BismiLlahirRahmanirRahim~
Terkenang daku pada satu
kisah ...
“...
Pak imam termenung di
serambi surau. Sejak pak bilal pergi, suasana sedikit suram pada wajah tua pak
imam.
Aku duduk di sebelahnya.
"Mam, pertapaan
saya di surau ni tinggal tak sampai sebulan lagi dah."
Pak imam hanya diam.
"Tak mengapa. Kau
pun boleh pergi. Tinggal aku seorang saja di surau ni. Surau ni pun kosong
macam biasa."
Ada nada sendu di situ.
"Mam tak boleh
macam ni. Sampai bila nak bermuram?"
Pak imam tunduk tengok
lantai.
"Kau akan rasa
dunia ini dah tak lama.
Bila kawan yang sebaya
atau setara umur dengan kau pergi tinggalkan kau.
Kau akan rasa dunia ini
sementara, bila orang yang kau sayangi pergi dulu.
Kau akan rasa dunia ini
fana semata, bila orang yang selama di sisi telah tiada."
Aku menghela nafas
panjang sama.
"Mam, ilmu hari ni?
Ada tak?"
Pak imam diam seketika.
"Ada. Tapi sikit
saja. Tak tahulah ilmu atau tidak.
Kehilangan memanglah
sesuatu yang menyedihkan. Tapi, yang lebih menyedihkan apabila kamu lebih
nampak sesuatu yang hilang itu melebihi Allah yang mentakdirkan ianya pergi
dari hidup kamu.
Kehilangan itu biasa.
Yang luar biasa adalah apabila dengan kehilangan itu menyebabkan kamu bertambah
cinta pada Allah. Bukan terus menerus meratapi kehilangan seseorang atau
sesuatu itu.
Seperti Allah turunkan
hujan lebat. Sangat lebat. Namun, dalam masa yang sama, Dia hantarkan seseorang
hantarkan payung pada kamu. Tapi, kamu tetap enggan. Nak duduk juga basah kuyup
dalam hujan. Tak mahu berteduh. Tak mahu berganjak. Biarkan saja diri sakit
sendiri.
Salah siapa akhirnya. Bukan Allah.
Tapi diri sendiri yang degil.
Keras kepala."
Tapi diri sendiri yang degil.
Keras kepala."
"Mam, jadi pak imam
juga kena begitu. Walau apapun terjadi, hati teguh tetaplah berdiri."
Pak imam menitiskan air
matanya. Kerana dia jua manusia biasa yang tidak kuat. Aku juga tidak kuat.
Kita semua tidak kuat.
Hmm..
Kerana kita masih.
Tidak sepenuhnya bersandar pada Allah yang menguatkan....”
Tidak sepenuhnya bersandar pada Allah yang menguatkan....”
# Sharing Post daripada Encik Sederhana
...............
***AllahuRabbi. AllahuQawiy. Kuatkan jiwa kami, hamba-Mu yang lemah ini.
Tiada kekuatan kami tanpa rahmat dan kasih sayang-Mu, Ya Rahman, Ya Rahim.
Moga cinta dan taqwa kita kepada Tuhan Semesta Alam semakin meningkat
dengan berganjaknya kita ke tahun 2015.
Moga Allah redha. BarakaLlahu’alaina.
BismiLlahi tawakkaltu ‘alaLlah. Salam mahabbah <3