..hidayah ni bak cahaya (nur) yang menerangi kegelapan..bukalah jendela hatimu agar cahaya ini akan menerangi sanubari hatimu, sahabatku :)

p/s : ketika itu, ana sedang duduk di kerusi, manakala sahabatku, Ira, Ana dan Frank mengelilingi meja ana..sebelum mulakan bicara untuk menjawab persoalan yang dikemukakan, ana dahului dengan ucapan Basmalah..terdetik di hati ana, ini adalah salah satu jalan dakwah..penyampaian dari hati akan lekat pada hati jua, insyaAllah..doakan ana thabat di jalan dakwah ini..bukan senang nak bermujahadah ni kerana pahit maung perjalanan ini akan dibalas dengan manisnya Syurga-Mu..ameen Ya Rabbal 'Alameen ^^

semoga ALLAH redha~ ^_*
wassalamuLlahi 'alaikum <3